Assalamualaikum dan hai semua.
Aku tahu ramai yang tengah gigih study untuk final kan. Aku pun sama sampai nak terbelahak baca slide and notes, tu belum lagi buku physical geography Alan Strahley tu... ok take a deep breath. Meh kita imbas balik suka duka handle EMAD ni dari awal sampai EMAD berjaya malam tu. Part 1 ni cerita pasal dibalik tabir je, dari mana kami mula sampai akhir. Selamat membacalah ye...
EMAD atau nama panjangnya Environmental Management Annual Dinner adalah satu majlis makan malam tahunan bagi Jabatan Pengurusan Alam Sekitar. Tujuan EMAD diadakan adalah bagi meraikan pelajar tahun akhir yang dah bertungkus lumus perah otak, berkerah tenaga, perit jerih dari tahun satu sampai tahun empat melaksanakan tugasan sebagai pelajar Bachelor Pengurusan Alam Sekitar. Malam tu memang malam istimewa, malam khas untuk mereka. Malam itu juga adalah malam yang untuk semua warga Jabatan Pengurusan Alam Sekitar bermesra, bergembira, mengeratkan silaturrahim antara pelajar, pensyarah dan staf.
Tema malam tu adalah "GARDEN OF MEMORIES: A NIGHT TO CELEBRATE OUT PAST, PRESENT & FUTURE". Ha mana aku dapat? Kalau korang pembaca blog mesti korang tahu. Malam tu memang malam memori, goodies pun full of memories, lagu persembahan pun full of memories. Dan malam itu pun satu memori untuk masa hadapan.
Kelas aku, pelajar tahun tiga dipertanggungjawabkan sebagai penganjur. Dan aku, bertindak sebagai pengarah program. Ok tak percaya kan. Aku lagilah tak percaya bila dorang pilih aku sebagai pengarah. Aku yang mandom 24 kat kolej ni? Tapi aku terima je sebagai cabaran. Tak cuba tak tahu kan. Inilah peluang dan ruang untuk aku uji kemampuan diri. Oh yeahh. Barisan ahli jawatan kuasa yang top top ataupun orang kuat semua dari kalangan yang tangkas dan senang jalankan tugas. Mudah untuk aku update semua hal.
Benda pertama yang aku buat adalah PROPOSAL. Proposal untuk tunjuk kat penasihat. Penasihat untuk EMAD kali ni aku pilih Dr. Rusli. Kenapa Dr. Rusli? Pertama sebab dia Ketua Jabatan. Kedua sebab dia Ketua Jabatan. Ketiga sebab dia Ketua Jabatan. Sebab dia KJ so senanglah nak dapatkan approval, sokongan dan lain-lainlah. Rujuk seorang je. Tak payah nak buat kerja banyak kali. Nak bincang dengan Pakli (a.k.a abah) ni senang je, petang-petang cari kat gerai twister. Untung-untung dapat belanja sekali.
Bila dah bincang semua dari jemputan, hotel, masa, barulah aku dan orang-orang kuat pergi survey hotel yang berdekatan. Hotel pertama kami pergi, Hotel Marriott, pehh tempat nak up je, kemudian Golf Club IOI, tempat ketiga, Hotel Bangi-Putrajaya. Esoknya Mr. David dari Hotel Bangi-Putrajaya call dan hantar quotation. Quotation sangat memuaskan hati dan kami terus decide untuk pilih Hotel Bangi-Putrajaya sebagai tempat untuk EMAD 2014!
Nak buat
surat jemputan, surat minta sponsor, surat alumni, semua staf pejabat
tolong, Kak Mas, Kak su. Memang aku tak tahu langsung benda ni. Terima
kasih sangat ada committee yang willing to learn, to do this, to do
that. Jemputan paling utama sekali Dekan, Dr. Ramdzani, untuk merasmikan majlis malam tu. Timbalan Dekan, Dr. Makmon tak dapat nak join, sadly tapi dia tetap bagi sponsor. Jemputan kami bagi special handmade card untuk semua penyarah, staff dan pelajar tahun 4. Tak main fotostate kertas ok, printed card. Puas hati gila bila ramai kata cantik macam kad kahwin. Tapi aku terkilan sebab EMAD kali ni tak melibatkan tahun 1 dan tahun 2. Aku minta maaf sangat. Mula-mula Pakli suruh jemput wakil je, tapi bila fikir balik tak fair la kan. So kami pun end up tak invite semua. Maaf sangat sepatutnya aku boleh je keraskan hati untuk jemput je korang. Maaf..
Apa-apa majlis mesti nak ada buah tangan, goodieesss. Lagi-lagi dinner farewell macam ni mestilah nak something yang valuable, yang boleh dikenang. Aku dan committee pecah otak juga fikir nak bagi apa. Apa mendelah barang yang boleh buat semua orang puas hati? Boleh buat orang gembira bila dapat dan paling penting berbaloi dengan duit yang dorang bayar. Bila scroll google banyaklah juga idea untuk goodies orang kahwin. Tapi biasa bagi dalam balang kaca. Bagi aku balang kaca tu dah biasa sangat, plus isi sikit dan balang tu costly. So aku terfikir why not guna balang plastik silinder tu. Aku and orang kuat pun pergi YUMI bakery kat bangi sebab aku pernah nampak balang tu kat sana. Satu balang RM1.15. Borong 2 kotak dapat murah, satu jadi RM1.05 sen macam tu.
Nak cari biskut pun cabaran juga. Punyalah excited pergi Pasar Borong Selangor kat Equine tu tapi tak jumpa pun biskut yang kami mahu. Huwaaa. Search internet paling dekat kat Bangi, Seksyen 3, RENO MART. Aku memang dah biasa sesat kat Bangi. So pencarian kali ni tak adalah susah sangat. Dapatlah biskut yang dicari, biskut ice-cream 3KG RM33, biskut teddy bear 5KG RM55, Marshmallow 900 gram RM21. Selesai goodies untuk pelajar, goodies untuk VIP pula kami bagi bekas kaca. Punyalah jauh beli kat Fan Lian padahal kedai jimat 5 sen kat Sri Serdang pun ada, lagi murah pula tu. Taubat aku tak pergi Fan Lian lagi.
Goodies tak berhenti kat situ tau. Bila tunjuk Pakli goodies yang dah siap boleh plak dia cakap "Tak kreatif langsung"... -_-" dehhh. Dia suruh cari frame gambar untuk tahun akhir. Pfhh..merata kami cari frame gambar yang cantik, saiz 6R, dan paling penting yang cukup dengan bajet. Balik Klang aku cari lagi dan finally jumpa kat Mr. D.I.Y. Aku borong semua kasi licin, satu pun tak tinggal. 3 tempat, 1. kt Tesco Setia Alam, 2. Aeon Bukit Raja, 3. Klang Parade. Satu frame RM2.90. Murah dan cantik. Tapi gambar aku tak print. Printlah sendiri gambar yang dorang rasa cantik.
Apa lagi aku tak cerita? Hmmm..haa Photo Booth and decoration. Aku assign tugas ni kat TYRA. Sebab aku tahu dia boleh buat decoration yang cantik. Semua barang aku bagi dia beli sendiri dengan bajet yang ciput. Mula-mula aku bagi dia RM150 lepas tu aku kautim lagi kurang RM100. Total semua barang decoration RM76. Lantern aku sponsor, beli kat Kaison. Big thanks kat Ayie sebab dia pinjamkan pintu gerbang, bunga, props dari makcik dia. Kat situ dah jimat sangat-sangat.
Cabutan bertuah... Mana nak dapat sponsor!!.. Masa tu duit cukup-cukup untuk bayar hotel dan goodies je. Seriusly tenat sungguh kewangan masa tu. Pakli pula demand tinggi nak cabutan bertuah sampai 30. "Awak jangan malukan saya..kalau tak saya tak datang" Auhh. Hari jumaat beberapa hari sebelum EMAD, Aini call Tengku suruh jumpa kat fakulti. Aku kat rumah masa tu, so minta tolong Ayie jumpa Tengku. Alhamdulillah Tengku sponsor banyak sekaligus menyelesaikan kemelut yang melanda. Aku transfer duit tu kat Shi hui untuk beli barang. Dannnn... barang yang Shi hui beli semua best best!! Satu barang lebih RM10 tau. Untung siapa yang dapat. Ramai juga yang sponsor untuk EMAD. Pesyarah, alumni, dan kawan-kawan kelas sendiri ramai yang sponsor. Tak kiralah bagi barang ke, duit ke, semua yang disalurkan memang banyak membantu. Button badge sponsor dari Iha. Mula-mula order sticker je lepas tu Iha kata nak sponsor. Rezeki kan.
Poster dan video memang pakar bagi Dila. Kan aku cakap aku bagi tugas pada yang pakar. Senang aku cakap sekali terus buat. Poster Dila buat memang puas hati sangat. Aku simpan weyh. Video simple sweeat sweet gitu tapi kalau tengok mesti nak gelak. Sebagai AJK aktiviti Dila ajar budak-budak ni menari untuk persembahan. Lala pun willing untuk nyanyi malam tu. Bukan aku paksa tau tapi dia sendiri yang volunteer nak nyanyi masa kelas Dr. Yusof. Plan nak nyanyi lagu Bengawan Solo khas untuk Dr. Yusof tapi tak ada minus one. Kinsy solo persembahan juga walaupun plan asal Kinsy main gitar, Lala nyanyi. Tiba-tiba plak Lala nak nyanyi dengan menari. Tinggal Kinsy and the gitar, malam dinner boleh plak cakap tak boleh nak main. Kitorang pujuk la nak pinjamkan gitar Bob barulah dia ok.
Hari selasa, pukul 11.30 aku sampai Hotel untuk set up barang. Aku nak marah jugaklah bila ada yang nak datang lambat. Padahal rehearsal tak buat langsung. Pukul 5.30 baru semua sedia untuk rehearsal. Itu pun ada yang tak serius. Kau bayangkan betapa cuaknya aku masa tu. Teknikal masih kalut lagi. Peja dah nak spoil time tu, aku cepat-cepat suruh mana yang dah settle tu pergi siapkan diri. Bagi separuh je ada dalam dewan. Awal-awal lagi Peja dah ingatkan aku mood jangan swing hari tu. Alhamdulillah aku tak melampiaskan kemarahan untuk hari tu. Syukur sangat sangat EMAD malam tu berjalan lancar, havoc, happening...seriusly.
Duit yang sebelum ni kitorang risau sangat.. ada lebih banyak..syukur lagi. Dah bayar semua yang dahulukan duit tapi still ada lebih. Jadi, kami beli frame dan gambar untuk Pakli sebagai penasihat, Prof Azizi, sebab terlupa EMAD hari selasa, terkilan tak ingatkan dia dan Dekan kerana sudi merasmikan EMAD 2014. Ada lebih lagi donate untuk report Tasik Kenyir. Sebelum ni pun duit kelas yang lebih lebih disalurkan dalam kewangan EMAD.
Senja-senja time setan tengah meliar kitorang pun meliar lagi kutip tin.
Cari duit lebih untuk menampung perbelanjaan..sobss sobs.
EMAD ni macam kecoh juga kat fakulti masa tu. Mana tak kecoh, orang kuat ramai dari geng joyah. Gambar kat FB, INSTAGRAM, TWITTER.. Gee siap post kat Alam Putra lagi. Satu kelas tukar DP dengan poster EMAD. Publisiti terbaik la kiranya. Ada yang terkesan dengan EMAD ni sampai aku bertelingkah dalam FB. Kontroversi betul, dinner lepas lepas tak ada pun macam ni. Menguji kesabaran sungguh. Kalau aku tak ada yang support, tak ada yang bagi kata-kata semangat, tak ada yang membantu, mungkin aku dah lama give up, mungkin aku dah lama menangis teresak-esak, mungkin aku dah lama lari dan tinggalkan semua. Tapi aku ada mereka, AJK yang bersama-sama berusaha, berkerah tenaga, tak kira masa, untuk jayakan EMAD 2014. Terima kasih sebab korang buat aku bangga ada kawan macam korang.
SYABAS & TAHNIAH SEMUA AHLI JAWATANKUASA EMAD 2014!!!!
No comments:
Post a Comment