Pernah rasa tunggu bas
Tapi bas tak datang-datang
Tiba-tiba ada makcik lalu
Bagi tahu bas dah jalan
Tahu tak perasaan tu macam mana?
Hati tu tak tahu nak pergi mana
Mahu nangis nanti cengeng
Mahu marah nanti emo
Mahu merajuk siapa pula nak pujuk?
Hati aku memang kecil macam semut
Pijak-pijak je terus mati
Agak-agaklah aku manusia bukan semut
Dipijak tak mati tapi sakit hati
Jujur kadang-kadang bunyi macam kejam
Tapi itu lebih baik dari alasan tak tentu pasal
Dan aku macam orang bodoh
Tahu-tahu dah ditinggalkan
Aku manusia boleh bertolak ansur
Asalkan jujur cukup cerita
Aku tahu tapi aku diam
Aku anggap ini adalah kehidupan
No comments:
Post a Comment