Aku tahu aku cuma seorang juruwang yang melepasi syarat bekerja dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Sedangkan kau mungkin seorang pegawai tinggi atau bahkan mungkin seorang CEO di syarikat warisan tok nenek moyang. Aku juga tahu yang punya gaji tinggi sekaligus layak memegang kad emas dari bank terkemuka.
Tapi sayang. Sayang kerana nilai kau sebagai manusia tak setara dengan standard kad emas kau. Budi bahasa kau tak setinggi pelajaran atau pangkat bahkan gaji kau yang beribu tu. Kau fikir dengan kad bank yang bersinar macam gelang mak bedah kau boleh berlagak macam kau saja yang kaya? Sampai kau layan aku macam manusia tak ada perasaan? Kalau aku lambakkan harta bapak aku depan mata kau, kad emas kau tu boleh campak longkang tahu.
Mungkin dulu zaman muda mudi kau tak pernah merasa kerja sebagai kuli gaji kecil, kena pula bermuka-muka pada manusia cerewet hipokrit haji bakhil. Oh iya, dulu belajar universiti tak semahal sekarang kan. Kurang-kurang pun mak bapak kau gadai tanah kat kampung untuk hantar kau masuk universiti. Mana nak merasa kerja jadi kuli ni. Entah-entah cuti semester pun tak sempat nak kerja sambilan. Biasanya pegawai atau CEO ni zaman belajarnya dulu seorang pelajar cemerlang dan aktif. Paling koman pun jadi presiden persatuan ye dak?
Aku dah bagi servis kat kau pun banyak bunyi lagi. Kerja aku yang mudah kau nak bagi rumit. Eloknya mulut kau tu aku scan sekali. Boleh pula kau cakap kat bini kau ;jangan layan sangat'. Eh eh sekarang ni siapa yang buat kecoh? Aku pun tak ada kuasa nak layan kau la. Ramai lagi manusia-manusia yang aku kena layan. Belum lagi termasuk pak haji yang label aku penipu. Bodoh ke aku nak scan harga lain-lain. Dia ingat tukar harga semudah kicap ABC? Nak je aku maki 'pergi mati cepat!'
p/s: Aku harap kau tercekik kad emas kau tu. kalau bukan kau mungkin anak kau.
3 comments:
uiyyooooooo panas panas. haha~
semuga cepat gemok!!!
itullah realiti hidup sebagai cashier..orang ingat kerja senang..
memang senang..payah nye nak melayan customer
Post a Comment