Sunday, March 30, 2014

Kahwin Sebelum Graduation


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Semalam, aku dengan kawan-kawan aku lepak bawah pokok depan fakulti sambil menikmati makan tengah hari kami. Macam biasa, menu of the day, Nasi Ayam Penyek. Sambil makan sambil menjoyah. Topik kahwin dan pensyarah lelaki memang tak lepas dari perbualan kami. 

Lina cakap kat aku, "Kalau kak ana kahwin nanti kami mesti datang, walau jauh macam mana pun". Aku dalam hati terharu gila. Tapi ayat terharu tu aku simpan dalam hati. 

Dan aku tiba-tiba cakap, " Aku akan pastikan aku kahwin sebelum habis belajar".

...

Sekarang, aku cuba berfikir macam mana aku nak capai objektif di atas. 






p/s: Tak payah cakap pasal calon, bayang-bayang pun tak ada lagi ni. =.=



Saturday, March 15, 2014

Cerewet



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Hari-hari yang paling stress dah bermula. Assignment, proposal, case study, test.. bertimpa - timpa datang.
 I just want to quit.

 Tapi tak boleh kan. Aku tetap kena hadap. Tetap kena kuatkan semangat untuk siapkan semuanya. Sighhh. Mengeluh. Aku tahu aku cepat mengeluh, cepat sangat nak naik hangin. Dan aku juga tahu berjuta kali mengeluh naik angin sekalipun takkan mampu siapkan kerja yang melambak ni.

Lagi aku stress untuk case study. Group kali ni memang buat aku naik darah tiap masa. Aku bukanlah seorang ketua tapi tak tahulah kenapa aku berlagak sangat macam ketua. Mungkin sebab aku paling tua atau aku paling cerewet. Mungkin sebab aku paling cerewet kot. Aku memang tak reti nak handle rasa marah. Tapi aku cuba untuk sabar. Aku tak nak lah jadi spoiler dalam group ni. Lama lagi kot aku nak hadap budak-budak ni. 


Ingat aku suka-suka ke nak cerewet. Ni baru dengan aku, belum lagi kena dengan lecturer. Aku bukanlah nak berlagak pandai ke apa, tapi kalau dah bagi kerja tu tolonglah buat dengan logik sikit. Aku tak mintak jadi perfection pun. Aku cuma nak kerja yang korang buat tu logik bagi aku dan orang lain. Kalau tak tahu please refer mana-mana journal. Aku pun buat macam tu. Refer journal, tengok macam mana dia buat. Bukan suka-suka buat ikut kefahaman kau je. 


Sepatutnya kerja kumpulan kurang beban ni bertambah beban adalah. Kalau aku tak lead ni memang hancurlah case study aku. Konfem kena hentam masa presentation. Padahal sem lepas dah buat case study. Lecturer yang sama pula tu. Takkan tak tahu lagi macam mana nak buat penyata masalah, objektif, benda paling senang. Tu baru suruh buat slide belum report lagi. Rajin tu rajin tapi kerja. Ya ampun. please adik-adik. Awak tu pelajar universiti. Please meet my expectation for your work. 



Ada juga yang dah bagi kerja tapi tak hantar-hantar. Aku tak tahu dia dapat ke tak mesej aku. Susah sangat ke nak buka FB, tengok apa yang kena buat. Dah sah - sah semua kerja akan diupload kat FB. Tanya aku apa nak buat. Tapi bila dah bagi. keep quite. Jenis macam ni memang aku susah sikit nak layan. Perlu ke aku nak tekan benda macam ni tiap masa?



Bila aku tak bahagi kerja kalau boleh aku tak nak sentuh bahagian tu. Tu kira bahagian korang, korang sendiri kena buat sampai betul. Aku sendiri ada bahagian aku sendiri. Takkan aku nak edit semua. Usaha tu ada tapi tak berkualiti. Macam jahit baju tapi jahit tak kemas. Asal siap je. Mana boleh macam tu. Macam mana nak buat FYP final year nanti. FYP buat sorang-sorang tau. Takkan nak harap kat orang lain masa tu. Masa ni la awak-awak kena belajar.





Jujur, aku bukan nak berlagak pandai tahu semua. Aku tak pandai, tiap kali buat kerja mesti aku refer mana-mana. Bila aku hantar kat yang lain, aku yakin kerja aku buat tu betul dan berkualiti. Sama-sama belajar. Tak boleh nak harap orang lain betulkan kita. Awak tahu awal lemah, jadi awak usaha lebihlah. Kalau lebih pun tak masih lemah lagi, kena usaha berganda lagi, awak tak rugi pun.Belajarlah dan berfikir seperti tahap mana anda berada.


# Kadang-kadang kita mengaku kita lemah tapi kita tak berusaha pun untuk perbaiki kelemahan kita tu.



-xoxo-


Monday, March 10, 2014

Kalau Cinta Tak Perlu Terhegeh-hegeh


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hai. Topik kali ni tentang cinta. Tahu. Tak pernah-pernah pula aku cerita pasal cinta. Orang tengok aku tak bercinta tapi sebenarnya aku pun bercinta juga. Tapi cinta aku hanya pada yang sayang dan kasih sepenuh hati pada aku. Cinta aku pada Tuhanku, ALLAH. Cinta aku pada mama dan ayahku. Cintaku pada keluarga dan sahabatku. Mudah. 


Sebab cinta pada mereka tak akan pudar. Begitu juga cinta mereka pada aku tak akan pudar. Bertekak salah faham itu norma kehidupan. Hari ni gaduh esok baik semula. Bak-kata pepatah air dicincang takkan putus. Tak kira dalam adik-beradik, dalam keluarga atau berkawan sekalipun, kalau dah hari-hari tengok muka yang sama, nak lari mana lagi. Masam muka esok-esok senyum sampai telinga. Terasa hati pun cepat baiknya. Sebab dalam hubungan tu ada rasa cinta yang betul-betul ikhlas dan jujur. 


Cinta antara lelaki dan perempuan memang manis. Rasa bahagia setiap hari. Berangan pun yang indah-indah je. Naluri untuk disayangi tu kan lumrah. Lebih-lebih lagi perempuan. Kalau lelaki puji sikit mulalah kembang 45 inci. Kalau lelaki ayat sikit je mulalah perasan lelaki tu suka kita. Faham. Sebab aku pun perempuan kan. Dalam hubungan ni kenalah balance. Dua-dua memberi dan menerima. Jangan sebelah pihak je terima yang sebelah lagi jenuh la nak memberi.



Bagi aku dalam percintaan tak perlu wujud insan yang terhegeh-hegeh. Lebih-lebih lagi perempuan. Come on girls. Jual mahal sikit ok. Lelaki biasanya cool je. Perempuan ni ha yang masalah sikit. Bukan apa naluri perempuan ni senipis kulit bawang. Kalau dah letak harapan tinggi menggunung, nanti kecewa pun tinggi menggununglah. Perempuan kecewa emo dia lain macam. Tambah lagi dengan bulan naik. Mak aiiih silap hari bulan kawan sebelah bilik pun kena tempik. 





Please be cool ok. Aku tahu kau berusaha untuk hubungan tu. Aku salute usaha tu. Tapi aku rasa kalau dah jadi suami isteri berbaloilah juga usaha macam-macam. Ni takat baru pakwe makwe sehari dua..hemm fikir 49 juta kali. Cinta ni memang buta sampai nasihat kawan pun kadang-kadang kau rasa tak berguna. Haha. Kawan-kawan pun kadang-kadang protective terlebih. Aku ingat lagi dulu aku tak suka kawan aku couple dengan budak yang dia kenal kat FB. Tup tup berkekalan sampai sekarang. Dengar cerita dah masuk meminang dah pun. Alhamdulillah... 



Kadang-kadang orang terhegeh ni tak payah cakap dari mulut pun kita dah tahu. Kita tengok gelagat da aksi dia. Zaman sekarang lagi advance dengan adanya media sosial. Tak payah tanya tuan punya badan, kita dah dapat tahu yang dia tengah konflik dengan pakwe makwe. Siapa suruh post. Kau post aku baca. haha. Aku tak suka pun ambil tahu hal orang. Lagi-lagi bab macam ni. Tapi kalau dah depan mata aku layankan aje.



Aku banyak belajar dari orang-orang sekeliling. Ada orang, bila dia nampak hubungan tu makin pudar, dia let go. Bila pakwe dia buat hal, dia let go. Bila pakwe dia kawin dengan orang lain, dia let go. Nampak mudah kan? Sebab diorang tak letak harapan tinggi kat hubungan tu. Dan bagi diorang lelaki bukan satu. Just move on.



-xoxo-






Thursday, March 6, 2014

Kawan Dari Jepun


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...





Hai semua. Nak tahu salah satu perkara yang menarik masuk universiti adalah dapat bergaul dengan pelbagai bangsa dan pelbagai negara. Buat masa ni aku ada kawan dari Brunei Jepun dan China. Buat masa ni yang ada dalam kelas budak Jepun dan China.  Brunei tak hantar delegasi mereka ke sini untuk sem ni. Oh mungkin semester depan. Aku tunggu. Hahaha. 


Ada exchange students dalam kelas adalah perkara yang menggembirakan lecture dan tentunya kaum hawa dalam kelas. Al maklumlah adam di kelas kami boleh dikira jari. Bila ada exchange student bertambahlah sedikit populasi mereka dalam kelas. Seronok sikit nak toleh kiri kanan. 





Biasanya exchange student jadi idaman para hawa. Macam sem lepas ramai yang crush dengan Brunerian. Mentang-mentang diorang kaya, emas menggunung. Haha. Ada juga yang crush dengan Keisuka si jepun yang berkaki panjang. Dia mengaku sendiri masa present kelas seminar. Sebenarnya kami satu kelas dah tahu dari semester 1 lagi.


Budak Jepun nama Takuya Kurihara dan budak China Yu Jia Jia. Yu jia jia suka pakai seluar hipster tapi budak-budak anggap seluar tidur. Hahaa nakal budak-budak ni. Yu jia jia ni pendiam sikit. Mungkin sebab budak-budak kelas tak nak cakap dengan dia. Bukan apa, masing-masing takut nak speaking. Dan dia perempuan, takkan nak flirt dengan perempuan kan. Tak bestlah~


Oh ye, kalau dapat tahu ada exchange student selain dari Brunei masing-masing akan 

"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~" 
panjang 20 harkat -.-

Sebab masing-masing taknak jadi gagak bila presentation. Tapi sampai bila kan? This is an opportunity for us to improve our English right? Ok take the positive way. 


Tapi dengan Takuya kami tak malu-malu nak bersembang dan berbual. Eh. Sebabnya, bila kami tanya dalam english kami akan dapat jawapan Bahasa Melayu. Eh eh? double eh. Iya, Takuya pandai cakap melayu. Jadi kami boleh rancak berbual. I think he's fast leaner. Respect dengan orang bukan Malaysia yang belajar dan bertutur dengan Bahasa Melayu. Tak semua foreigner yang belajar kat sini peduli atau kesah untuk belajar bahasa kita. Lebih-lebih lagi Takuya dari negara yang memperkasakan bahasa ibunda mereka, Bahasa Jepun.


Tak pasti berapa lama Takuya dah ada kat Malaysia. Tapi dia boleh cakap serangkap ayat dengan lancar. Bukan perkataan satu-satu.  Kau tanya budak Iran, hampeh, entah-entah terima kasih pun tak tahu. Buat muka kalau kita tak dapat jawab dalam english dengan lancar. Aku memang malas nak layan orang macam ni. 


Tengok.. Post kat FB pun guna Bahasa Melayu tau. Memang bersungguh nak belajar ni. 




Nana cakap Takuya pakai spec nampak educated. Aini pula cakap suka tengok Takuya senyum. Nampak tak diorang dah mula dah. Lina je tetap dengan pendirian nak vote untuk Tajul. Hahahaa. Tapi betullah diorang cakap. Walaupun tak secomel Yamapi dan Ikuta Toma, tapi tetap jadi penyeri kelas kami. :)










Harap sem depan datang yang muka iras-iras Hayami Mokomichi :)





-xoxo-
 

Monday, March 3, 2014

Annyeonghaseyo!


Assalamualaikum...




Annyeonghasipnika! Jeoneun Ana imnida. Jeoneun Malaysia saram imnida. Jeoneun hapsaeng imnida. Kamsahamnida~~~

Hah apa maksudnya?

Selamat sejahtera. Saya Ana. Saya orang Malaysia. Saya seorang pelajar. Terima kasih.




Untuk semester ni aku ambil 3 jam kredit untuk foreign languages. Foreign languages memang wajib untuk Bac. Environmental Management. So that, I choose Korean Languages. The others ada yang ambil Mandarin, France etc. But i choose Korean. 



Kenapa saya ambil korean?

Sesetengah mungkin akan fikir 'berguna ke ambil korean ni?'. Hermm what do u think? Is it worthless? I don't think so. Ini kan ilmu. Belajar apa pun berguna. Yang penting macam mana ilmu tu di gunakan dan dipraktikkan. Even ada basic korean japan mandarin france tapi tak tahu tak digunakan, cuma atas kertas je, that is worthless. Tetap tak jadi added value untuk minta kerja nanti. Mana tahu aku dapat kerja dengan company korea. Kan?


Belajar pun kena ada minat. Belajar bahasa kalau tak minat you'll get sick! Seriously. Sama la macam belajar bahasa inggeris kan. Belajar grammar dari sekolah rendah sampai universiti pun tak pas pas lagi. Itu aku la, orang lain tak kot. Bosan kan. Bahasa lagilah bosan kalau tak minat. Sebab kau kena belajar menulis mengeja menyebut macam tadika. Belajar vokal wovel macam sekolah rendah. Kalau tak enjoy kelas tu macam mana nak hadap semua ni kan. So, minat tu kena mendalam, baru gigih nak belajar. 


Meh aku tunjuk Son Sae Nim (cikgu)

 
LEE JUNG LIM son sae nim. Purely korean. Cantik macam Kim Ha Neul. Masa 1st kelas aku tengok je dia tak berkelip. Apa dia cakap pun tak peduli sangat masa tu. Comel sangat son saen nim cakap. Lembut, sopan, betul-betul orang korea ni~~~ ^.^
Kadang-kadang juga aku macam terleka sikit. Feeling yang aku tengah belajar kat korea. Air cond kat kelas pun sejuk lain macam. Bila tengok son sae nim pula aku rasa macam tengah tengok korean drama. Haha punyalah berangan dalam kelas. Lepas tu mengeja gagap gagak. Huh! I need to practice!



Biasanya lepas kelas aku akan ajar kawan-kawan yang lain belajar korean. Kitorang tukar-tukar belajar. Ada yang ajar mandarin Ni hao, ada yang ajar france bonjour. Seronok tau dapat belajar macam-macam bahasa ni. Yang penting janganlah kedekut ilmu ye. Kita guna sama-sama. Tapi paling penting aku cakap korea memang comel gila. (Hahaha angkat bakul kejap..aduhh berat juga bakul ni!)



Sebenarnya aku ada tanam cita-cita nak exchange student ke korea. Hari tu ada usha-usha university yang collaborate untuk exchange student, one of it is Yonsei University. Aku tengok ada course yang aku minat nak ambil. Kat Fakulti aku tak ada course ni, climate change. Last week Dr. Rosli ada cakap yang tak semua negara ada tawarkan course climate change. So, aku rasa macam motivated nak belajar pasal climate. Memandangkan cuaca kat Malaysia ni pun dah berubah-ubah, sejuk tak terhingga dan panas mencanak-canak. Harap ada la peluang untuk belajar ke negara orang walaupun inggeris saya ni tak seberapa. -.-







Hah sebab tu lah belajar korea!
Yonsei University in my dream tonight.

 
I'll take the picture in front of statue of underwood!







-xoxo-