Monday, June 10, 2013

Volunteer at Zoo Negara!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Hai semua. Entri kali ni nak cerita pengalaman masa jadi volunteer di ZOO NEGARA!! Sebenarnya program volunteer ni bawah Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM. Memang selalu FPAS buat program volunteer macam ni. Secara jujurnya, tak rajin pun nak jadi sukarelawan ni tapi ajakan kawan dan rasa teringin buat diri rasa excited nak pergi. Dulu, masa sekolah menengah adalah sekali tu pergi zoo, lepas tu nampaklah ada sekolah mana ntah jadi volunteer zoo. Masa tu rasa macam best je sekolah diorang ada buat program murni macam tu. Sekolah aku tak ada pun, yelah sekolah kampung. Nak pergi ke zoo pun berjam-jam. Nak dapat bas pun susah. Jadinya, dah ada peluang kat sini apa lagi. Jomm la jadi volunteer.


Mula-mula sampai tu rasa macam takut je tengok zoo keeper kat sana.Nampak tegas dan garang. Baru bahagi-bahagi kumpulan, belum buat kerja lagi. Kumpulan kami semua Budak kelas. Ana, Kama, Gee, Piqa dan Ayie. Kitorang kena ikut zoo keeper yang pakai spec dan berjanggut sejemput. Kitorang ikut la dia. Tak tak tak, sebenarnya kitorang tak ikut dia, kitorang main jalan je. Dia kat belakang kitorang, agak-agak kitorang salah jalan baru dia cakap. Kitorang asek tanya je " kiri ke kanan?" " Betul ke jalan ni?" Jauh lagi ke?" Haa penuh suspen.


Sampai la kat satu kandang yang kitorang tak tahu kandang apa. Cuma ada bunyi ermmm haurmmmm... Rupa-rupanya kandang singa dan harimau. Okay T_T takut. Masa tu otak dah fikir, habislah nanti kalau dia suruh bagi harimau makan macam mana? Nanti harimau tu tersalah makan tangan aku macam mana? Okay tak. Diorang cuma suruh sediakan makanan dan bersihkan kandang je. Pfuhhh..tapi tak lega juga. Masa bersihkan kandang pun fikir probabiliti negatif. Macam mana kalau zoo keeper tak perasaan aku kat dalam, then dia lepaskan harimau tu. Memang santapan la aku jadinya. Hauuuurmm dapnyee.. :3




Jom tengok gambar pula :)

Inilah kandang harimau dan singa sebelum mereka dilepaskan :3

Zoo keeper yang sporting :)

Tapir yang sangat cool dan baik :)

 Look at my boot ... Sila jeles!

Rusa-rusa ni tak pemalu. Patut la budak-budak rusa tak pemalu :p

Hai nama saya manja :)

 
'cantiknya bulu..buat bag canti ni' - Gee


Kerja apa lagi kena buat ni? hermm hermm


Posing jap eh

End of the show..ah tak dapat tengok si singa laut beraksi!




Memang best sangat-sangat jadi volunteer kat zoo ni rupanya. Macam-macam pengalaman kita boleh dapat. Dari pengalaman bersihkan kandang sampailah pengalaman pegang binatang-binatang tu semua. Hei bukan senang tau nak pegang binatang-binatang rawkk macam harimau bintang dan tapir. Yang paling penting, pengalaman-pengalaman dari zoo keeper. Zoo keeper ni dah macam ibu ayah kepada haiwan dan binatang kat zoo tu. Tak ada diorang, tak makanlah binatang-binatang zoo tu weyy. Macam-macam pengalaman dan ilmu diorang cerita. Seriusly memang tak ada dalam buku k. Nak tahu kena rajin bertanya. Kalau pergi tapi diam je tak guna juga kan. Masa ni lah tanya segala apa yang kita nak tahu. Diorang sporting seh.



Kalau nak jadi volunteer senang je. Isi borang kat laman web zoo negara. Kalau 5 kali boleh dapat sijil tau. Selain dapat jalan-jalan kat zoo dengan bayaran yang murah, dapatlah juga menyumbang tenaga untuk kehidupan binatang-binatang kat sana. Kalau kita tak support, siapa lagi kan.

Isi form ni: volunteer Zoo Negara

Kami sudah. Anda?





No comments: