Wednesday, November 13, 2013

The Event - National Recycling Day



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!!!



National Recycling Day sudah pun berlangsung dengan jayanya pada isnin, 11 November 2013.  Memang penat sangat seharian kutip barang recycle. Badan berlengas habis dengan muka sunburn macam palapes training seminggu. Tapi semua tu berbaloi-baloi!!! Kenapa kami buat event ni? Satu untuk course SOLID WASTE MANAGEMENT, lecture kami DR. LATIFAH yang super sporting. Kedua untuk meraikan Malaysian NAational Recycling Day. Acara mula pukul 10 pagi. Sebabnya 8 pagi tu memang ada kelas. Dalam kelas sabar je duduk dengar lecture. Padahal dalam hati ni dah berkobar-kobar nak turun event. Sampai Dr.Liney tanya soalan jadi blur tak tahu nak jawab apa last-last salah konsep. tettt ok dah cukup. 


Event ni simple sangat, santai-santai je. Mula-mula perasmian dari DEKAN FPAS PROF. DR RAMDZANI ABDULLAH. Sikit kata-kata aluan dari beliau tapi banyak inputnya pada kami. Dia tertarik dengan moto tshirt kami "KEEP CALM & RECYCLE". Dia share dengan kami tentang originaliti "KEEP CALM" ni. Seriously memang tak tahu. Bila dekan cerita yang asalnya "KEEP CALM & CARRY ON" dengan background warna merah. Mula diperkenalkan ketika perang di LONDON, tak nak rakyat hidup dalam panik jadi diorang perkenalkan quote ni dan rakyat dapat teruskan hidup.


Oh lupa bagi tahu, MC kami adalah ADI, pelajar mobiliti dari Brunei. FYI kelas kami ada 7 orang pelajar mobiliti Brunei. Lepas penyampaian hadiah ada maskot show bagi setiap kumpulan. Masing-masing gigih siapkan malam sebelum event tu. Ada yang jadi transfomers, recycle bag, ulat, recycle maskot, macam-macam lagi. Kreatif budak-budak aku ni rupanya. 
 

Habis je sesi bergambar barulah mula major untuk event recycling day ni. Apa lagi setiap kumpulan bertebaran sana sini cari barang recyle. Ada yang dah kumpul sebelum cuti, ada yang bawa dari rumah. Gigih sangat sangat. Semua semangat nak dapat tshirt, semua semangat nak menang. Basikal motor kereta sangat berguna masa tu. Paling gempak bila En. Sul angkut barang-barang dari rumah sewa dia. Angkut guna Grand Livina ok.


Penyertaan dari pelajar lain pun sangat sangat menggalakkan. Ramai juga yang beli tshirt kami tau. Walaupun diorang bukan satu kelas bukan satu fakulti bukan satu kolej bahkan bukan satu universiti. Ramai yang datang bawa barang-barang recycle dengan gembira. Gembira sebab dapat bersama-sama selamatkan bumi dan gembira bila dapat token dari kami. Token yang budak-budak kelas sediakan semua cantik-cantik. Sampai tak tahu nak pilih mana. Last-last terambil sampai dua. eh. haha.


Sepanjang satu hari tu kami berjaya kutip barang-barang recycle lebih 400KG. Ulang balik. LEBIH 400KG!!!! 400KG adik-adik abang-abang kakak-kakak makcik-makcik pakcik-pakcik semua. Itu ada lagi tempat-tempat yang kami tak jelajah. Kalau jelajah semua tempat mahu lebih 1 tan gamaknya. 

Memandangkan kelas Papa Jiji cancel petang tu, yang lain pulang ke kolej dengan gembira. Gee Pika Aini Nana dan Lina jaga kaunter sampai pukul 5 sebab ada yang request nak hantar recycle petang. Semalam Gee juga yang jual barang terkumpul dengan uncle recycle. Tak tahu berapa dapat tapi cukuplah untuk makan-makan kelas. ehee. Gee ni ibarat ibu bagi kelas kami. Bab bab contact lecture semua sebulat suara akan cakap GEEEEEEE... Tiada GEE tiadalah kami. Ha gitu. 

Okaylah cerita tamat disini. Sebelum tu jom tengok gambar kami yang comel-comel ^.^


 
We happy like a FAMILY



Gambar lagi?
Next entri ok.

 



 

No comments: