Sunday, November 4, 2012

Hilangnya Semangat Seorang Pelajar



Seorang pelajar yang tugas hariannya menelaah buku-buku, pergi ke kuliah, siapkan assignment n tutorial, hadap quiz test quiz test quiz. Semangatnya seorang pelajar itu ialah bila bersengkang mata belajar siang malam, pergi ke perpustakaan cari bahan bacaan tambahan, buat study group, buat nota pokok nota rumput, segala nota yang warna warni macam pelangi, yang bila tampal kat dinding nampak comel gila, rasa macam jaman tadika.

Semua kat atas ni aku pernah lalui. Tapi suatu masa dulu, masa aku diploma. Sekarang? Aku cuma buat tugas sebagai pelajar saja. Itupun kadang-kadang kelas aku ponteng. Hujan sikit mulalah perasaan malas tu merajai diri. Kejung satu badan atas katil. Kalau dulu, hujan macam mana pun tetap nak datang kelas. Mintak sape-sape yang naik kereta tolong ambil. Masa tu aku tak ada kereta lagi, sem 5 naik motor kire ok la bole pakai payung pakai baju hujan. Sem 6 naik basikal dengan Zety Abracadabra, kalau nak redah hujan juga alamat basah kuyup la sampai kelas. Pernah juga hujan renyai-renyai tetap juga gagah kayuh ke kelas. Sem 1, 2 n 3 duduk asrama pun tak penah la ponteng kelas. Sanggup je redah banjir, dengan cacing kerawit yang gila panjang melengkar terlenyek kat susur gajah tu. 

Sekarang, ada bus dan kereta, pilih nak naik mana, kalau malas tunggu bas kereta ada, kalau malas nak drive boleh naik bus. Itupun aku tak ada hati nak datang kelas. Tak peduli lagi pasal kedatangan. Nampak tak? Semangat aku nak belajar makin pudar. Aku bukan tak nak belajar, aku nak. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa semangat tu jauh sangat. Test pun aku buat macam tak ada ape bende je. Jawapan mengarut gila. Mana tak mengarut bila baca nota ala-ala je. Separuh markah ok lagi, yang tak separuh tu memang tak boleh nak menyesal la kan. Aku happy je bila dalam kelas. Cuma rapat dengan sesetengah classmate je. Nak rapat dengan semua mungkin susah sikit sebab sekarang kelas lebih 40 orang. Mesti la ada geng masing-masing kan.

Dulu 15 orang boleh la stick together ke sana sini sampai kena cop buat jahat bersama-sama, buat baik jauh sekali. Kena bann sana sini. Sekarang mungkin susah untuk di bann satu kelas tapi untuk kelas bbi 2420 ada kemungkinan 80% sebab asal masuk kelas ade je perangai kitorang yang buat lecturer runsing, kekadang naik meroyan jugak lah. Lagi satu bann dari kolej. Asal meeting je nama aku naik. Kenapa la sebut nama aku, orang lain melambak lagi tak turun. Aiseh ni yang susah jadi orang comel dan feymes ni. 

Nampak tak? Betapa tak semangatnya aku nak belajar. Jujur dan ikhlas dari hati yang suci penuh plan jahat ni, aku memang tak bahagia dengan hidup sekarang. Hidup sekarang penuh tekanan. Tekanan tu buat jadi beban kat diri aku. Beban yang susah nak leraikan, terpikul kat bahu ni. Bebanan dan tekanan tu yang buat semangat aku semakin pudar dan pudar. Aku luah macam mana pun tetap tak dapat mengubah apa-apa. Melainkan satu cara je. KELUAR!





Nota penampar: Tapi dengan status ekonomi aku sekarang, memaksa aku untuk terus berdiam diri dan bersabar.

7 comments:

Ramona Alice said...

we are in the same situation. rindu anakanda? bila kita leh meet ey?

Ana Faryana said...

kite memang sering alami situasi yang same..
mungkin kerana kite pernah ponteng kelas akhir science technition bersama :)

Ramona Alice said...

kahkah. seronok betul tidur time hujan masa tu. epik2.

umi.si.busuk said...

x best kn dak clas reramai sgt..ssah nk close jd bpuak2..

Ana Faryana said...

ramona: epik high..kena ingat saat tu..haha..

umi: eh best je..nak tido tak ade la kantoi sangat..sebab ramai..

Unknown said...

sebab ana dh tua..
rasanya smua bdak dip yg further stdy rsa bnda yg sama..LAME

Ana Faryana said...

salah satu faktor..
umur meningkat dan banyak benda kena fikir..
itu yang trumbang ambing hidup..