Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..
Kau tahu apa yang aku rasa sekarang?
Menggigil menahan kesejukan.
Hujan? Taklah. Cuaca biasa. Panas terik.
Badan aku pun dah melebihi suhu manusia normal.
Hingus meleleh macam paip pecah.Tak nak berhenti.
Nafas tercungap-cungap. Aku terus tahan.
Ya aku tengah demam.
Assignment berlambak.
Aku siapkan satu-satu.
Tapi tak berkurang makin bertambah ada la.
Yang lecehnya semua hantar minggu ni.
Minggu ini! Bukan minggu depan depan.
Ini yang buat aku bertambah sakit.
Bukan setakat sakit badan.
Sakit hati.
Ada kelas yang aku masuk.
Aku rasa happy.
Tapi ada jugak kelas yang aku masuk.
Aku rasa puaka.
Ada je benda yang tak kena.
Terbeban aku masuk kelas dia.
Mungkin betul instinct awal aku.
Dia bukan manusia yang seronok.
1 comment:
rileks babeh
Post a Comment