Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
EMAD Part 1
Alhamdulillah syukur EMAD 2014 berlangsung dengan jayanya. Malam tu memang sangat happening, havoc, cool dan semuanya berjalan seperti yang kami rancang. Semua orang happy, enjoy dengan malam tu. Pengurusan masa yang bagus sangat, mula pukul 8.00 malam dan habis pun tepat jam 11.00 malam. Dari awal sampai akhir majlis malam tu penuh dengan gelak ketawa, tak ada satu masa pun yang krik krik. Oh mungkin masa pengarah berucap krik krik sikit kot. Ahaa.
Serius cakap MC malam tu memang terbaik. Orang kata MC adalah penyeri majlis. Ya memang betul! Kombinasi Peja dan Ayie malam tu memang terbaik. Dua-dua joyah, dua-dua pandai cakap, dua-dua tak malu..MANTAP! Masa microphone mati pun dorang pandai cover "eh sabotaj ke?". Teknikal terbaik malam tu sebab tak panik langsung. Lagu keluar masuk smooth je. Walaupun sebelum majlis mula ada kalut sikit tapi dorang dapat handle dengan baik.
Pengarah dan MC EMAD 2014 |
Technical team..great job guys! |
Ketar lutut juga la duduk satu meja dengan barisan pensyarah. Aku dah la malu tahap nak sorok bawah meja. Tapi... semuanya sporting habis. Bertuah dapat duduk semeja dengan mereka. Bila malam tu jadi havoc...malu aku campak kat luar tukar dengan rasa bangga.
Persembahan pertama dari BOB, warming up untuk malam tu. Everyone feels the song, the melody, it was very nice!
Gimik malam tu Dila jadi Profesor gila yang sedang mencari Dekan untuk menjayakan misi dia. "Nampak dekan saya tak?". Serius seram dan kelakar. Tambah kelakar bila Dila minta sign dari Dekan, Dekan hembus 2 kali macam ustaz-uztaz hembus orang kena rasuk tu. Tak sangka pula dekan sporting macam tu.
Dan malam tu Lala kotakan janji dia untuk perform satu lagu, Nirmala dari Dato' Siti. Tak dapat dengar Listen pun tak apa sebab Lala nyanyi apa je sedap. Pakli cakap "Ada sikit la macam Siti Nurhaliza". Ekeke.. dah kata kan aku import penyanyi khas.
Kinsy walaupun main tarik tali. At last, perform lagu Mewangi dari Akim. Awal-awal feeling wooo. Sedap juga suara Kinsy ni cuma dia tak percaya je.
Makanan untuk malam tu memang puas hati. Sedap-sedap belaka. Pensyarah pun komen makanan sedap, pelbagai. Desert pun sedap. Overal semua sedap, semua puas hati. Servis memang baiklah, nak close buffet pun dia tanya aku dulu, jadi tak adalah yang tak makan lagi.
Persembahan kedua dari Tahun 4, Dekan komen "Macam persembahan graduation tadika anak saya masa kecik dulu". See.. memang ikut tema, full of memories.
Persembahan terakhir malam tu, zapin dan bollywood. Ni kali kedua tengok Tajul menari atas stage. Emma and Nana you're born to dance. Badan korang lembut mak aii..jeles tau.
Memang bertuah siapa yang dapat cabutan bertuah tu. Hadiah semua best-best. Berbaloilah dapat, boleh guna hari-hari. Hadiah sama untuk semua, tak kira pensyarah, staf atau pelajar. Fair.
Anugerah Khas malam tu jatuh kepada mereka kat atas ni. Ahmad Farid dapat anugerah khas dari juri sebab peramah dan migle dengan semua. Hermm something fishy kat situ kan. Dr. Yusof muka dah pelik je. Majlis
malam tu jadi havoc bila banyak 'unexpected action' yang kelakar
berlaku. Spontan dan benda tu yang menceriakan lagi majlis. Tambah lagi dengan Emma tukar hadiah, si pendiam dapat gelaran peramah. Macam gula yang buat EMAD 2014 makin manisssss.
King & Queen for EMAD 2014 goes tooo..... RIKIYA SAKURAI & DIYANA. Dua-dua nampak serasi dan sedondon. Itu kriteria utama untuk King & Queen.
Photo Booth by Tyra, cantik kan. Dari awal sampai habis tak pernah lengang dengan orang. Sentiasa ada je yang nak bergambar kat sini.
Goodies. Frame & sebalang biskut. Dalam tu ada 3 lapisan, marshmallow, biskut ice-cream dan biskut teddy bear. Semua biskut ni zaman kanak-kanak dulu. Pensyarah pun throwback memori masa dorang kecik-kecik dulu. Biskut dalam tin. Everything is memories, sweet memories.
Untuk Tahun 4, EMAD 2014 adalah malam untuk meraikan kalian semua. Ini adalah hadiah atas kegigihan kalian berusaha, bekerja keras bergelar pelajar Bachelor Pengurusan Alam Sekitar. EMAD 2014 adalah hadiah ikhlas dari kami. Diharap majlis yang kecil ini mampu memberi beribu kenangan dan memori antara kalian. Maaf jika sebelum ini kita pernah bersengketa, buruk sangka, rasanya itu satu kenangan juga kan.
Okay gambar terakhir untuk entri ni. Gambar semua yang hadir Environmental Management Annual Dinner EMAD 2014. Terima kasih kerana sudi hadir dan kenangan yang kita cipta bersama untuk EMAD 2014!
All picture credit to WANI, GEE, RIKIYA & DAUS.
Garden of Memories
A Night To Celebrate Our Past, Present & Future
See u EMAD 2015!
No comments:
Post a Comment