Monday, July 1, 2013

Anak Melayu dan Pekan Kecil




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 
Jumaat aku cuba-cuba untuk kerja sambilan sementara cuti semester ni. 2 bulan cuti takkan aku nak goyang kaki kat rumah je kan. At least dapat gaji bolehlah guna bayar yuran pengajian bulan 9 nanti. So, aku pun mulalah bekerja sebagai pekerja biasa di sebuah kedai telefon di Pekan.


Aku perhati kedai-kedai kat situ sama je trendnya dengan pekan-pekan yang lain. Mesti ada kedai telefon, kedai jimat 5 sen, kedai baju tan tan, kedai air bubbletea/cool blog, kedai aksesori my one shop, sampailah ke kedai banggali jual karpet. Tak lupa juga mesti ada terselit 7-E, yang ni memang wajib ada weii, kalau tak sakai perokok- perokok tegar tu nak cari barang dia. Dalam berderet kedai tu, I bet mostly the shop owner are Chinese except for kedai benggali jual karpet. Dah sah-sah la benggali yang punya kan dan biasanya dijaga oleh orang-orang dia juga. Tapi kedai-kedai cina ni kebanyakkan pekerja dia adalah anak-anak melayu yang baru lepas SPM. Aku bukan nak memburukkan apatah lagi nak merendahkan pekerjaan diorang. Jangan salah sangka ok. 


Aku kagum dengan diorang sebab diorang ni diantara pekerja-pekerja yang tabah dan cekal. Aku kerja sehari pun macam tak sanggup je. Kerja mudah je jual topup, tapi mak aiii masa aku melongo lebih banyak dari buat kerja kot. Sebab tu aku kata diorang ni tabah. Lagi 1 masa bekerja diorang ni sangat advance ok. 7 hari seminggu, mostly kerja 12 jam, dari pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam. Standard la kedai-kedai macam ni buka tutup sama je kan.  


Ada setengah tu tak ada rehat pun. Just keluar sekejap beli makanan dan makan dalam kedai. Ok itu situasi aku. Kedua ada setengah tu tak ada toilet dan tempat solat. Ok tak ada tempat solat ok lagi boleh keluar cari tempat solat kan. Tapi tandas pun tak ada memang haru biru. Marah boleh tahan, kencing berak siapa boleh tahan?  Ok situasi aku lagi. Tempat solat pula, rumah dekat stil boleh balik, rumah jauh? Nak bentang kat mana? Ada bilik stor ok lagi. Yakin je nak solat. Kalau tak ada langsung? Ok situasi aku lagi. 


Nasib baik rumah dekat. Peduli apa. Aku cakap je aku nak balik untuk solat. Dan aku yakin ada segelintir anak melayu yang bekerja ni tak berani nak buka mulut untuk menunaikan kewajipan diorang. Kenapa takut sangat minta izin untuk jumpa TUHAN kita? Ini zaman apa?Zaman jahiliah ke? Nak solat kena bunuh, kena baling najis? Ini zaman PASCA MERDEKA right? Takkan dah lupa dalam karangan SPM kan biasa tulis ‘dizaman pasca merdeka’ ‘zaman millenium’. (Ke aku sorang je yang tulis macam tu?)


Sebab segelintir inilah yang menyebabkan nasib adik-adik bawah diorang ni mengalami nasib yang sama macam diorang. Susah nak solat masa bekerja. Sepatutnya prioritas menunaikan solat ni masuk dalam hak pekerja islam di Malaysia. Bukan untuk solat jumaat je. Pekerja office hour mungkin tak rasa beban ni. Sebab kat office diorang memang sedia tempat untuk solat. Masa bekerja pun tak clash dengan waktu-waktu solat. Yang jadi masalah pekerja-pekerja biasa. Nak salahkan owner kedai pun tak boleh juga. Tak ada permintaan. Diorang peduli apa anak-anak melayu islam ni solat ke tak. Diorang tahu tiap kali buka kedai mesti bakar colok. Means diorang pun sembahyang la kan. 


Sedih wey tengok adik-adik sebangsa seagama jadi macam ni. Bukan orang lain, sekampung aku kot. Bila ditanya kau biasa solat kat mana? Senyap seribu bahasa. Aku tahu, kau nak cari rezeki halal. Macam mana kau pandai cari rezeki halal ,  macam tu juga la kau kena pandai jaga perintah Allah. Allah akan mudahkan bagi sesuatu yang baik. Tak susah pun, cakap jelah nak minta waktu untuk solat. Bila kau dah mulakan langkah macam tu, majikan kafir kau pun fahamlah. Lepas ni kalau ada anak melayu kerja mesti bagi waktu untuk solat. Hidup kita direhai, kedai diorang pun bertambah orang mari. Tak gitu?


Kesimpulannya, aku memang tak betah kerja macam tu. Cukuplah sehari. Sekarang cuba jadi cashier kat AEON BIG pula. 

Maaflah kalau entri ni panjang sangat





No comments: