Saturday, June 15, 2013

Itu Sisa Makanan Awaklah



Assalamualaikum dan Salam sejahtera



Ini adalah entri membebel sempena dengan minggu-minggu exam
Okay memang pening kepala nak recap chapter-chapter yang masuk. Kerunsingan tu memang mencanak-canak tinggi nak hafal nak faham ayat demi ayat. Sampai satu tahap rasa isi perut ni nak terkeluar, nak termuntah maraton semua sekaligus.


TAPI TAPI TAPI lagi pening plus nak muntah bila masuk toilet bau sisa makanan yang tersumbat kat sinki. Aduii manusia manalah yang buat kerja gila macam ni. Okay, faham awak geli nak korek sisa tu balik. Come on la, tu sisa makanan awaklah. Tadi awak sedap je telan masuk mulut lepastu awak geli pula nak pegang. Sikap ape nihhhh??? ahh peninglah dengan manusia macam ni!!!


Okay, tak nampak mana rasionalnya sikap macam ni. 
Nak cakap awak anak orang kaya kat rumah ada maid tak biasa dengan kerja-kerja macam ni? 
klise sangatlah awak ni!!
ATAU tak sempat nak korek balik sebab banyak chapter kena baca? ek le 5 minit awak gosip depan pintu sempat pula.
ATAU Alahh kan makcik cleaner tu ada..ape kesahh.. awak awak makcik tu pon geli nak bersihkan sisa makanan awak tau..dahlah awak makan tak bagi dia secuit pun...
ATAU sebenarnya awak sengaja nak biar kami-kami ni buat kerja amal bersihkan sisa tu..awak...terharunya..tapi kan banyak lagi kerja amal kami-kami boleh buat.. ikhlas lagi.
ATAU awak memang terbiasa dengan perangai macam tu..dah jadi habit.. orang masuk toilet maki-maki pun apa kesah kan..


Tolong ye adik-adik. Tak nak buat perangai macam ni. Muka dah cantik mekap-mekap tapi bila bab macam ni fail. Nak malas pun bertempatlah sikit. Ini bukan rumah, ini kolej. Kita duduk ramai-ramai. Guna toilet yang sama, jamban sama, sinki sama. Jaga keprihatinan kat orang lain juga. Awak nak duduk selesa, sama la dengan kami semua.




Mana akal kita sebagai manusia yang telah Tuhan ciptakan?
Tidak bersyukurkah kita dengan akal pemberian Tuhan ini?
Akal adakah semata-mata untuk belajar sahaja?
Mana akal kita sebagai seorang yang terpelajar?
Takkan akal guna dalam dewan periksa je?


# Renung-renungkan dan selamat beramal :)






 

No comments: