Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hai semua. Nak tahu salah satu perkara yang menarik masuk universiti adalah dapat bergaul dengan pelbagai bangsa dan pelbagai negara. Buat masa ni aku ada kawan dari Brunei Jepun dan China. Buat masa ni yang ada dalam kelas budak Jepun dan China. Brunei tak hantar delegasi mereka ke sini untuk sem ni. Oh mungkin semester depan. Aku tunggu. Hahaha.
Ada exchange students dalam kelas adalah perkara yang menggembirakan lecture dan tentunya kaum hawa dalam kelas. Al maklumlah adam di kelas kami boleh dikira jari. Bila ada exchange student bertambahlah sedikit populasi mereka dalam kelas. Seronok sikit nak toleh kiri kanan.
Biasanya exchange student jadi idaman para hawa. Macam sem lepas ramai yang crush dengan Brunerian. Mentang-mentang diorang kaya, emas menggunung. Haha. Ada juga yang crush dengan Keisuka si jepun yang berkaki panjang. Dia mengaku sendiri masa present kelas seminar. Sebenarnya kami satu kelas dah tahu dari semester 1 lagi.
Budak Jepun nama Takuya Kurihara dan budak China Yu Jia Jia. Yu jia jia suka pakai seluar hipster tapi budak-budak anggap seluar tidur. Hahaa nakal budak-budak ni. Yu jia jia ni pendiam sikit. Mungkin sebab budak-budak kelas tak nak cakap dengan dia. Bukan apa, masing-masing takut nak speaking. Dan dia perempuan, takkan nak flirt dengan perempuan kan. Tak bestlah~
Oh ye, kalau dapat tahu ada exchange student selain dari Brunei masing-masing akan
"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~"
panjang 20 harkat -.-
Sebab masing-masing taknak jadi gagak bila presentation. Tapi sampai bila kan? This is an opportunity for us to improve our English right? Ok take the positive way.
Tapi dengan Takuya kami tak malu-malu nak bersembang dan berbual. Eh. Sebabnya, bila kami tanya dalam english kami akan dapat jawapan Bahasa Melayu. Eh eh? double eh. Iya, Takuya pandai cakap melayu. Jadi kami boleh rancak berbual. I think he's fast leaner. Respect dengan orang bukan Malaysia yang belajar dan bertutur dengan Bahasa Melayu. Tak semua foreigner yang belajar kat sini peduli atau kesah untuk belajar bahasa kita. Lebih-lebih lagi Takuya dari negara yang memperkasakan bahasa ibunda mereka, Bahasa Jepun.
Tak pasti berapa lama Takuya dah ada kat Malaysia. Tapi dia boleh cakap serangkap ayat dengan lancar. Bukan perkataan satu-satu. Kau tanya budak Iran, hampeh, entah-entah terima kasih pun tak tahu. Buat muka kalau kita tak dapat jawab dalam english dengan lancar. Aku memang malas nak layan orang macam ni.
Tengok.. Post kat FB pun guna Bahasa Melayu tau. Memang bersungguh nak belajar ni.
Nana cakap Takuya pakai spec nampak educated. Aini pula cakap suka tengok Takuya senyum. Nampak tak diorang dah mula dah. Lina je tetap dengan pendirian nak vote untuk Tajul. Hahahaa. Tapi betullah diorang cakap. Walaupun tak secomel Yamapi dan Ikuta Toma, tapi tetap jadi penyeri kelas kami. :)
Harap sem depan datang yang muka iras-iras Hayami Mokomichi :)
-xoxo-
No comments:
Post a Comment