Saturday, October 29, 2011

Final Project Part 2: DAS's & DKA's

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...


Sihatkah anda-anda semua? Kalau tak sihat pergi jumpa doktor doktor anda yang berdekatan. Bagi yang duduk kawasan Parit Bharu, Sungai Apong dan berdekatan dengannya, silalah ke Klinik Desa Parit Bharu ku tercinta ya. Kalau tak nanti demam seminggu tak baik baik macaaaammmm...malas nak cakap siapa. Hahaaa (gelak jahat!)


Entri kali ni adalah sambungan daripada Final Project Part 1: Project Presentation. Kalau tak baca lagi sila kelik kelik link tu ya. Seperti yang dijanjikan, untuk part 2 ni Ana nak cerita cerita tentang projek-projek pelajar semester akhir sesi JUN 2011. Projek-projek kali ni semuanya lawan lawan wooo. Semuanya nak jadi yang terbaik, yelah siapa tak nak jadi yang terbaik kan. Tapi...huhuu T_T Ana tak dapat projek terbaik pun. Tak ada rezeki kan. Ahh yang penting tak kena reject. Kalau tak hadap la kau benda ni sebulan lagi dan bentang lagi depan panel sampai terbuntang segala isi perut.




Jom review antara projek-projek yang dihasilkan.


Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar:


1. Kajian Penghasilan Biosolid Daripada Enapcemar
- Biosolid? Enapcemar? Apa benda ni? Ngeh ngeh mesti tertanya tanya kan. Biosolid tu adalah enapcemar yang telah dirawat. Enapcemar pula ialah hasil atau sisa separa pepejal daripada rawatan air kumbahan, rawatan air bersih ataupun sisa air industri. Biosolid ni digunakan sebagai medium tanah untuk tumbuhan. Dalam kajian ni kami cuba pada pokok Abelmoschus Esculentus dan Capsicum Annuum. Kalau nak tahu klik kat google apa benda Abel abel capsicum ni.


2. Penghasilan Bioplastik Daripada Ekstrak Kanji Kentang
- Apa? Ingat kentang boleh makan je ke? Buat plastik pun boleh la. Jangan terkejut kalau suatu hari nanti adik kita makan plastik yang mak kita dapat dari mini market 1 MALAYSIA. Tak pun, makan kentang putar kat kfc pastu makan sekali dengan bekas-bekas dia.heh. Projek terbaik ni !



3. Mengkaji Perawatan Efluen Sekunder Kilang Kelapa Sawit (POMSE) Dengan Kaedah Model Wetland.
- Projek ni pun main main pokok juga tapi diorang main pokok dalam air. Diorang guna tumbuhan bukan ketuambuhan ye, tumbuhan yang nama saintifiknya Salvinia Molesta dan Oval Leaved Pondweed untuk merawat air rawatan sekunder dari kilang kelapa sawit. Pokok apa? Korang cari la sendiri. Rasanya parit depan rumah korang pon ada.


4. Penghasilan Gas Metana Daripada Sisa Makanan dan Najis Lembu
- Gas metana ni untuk bahan bakar. Sisa makanan kalau simpan lama-lama dalam bekas boleh menghasilkan gas metana kerana terdapatnya proses biologikal yang berlaku semasa proses penguraian makanan tersebut. Najis lembu atau najis manusia pun salah satu sumber gas metana. Kat area area poli ni banyak lembu jadinya apalah salahnya guna sumber yang ada untuk dimanfaatkan sepenuhnya untuk projek. Ye tak?



5. Incineration of Spent Liquid Scintillant Waste Solvent
- Projek ni yang paling rumit Ana nak faham. Seratus kali suruh ina terang pun tetap blur juga. Banyak term sains dalam projek ni. Tapi yang pasti benda ini adalah untuk lupuskan sisa larutan cecair. Nak tahu lebih tanya Roh Bergerak. Dia pun baru jinak jinak merpati dalam blogging ni.













Diploma Kejuruteraan Awam:

Ini antara projek yang Ana sempat tengok. Sebenarnya ada banyak tapi ni je yang tahu.



1. Panel Kedap Bunyi dan Haba
- Projek ni menghasilkan panel dinding yang berfungsi menyerap haba dan bunyi daripada campuran kertas, polisterin dan hampas tebu. Lepas ni kalau nak melalak lagu dangdut sampai sampai lebam bibir pon boleh. Sebab tiada lagi bunyi bising. Kalau rasa rasa bilik kat asrama PSIS tu panas bolehlah order panel dinding ni dengan En. Farid.



2. Kajian Kemerosotan dan Kerosakan Struktur Konkrit di PSIS
- Sedia maklum la bangunan bangunan kat PSIS ni macam kukuh tak kukuh je. Projek ni mengkaji jenis jenis kerosakan yang berlaku di sekitar PSIS ni. Apa puncanya? Adakah dari segi kesilapan reka bentuk, sistem binaan, mutu bahan binaan, geoteknik atau kesilapan yang tak dapat diramal. Cewah boleh ramal ramal pula kan.



3. Mengkaji Kekuatan Konkrit Ringan Menggunakan Polisterina Boleh Kembang Sebagai Bahan Ganti Batu Baur Kasar Untuk Pembinaan Panel Dinding Tanpa Beban Galas
- Mak aii panjang benor tajuk dia. Memang tak sesak nafas nak baca kan. Projek ni menarik bagi Ana sebab polisterin campur konkrit. Kalu buat bangunan atas air, bangunan tu boleh terapung sebab fungsi polisterin yang berliang udara. Kalau mampatkan konkrit ni pun, dia boleh kembang balik. Wahh magik. 



Ada banyak lagi projek DKA yang best best tapi ana tak sempat la nak tulis semua. Takpe takpe kita bagi tengok gamba ehh.






            2 hari nak duduk kat booth aje memang tak lah kan. Masing-masing berjalan-jalan ke booth orang lain. Masa ni la nak cuci cuci mata kan. eh ehem siapalah tu. Yang bagusnya masa ni lah DAS dan DKA saling kenal mengenali. Barulah tahu si polan polan ni budak DKA rupanya.



Semester ni pameran 2 hari sahaja sebab hari rabu tu dewan guna untuk pameran pertanian. Tak tahu ape tajuknya tapi berkaitan pertanian la. Hari rabu tu juga, kami ada Dinner sempena 'Jamuan Perpisahan Semester Akhir JKA'. Tema biru laut ok. Memang pening kepala nak cari baju biru laut. Sampai ada seorang budak DKA tu tanya " kalau biru tak ada laut boleh ke?" Aisehh. Dinner malam tu bukan free ye, kena bayar seorang RM10 hump! 




p/s: Selasa ni ada dinner juga. Kali ni free tak payah bayar. Tema putih dan setiap kelas kena buat persembahan. Ok tak tahu nak sembah apa.




6 comments:

Ramona Alice said...

knapa dgn mr awk, yunk? tetiba menyepi ne.

Ana Faryana said...

da ok da..dye yang sedar sendiri..

nasib baik sedar kalau tak

makan hati la anakanda..

atiqah said...

Yang ini poli mana ni?. i penah datang sabak bernam punya final year presentation booth.Hihi untuk bagi sokongan kat kawan.

Ana Faryana said...

ni poli sabak bernam...

kawan u tu satu group dengan bestie i..haha

Anonymous said...

ana..

projek terbek plastik kew???

Ana Faryana said...

hai fawa..projek terbaik adalah penghasilan bioplastik..

group wani fadhil & sobri..

supervisor cik azzah