Monday, February 6, 2012

Permainan Zaman Kanak-Kanak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...



Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling heaven giler untuk bermain. Pergi mana-mana je mesti tak ada segan silu nak bermain. Kadang-kadang kat Econsave pon boleh main kejar-kejar guna troli. Dengan budak yang tak kenal pun boleh bantai main sama.Kalau kat sekolah masa belajar pon sempat bermain. Masa pendidikan jasmani pun sempat main jugak. Cikgu-cikgu mesti cakap macam ni "Awak ni masa belajar main, dah bagi main pun main-main lagi" kata cikgu sambil menjengilkan mata kearah murid-murid. Ceewahh cikgu garang tu haha. Alah masa kat ipta pun aku main juga masa pensyarah bersyarah kat depan kelas. Cuma main tu kurang best sebab main sorang-sorang. Kadang-kadang budak sebelah aku terpaksa layan jugak.



Jom tengok apa permainan yang best dulu-dulu yang budak-budak sekarang dah tak main lagi. Cuma segelintir je kot yang main lagi. Itupun lepas tengok ipin dan upin kat TV kan.



Cyber Pet
Familiar zaman aku sekolah rendah, dalam tahun 1997 camtu. 
Main ni simple je, bagi makan, lepas tu nanti dier berak, bagi dier tidur, bagi ubat.
Lepas tu mati....padahal bateri dah habis.



 Super Mario
Dulu main super mario guna tape, sekarang buka laptop dah boleh main.



Kapal Terbang Polisterin
Adik suka main benda ni. Main campak-campak je..!



Main Lawan Pemadam
Beli pemadam yang ada gamba hero yang kuat dengan harapan boleh menang bila lawan.
Kadang-kadang kumpul pemadam yang gambar bendera tu banyak-banyak buat koleksi. 



 Donky Card
Merasa juga main kad ni dulu. Ada lagi satu Bun Family. 
Seronok juga layan kad-kad ni. Yang penting otak memang jalan masa main. 
Dok fikir kat siapa kad ni ye..



Teng Teng
Aku memang fail la main benda ni. Badan tak seimbang langsung. 
Dengan kaki yang pendek memang tak sampai-sampai garisan penamat.




Konda Kondi
Permainan feveret masa kecik dulu. Tapi asal muka aku je mesti jadi olok-olok. 
Sebabnya tak cukup umur dan paling kecik.




 Tutup Botol
Dulu kat kedai runcit kan ada jual air gas dalam botol kaca tu. 
Tapi sekarang tak tahu mana dapat tutup botol. Botol kicap boleh kot.



 Susun Selipar
 Zaman aku kecik dulu selipar popular selipar Tat Sing. 
Kedai aku pun ada jual jugak.



 Main Tiang-tiang
Main tiang-tiang memang famous kat sekolah rendah dulu. 
Sementara tunggu nak masuk kelas sempat main. Kadang-kadang sambung main masa rehat. 
Lepas tu sambung lagi masa nak tunggu bas.



Susun Tin
Sama macam main susun selipar. Baling sampai rabai lepas tu susun. 
Sampai dikejar oleh pihak lawan. 



Pistol
Aku tak tahu nama pistol ni. Yang pasti bukan pistol air la kan. Budak-budak lelaki memang suka main pistol ni. Konon inspektor polis. Aku paling menyampah kalau adik aku halakan pistol ni kat aku!




Tamiya Car
Permainan ni popular sejak ada kartun tentang toy car racing kat tv.
Tak ingat ape tajuknya tapi memang popular siap ada yang buat competition bagai.

 


Hurmm banyak lagi permainan yang best-best masa zaman kanak-kanak dulu kan. Macam polis entry one two jaga, polis mati pencuri jaga. Main layang-layang. Main sorok-sorok sampai esok pagi tak jumpa-jumpa pon ada. Haha main-main sorok-sorok ni ada peraturan dier. Jangan main masa tengah hari nanti kena sorok dengan hantu tetek. Hahaha mengarut gila. Padahal tengah hari kan panas. Tak sesuai la kan. 



