Friday, October 21, 2011

Final Project Part 1: Project Presentation

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi, projek akhir Ana dan rakan rakan sudah selesai. Pembentangan sudah dilaksanakan dan laporan sudah siap sepenuhnya tinggal semakan terakhir dari penasihat projek. Syukur sangat-sangat segala apa yang Ana dan rakan-rakan usahakan sepanjang semester ni berjaya. Tak sia-sia siang malam bertungkus lumus siapkan laporan, siapkan model, kaji journal,buat poster segala..semuanya berbaloi baloi.


Sebelum tu nak cerita pengenalan dulu apa itu projek akhir yang mesti dilaksanakan oleh pelajar politeknik. Ada juga jurusan yang tak ada projek akhir macam Diploma Seni Bina (DSB). Kalau tak salah lah. Tapi kebanyakannya ada, tak kiralah pelajar elektrik ke, IT ke, awam ke, mesti ada dan wajib lulus. Kalau tak lulus kena bentang bentang dan bentang kat panel sampai lulus. Jam kredit 3.0 je. Banyak la jugak kan. Tak lulus habis jatuh pointer HPNM huhuuuu T_T. Nak nangis guling-guling pun tak berbaloi. Sebab tu kena buat betul-betul.


Projek akhir ni ikut kretiviti dan idea pelajar dalam mencipta, mengkaji atau memperbaharui sesuatu mengikut bidang masing-masing.Ada peringkat-peringkat atau fasa-fasa yang perlu dilalui. Fasa pertama, pembentangan cadangan projek. Fasa ni pelajar kena bentang cadangan projek yang akan dilakukan. Pembentangan ni masa semester 5. Kena ada laporan cadangan yang meliputi objektif, penyataan masalah dan skop kajian. Panel-panel terdiri dari pensyarah akan nilai cadangan-cadangan yang dibentangkan. Kalau lulus, projek boleh terus dijalankan. Tapi kalau tak lulus, kena ubah atau cari projek yang lain. Pening kepala juga fikir nak buat projek apa. Gempak sangat kang tak jadi sia-sia je.


Bila dah lulus cadangan, boleh lah teruskan dengan projek pada semester 6. Biasanya semester 5 rilex lagi.Biasanyalah tapi sepatutnya masa tu dah kena ada kajian, rujukan untuk buat projek masa semester 6. Semester 6 semua bertungkus lumus dengan projek. Masa ni memang sibuk dengan test itu test ini, makmal sana makmal sini, pergi jabatan sana jabatan itu ini. Memang sibuklah. Kena buat laporan tebal ya amat. Baru isi kandungan dah tebal 10 muka surat. Fasa terakhir adalah pembentangan projek. Panel dari luar dijemput khas untuk nilai projek-projek yang pelajar usahakan sepanjang 1 semester. Baru mencabar kan.



Untuk entri kali ni Ana cerita pasal project presentation dulu. Kalau nak cerita semua bosan pula kan. Jom tengok muka-muka cuak masa tengah present. 


Pembentangan untuk pelajar Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar (DAS) pada hari isnin jam 2.30 petang. Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) hari selasa. Kami bentang serentak satu kelas. Memang tak dapat nak tengok group lain present. Kami ada 5 group je, tu yang buat sekali serentak. Kira ok la, tak ada la ketar lutut tengok group lain kena hentam. 


Panel-panel untuk semster ni adalah yang paling ramai. Semua group dapat 2 panel luar. Group bertuah dapat tiga tiga panel luar. Memang rezeki namanya. Ada yang dari SYABAS, IWK, JSPN, JAS, Pensyarah UPM, UKM, Petronas dan ramai lagi. Group ana dapat panel dari SYABAS, JSPN dan Ketua Program Alam Sekitar. Fuhh berdepan dengan orang luar memang takut sangat. Yang datang tu bukan calang-calang orang. Semuanya pangkat tinggi. Alhamdulillah semua soalan dapat jawab. Walaupun jawab terketar-ketar kan. Panel-panel hari selasa memang gerun habis. Setiap soalan yang diaju kepada pelajar memang mencabar. Orang banyak ilmu dan pengalaman, semua benda dia tahu. 



Ni gamba DKA masa tengah present.


Juniors sepatutnya ambil peluang ni untuk belajar bagaimana nak present dengan bagus untuk berhadapan dengan panel luar. Present dalam kelas dan present depan panel luar sangat berbeza. Soalan-soalan yang dikemukakan pun sangat menguji minda. Kalau kita buat projek kita, automatik kita boleh jawab apa yang panel tanya. Tapi kalau kita buat projek kita sambil lewa memang kena hentam habis habisan. Sebab apa benda yang kita nampak mudah pun panel akan persoalkan. Bahan, cara, kuantiti, kos dalam projek, semua panel tanya. Soalan yang paling susah Ana nak jawab ialah "awak rasa projek awak ni berjaya tak?". Tak yakin nak jawab terus pass kat ahli yang lain..huhuu.




Banyak lagi benda nak cerita tapi kat entri lain la ye. Gambar pun banyak lagi nak tunjuk. Ada part part baru nampak macam menarik kan.


Coming soon....

Final Project Part 2: DAS's & DKA's






(Picture credit to ummu, zura , DKA's & my nikon)

6 comments:

Ramona Alice said...

muka2 cuak. haha. rse cm xnk tgk lg pic ibnda mse present dlu. ngaa!

tuKuLBesiTumitSeiNci said...

serius...teringat sgt3 time aku present...asl2 ye nak present lambt2, dtng partner ak nk buat pg 2 juga...risau jugak, ne ar taw aku xdpt jawab...tpi alhamdulillah semua ye berjawab ngan lancar....

Ana Faryana said...

Maasing2 teringat kenangan poli ye..

Keh keh keh..rindu la tu

Unknown said...

wahh!!
gud luck bebeh!

go ana go!

Ana Faryana said...

tq ann..hehuuu

gudluck awok di uTem..

Unknown said...

Boleh bagi idea tentang fyp tak?? Projek ditolak selepas buat proposal 😩