Aku hilang punca
Bila semua rencana jadi porak peranda
Tak tahu mahu hala kemana
Aku duduk diam di batu bata bunga
Cuba untuk mencari solusi
Aku dongak kepala
Dan..
Dan aku nampak dia
Berdiri dan tersenyum
Aku jadi kaku
Ini realiti atau lamunan aku?
Dia terus tersenyum
Sedangkan aku masih terfikir-fikir sendiri
Baju itu..
Sama dalam gambar yang aku simpan dalam desktop
Gambar yang aku 'save as' dari mukabuku
Baju jersi merah hitam
Aku tanya rakan-rakan
Betulkah apa yang aku lihat tadi?
Semua kata bukan
Bukan dia
Tapi aku rasa mata ini tidak menipu
Aku pasti
Tak mungkin aku silap
p/s: terima kasih kerana hadir walau untuk seketika :)
No comments:
Post a Comment