Masa cuti sekolah memang seronok sangat-sangat. Sepupu-sepupu aku akan berkumpul ramai-ramai, main kat halaman rumah nenek. Dulu halaman besar, nak main memang puas. Duduk bawah pokok kelapa, pokok ceri tak pun pokok belimbing sambil tengok budak-budak main sambil tu makan ice pop tak pon makan jajan durian. Kadang-kadang kolam ikan jadi tempat kitorang mandi manda. Konon Sunway Lagoon. Kalau ingat balik, rindunya masa-masa tu. Sekarang semua dah besar-besar. Ada yang dah kahwin pun, dah anak sorang dua. Bila tengok adik-adik sepupu main batu seremban, aku jadi teringat masa aku baya-baya dorang aku pun main benda yang sama. Cuma dorang tak main permainan luar macam konda kondi, tak panjat pokok, tak main sorok-sorok dalam reban ayam. 



p/s:Sekurang-kurangnya aku ada pengalaman panjat pokok dan sorok dalam reban ayam. 
Kau ada?










Sunday, February 5, 2012

Dolfin Masak Lemak


How could you eat a cute dolphin? profile image
Millions of people around the globe look into the future hoping for a brighter one with each new day.
But we could lose our natural gifts.

Everyday someone consumes an endangered species.
Everyday someone pollutes the ocean, killing healthy marine life.
Everyday a forest is threatened by deforestation.
Everyday wildlife gets killed for sale.

Without healthy forest and marine ecosystems, our food supply would be adversely affected. Without healthy forests, we could lose our freshwater sources, ultimately depreciating our quality of life.


By helping to protect our environment, we are also protecting our livelihoods, food and water supply; securing our good quality of life and our children's bright future.

Make the right call and pledge to "Live Green".
What does it mean to Live Green?

A decision to stop consuming endangered wildlife, which helps conserve healthy marine and forest ecosystems, thus protecting our food, freshwater and other ecological services; ultimately safeguarding our quality of life.
Choose to be a conservation hero for the good of all the Earth!




Sanggup ke kau makan??SANGGUP?
Kalau tak sila jimatkan elektrik dan air dirumah.. 
Mulakan dari rumah dahulu kerana segalanya bermula dari rumah!!





Saturday, February 4, 2012

Ft Island 4th Mini Album GROWN UP!



Anh yoenghaseyo!


To all PRIMADONNA..

FT ISLAND has come back with 4th Mini Album GROWN UP




FT ISLAND yang dulu comel comel jambu jambu air je sekarang sudah semakin dewasa. Semua ahli dah pun berumur 20-an. Muzik dan lagu-lagu mereka pun semakin dewasa dan mantap. Ft Island memang tak pernah mengecewakan primadonna.




Kat sini Ana bagi link untuk primadonna download mp3 dari 4th album grown up


01 - Severely 

02 - Even Had Lost A Friend

03 - I'm A Foolish Person

04 - Grown Man 

05 - We Hope Become Lovers




Jangan lupa tengok MV Severely kat You tube..Memang feeeeling habis video ni!








Jae Jin, Hong Ki, Jong Hun, Min Hwan dan Seung Hyun saaaaaaannnngaaaaaaat kacaaaaaaaaaaaaak ni!






p/s: Sangat teringin tengok konsert FT ISLAND...Harap ada lagi FT ISLAND tour kat Malaysia lagi :)





Congak Resolusi




Tangan dikocek
Jalan menyenget
Mata ke bumi
Hati ke langit
Sabar menanti
Peluang datang
Begitulah

Selepas hujan
Nanti kan nyaman 
Sesudah ribut
Pastikan tenang
Setelah sukar
Juakan senang
Lumrahnya

Mundar mandir
Congak resolusi
Kemana haluan hidup ini
Terus tercari-cari
Tak esok atau lusa
 
Malah jua
Mungkin bila-bila
Hidup berubah
Namun kini
Kala ini
Watak sebegini
Ku perlakonkan

Tangan di dagu
Duduk termangu
Kopi secawan
Tidak keruan
Sehari lagi
Kian berlalu
Begitulah

Lambungkan syiling
Pilih antara
Kepala bunga
Betul dan salah
Menang dan kalah
Bukan pengakhir
Segala

Mundar mandir
Congak resolusi
Kemana haluan hidup ini
Terus tercari-cari
Tak esok atau lusa
Malah jua
Mungkin bila-bila
Hidup berubah

-HAFIZ AF7-WATAK-





# Lirik ni sangat mewakili hati nurani aku saat ini T_T