Assalamualaikum...
Dua minggu ini merupakan hari-hari yang sangat menguji mental dan fizikal. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dilaksanakan. Diri ni dah sesak sangat! Nak bernafas pun suam suam kuku je. Malam dah jadi macam siang. Bukan waktu untuk tidur nyenyak atas dua tilam bertingkat-tingkat. Lantai simen sejuk jadi tempat berbaring kelesuan. Bantal peluk dan bear kesayangan dah tercampak jauh, terabai seperti tidak bertuan kerana bahan pelukan kini adalah laptop dan journal.
Mula-mula sibuk dengan JPP, tak tahu kenapa semester akhir baru nak gedik-gedik join JPP. Padahal semester lepas lepas tak ambil kisah langsung. "Hey wth dengan JPP? Aku tak suka la nak berjawatan jawatan ni". Itu dulu. Sekarang, "Eh aku nak jadi EXCO tapi yang tak banyak kerja, dapat sijil kan". Tengok, semuanya gara-gara nak kumpul sijil. Ya sijil yang banyak menunjukkan anda hebat walaupun tak ada lah hebat mana pun.
Setiap masa bergelumang dengan REPORT REPORT REPORT! Ahhhhhhhhhhh buntu akal ini. Projek akhir hebat tak hebat yang penting siapkan report. Nak berak fikir REPORT, nak makan fikir REPORT, nak pakai baju fikir REPORT, nak basuh baju fikir REPORT sampaikan nak beli telur 1 papan kat kedai simpang tu pun fikir REPORT. Apatah lagi masa solat, astaghfirullah. Punya besar penangan report projek aakhir ni. Setiap detik dan waktu memikirkan hal yang sama. Report nak kena itu, report nak kena ini.
Muet speaking test! Masa ni pula ada test. English pula tu. Dah la english macam bangkai je. Memang tak sempatlah nak study. Masa test, Ana la yang paling teruk sekali. Dah la dapat point tak best. Tambah tambah lagi la keterukan dan kemusnahan dalam test hari tu.
Kelas banyak tak ada sebab pensyarah perlu kursus. Jadinya kalau nak rujuk hal report memang susah. Kena email email, kena texting texting. Pensyarah tak ada tak bermakna tak payah nak hantar tugasan. BANYAK! Tugasan, kuiz test berjalan seperti biasa. Ada presentation, ada interview. Semuanya di minggu ini. Tak faham kenapa semuanya minggu ni?
Yang paling benci tention plus plus menyedihkan ialah Laptop rosak. Skrin dia mak aii dah macam parkinson. 24 jam gempa bumi gamaknya. Masa ni jugalah dia buat hal. Timang-timang bagai minyak yang penuh pun tetap juga nak buat onar dengan tuan dia. Kang campak longkang Ana juga yang tak dapat guna.
Entri ni dah macam entri membebel Ana Faryana. Bukan macam lagi. Memang nak membebel pun. Nak bebel kat member rumah nanti kena bebel balik. Sebab mereka mereka pun hadap situasi yang sama. Tapi diorang ada pakwe pakwe's and scandal scandal's nak luah perasaan. Ana mana ada semua semua tu. Jelous taw! Ana cerita kat Allah je. Mintak Allah ringankan beban, kuatkan hati, tingkatkan kesabaran dan yang paling penting pelihara kesihatan. Susah kalau sakit masa ni. Dah sungguh sungguh siapkan projek nanti tak dapat nak present dengan baik. Tak nak la kan. Dah la panel dari Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliaran dan lain lain. Orang kerajaan tu, kenalah present baik punya, manelah tahu dia offer kerja ke.
Ok babai nak sambung buat report lagi. =)
8 comments:
bnyak doa ye ana...2 lah penangan report...aku terasa msa sem 5 g...ujian x henti2..ngan lec,kwn2 n report...smpai kan ase nk benti jer...tp dgn bantuan Allah,fmily n rkan2 yg knal sapa dri aku g support...alhamdulilah...aku dpt gak trus kan...walaupown mrs.kaca bagi B untuk final pojek aku...huhuhu...
macam bakal ikut jejak kau je..
erk....ssh dan mcabar ni...
tabah ye bos...;)
zulhimi terima kasih tapi kan saya bukan bos awak =)
sama lah kita.. huhuhu
ana : jgn lah ikut jejak aku...x elok...ang wat yg terbaik...aku akn doa untuk ang yerk...
hamzah ian: semoga awak pon tabah nak hadap hal dunia ni..=)
syafiqah: terima kasih sangat2..sayang pika sangat2..rindu sangat2..
ana : aku pernah ase pa yg ang ase...jd...pa slah nyew g kat ang semangat kan...jgn jd mcm aku je...huhuhu...syg ana...mmuuuaaahhh
Post a Comment