Friday, December 20, 2013

Refleksi Semester




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kelas terakhir untuk semester 1 tahun 2. Bermakna lagi beberapa hari lagi untuk peperiksaan akhir berlangsung. Rasanya dah boleh buka buku untuk rechapter semua subjek lebih-lebih lagi akaun yang memang aku tak boleh langsung nak hadam satu-satu. Lantak koranglah nak cakap akaun tu senang ke tak, yang aku tahu aku tak dilahirkan untuk menjadi seorang yang pandai akaun. 


Semester menarik sikit sebab hidup aku tenang tanpa dibelenggu dengan aktiviti yang memudaratkan hati nurani aku. Tapi ada juga suara sumbang yang tak puas hati. Ah aku peduli apa. Masa lebih banyak dihabiskan dengan tugasan kumpulan dan selebihnya berjimba ke Kenanga, KLCC, Putrajaya, Sungai Tekala dan tempat-tempat yang tidak terlintas dalam otak aku ni. Hari sabtu macam biasa, Bakti Siswa yang kejap wajib kejap tak wajib. Syukur dapat En.Pau yang cool, tak ada stress sangat macam protokol dulu. Majoriti budak-budak kelas, itu lagi cool. Takde lah krik krik dalam kelas kan. 


Ada kelas yang aku masuk aku rasa gembira dan ada juga kelas yang aku masuk rasa takut. Bukan aku sorang je rasa macam tu, Satu kelas! Masa nak panggil nama, masing-masing diam tunduk. Takut kena petik nama. Bukan tak ada idea, ada, tapi takut idea tu kena reject kaww kaww. Kelas semester ni ada juga pelajar mobiliti dari brunei, 7 orang. Dibandingkan dengan mobiliti dulu, mungkin yang kali ni lebih okay. Budak-budak kelas pun ramai yang bergaul dengan diorang ni. Dan diorang pun rajin join aktiviti kelas. Keisuke dulu pun ramai juga yang cling dengan dia tapi nak faham dia cakap memang ya ampun. Ceh cakap orang aku pun cakap english macam hampeh jugak. Tocie gagap gagak jugak.


Dan sepanjang semester ni macam-macam perkara yang berlaku dalam kelas. Sorang-sorang buat perangai. Aku tidak hanya memerhati. Ada masa aku meluah rasa. Rasa suka rasa gembira rasa marah rasa geram semua aku luah. Aku tahu jadi pelajar universiti perlu bijak bahagi masa. Masa main, masa berjimba, masa belajar, masa buat tugasan..semua tu aku dah hadam 4 tahun. Bila ada perkara-perkara yang tak sedap didengar tak elok dilihat aku jadi marah. Aku serik dengan semua tu. Tapi aku tahu, mana pun aku pergi benda remeh temeh macam ni berlaku dimana-mana. 


Kadang-kadang aku sendiri malas nak buat tugasan. Tugasan kumpulan kadang-kadang sambil lewa juga. Tapi beragaklah ye. Jangan sampai ahli kumpulan lain rasa dikhianati. Kadang-kadang aku pelik tengok orang yang berhati batu biar kawan sendiri terkontang kanting siapkan tugasan sorang-sorang. Orang-orang macam ni kena bagi pengajaran sikit. Kena hati batu buang nama dia dalam kumpulan. Baru dia rasa apa itu erti tugasan kumpulan. Benda ni pernah berlaku masa tahun 1 dulu. Memang jadi pengajaran dalam hidup budak tu. Yang tidur-tidur tu mohonlah berubah ye. Kami tegur sebab kami sayang. Tak gitu?


Oh ye lagi satu aku cukup pantang dengan sorang budak ni. Dulu aku malas nak ambik port sangat. Visi aku hidup kau pandai-pandailah jaga. Tapi bila dah sampai kes susahkan kawan-kawan aku memang tak boleh nak tengok je panggung wayang hidup dia. Kat luar hamboi bukan main aktif lagi tapi kalau pasal kelas satu apa pun tak tahu. Ok kau nak aktif macam mana pun silakan, tak ada siapa pun nak paksa. Tapi dalam kelas tolong memberi juga. Jangan nak mengadah je. Paling tak boleh aku terima presentation kumpulan dia boleh tinggal macam tu je. Itu dapat kumpulan baik. Kalau dapat orang lain memang lunyailah kena maki. Call tak angkat sms tak berbalas memang sangat kurang ajar. Padahal aku nak bagi makanan kat dia. Bukan aku nak bagi tahi. Melampau. Apa alasannya tak ada siapa yang tahu. 


Cukuplah untuk semester ni je. Semester depan tolong jangan ulang lagi. Terima kasih kepada sesiapa yang memberi. Sama-sama refleksi diri mana yang baik dan yang buruk. Semoga kelas kita makin harmoni. Ikhlas dari hati, maaf andai lancang berbicara, terkasar tingkah lakunya. 




Semoga berjaya untuk final exam nanti :)








No comments: