Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari-hari yang paling stress dah bermula. Assignment, proposal, case study, test.. bertimpa - timpa datang.
I just want to quit.
Tapi tak boleh kan. Aku tetap kena hadap. Tetap kena kuatkan semangat untuk siapkan semuanya. Sighhh. Mengeluh. Aku tahu aku cepat mengeluh, cepat sangat nak naik hangin. Dan aku juga tahu berjuta kali mengeluh naik angin sekalipun takkan mampu siapkan kerja yang melambak ni.
Lagi aku stress untuk case study. Group kali ni memang buat aku naik darah tiap masa. Aku bukanlah seorang ketua tapi tak tahulah kenapa aku berlagak sangat macam ketua. Mungkin sebab aku paling tua atau aku paling cerewet. Mungkin sebab aku paling cerewet kot. Aku memang tak reti nak handle rasa marah. Tapi aku cuba untuk sabar. Aku tak nak lah jadi spoiler dalam group ni. Lama lagi kot aku nak hadap budak-budak ni.
Ingat aku suka-suka ke nak cerewet. Ni baru dengan aku, belum lagi kena dengan lecturer. Aku bukanlah nak berlagak pandai ke apa, tapi kalau dah bagi kerja tu tolonglah buat dengan logik sikit. Aku tak mintak jadi perfection pun. Aku cuma nak kerja yang korang buat tu logik bagi aku dan orang lain. Kalau tak tahu please refer mana-mana journal. Aku pun buat macam tu. Refer journal, tengok macam mana dia buat. Bukan suka-suka buat ikut kefahaman kau je.
Sepatutnya kerja kumpulan kurang beban ni bertambah beban adalah. Kalau aku tak lead ni memang hancurlah case study aku. Konfem kena hentam masa presentation. Padahal sem lepas dah buat case study. Lecturer yang sama pula tu. Takkan tak tahu lagi macam mana nak buat penyata masalah, objektif, benda paling senang. Tu baru suruh buat slide belum report lagi. Rajin tu rajin tapi kerja. Ya ampun. please adik-adik. Awak tu pelajar universiti. Please meet my expectation for your work.
Ada juga yang dah bagi kerja tapi tak hantar-hantar. Aku tak tahu dia dapat ke tak mesej aku. Susah sangat ke nak buka FB, tengok apa yang kena buat. Dah sah - sah semua kerja akan diupload kat FB. Tanya aku apa nak buat. Tapi bila dah bagi. keep quite. Jenis macam ni memang aku susah sikit nak layan. Perlu ke aku nak tekan benda macam ni tiap masa?
Bila aku tak bahagi kerja kalau boleh aku tak nak sentuh bahagian tu. Tu kira bahagian korang, korang sendiri kena buat sampai betul. Aku sendiri ada bahagian aku sendiri. Takkan aku nak edit semua. Usaha tu ada tapi tak berkualiti. Macam jahit baju tapi jahit tak kemas. Asal siap je. Mana boleh macam tu. Macam mana nak buat FYP final year nanti. FYP buat sorang-sorang tau. Takkan nak harap kat orang lain masa tu. Masa ni la awak-awak kena belajar.
Jujur, aku bukan nak berlagak pandai tahu semua. Aku tak pandai, tiap kali buat kerja mesti aku refer mana-mana. Bila aku hantar kat yang lain, aku yakin kerja aku buat tu betul dan berkualiti. Sama-sama belajar. Tak boleh nak harap orang lain betulkan kita. Awak tahu awal lemah, jadi awak usaha lebihlah. Kalau lebih pun tak masih lemah lagi, kena usaha berganda lagi, awak tak rugi pun.Belajarlah dan berfikir seperti tahap mana anda berada.
# Kadang-kadang kita mengaku kita lemah tapi kita tak berusaha pun untuk perbaiki kelemahan kita tu.
-xoxo-
No comments:
Post a Comment