Tuesday, February 3, 2015

Praktikal



Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai. Sekarang dah jadi pelajar praktikal kat Jabatan Alam Sekitar Selangor. Praktikal selama 6 bulan dari 19 Januari sampai 6 Julai. Doakan aku dapat menempuh alam praktikal ni dengan jayanya ye. Kau tahulah aku ni manalah pandai nak mesra-mesra sangat. Tak ada geng lagilah aku krik krik. Minggu lepas supervisor cakap aku macam alone ranger. Sabar dulu Encik... baru nak warm up menjoyah. 

Aku rasa banyak yang aku tak tahu. Blur jugalah bila kena tanya. Aku dengan kerut-kerut nak refresh balik apa yang aku belajar. Yang aku ingat semuanya pengurusan. Bab bab kimia, kejuruteraan ni memang basic je tahulah. Lagi satu akta, benda yang aku susah nak hadam masa belajar dulu. Tapi law dulu tak ada la detail sangat. Mmm sekarang AKAS 1974 tu jadi kitab utama. 

Baru masuk minggu 3, jauh lagi perjalanan. Harap dapatlah serap, sedut dan hadam segala ilmu dan pengalaman sepanjang praktikal ni. 









Rindu




Rindu ni kadang-kadang buat hati makin sakit.
Sebab rindu pada orang yang langsung tak ingat kita tak rindu kita.
Kan? 


Lebih baik aku campak jauh-jauh. 
Sejauh laut China Selatan kalau boleh.
Blahlah rindu.
I don't need you!