Tuesday, September 10, 2013

Aku Sedar Apa Itu Realiti



Mungkin salah aku
Berawang-awangan di alam fantasi
Yang aku cipta sendiri
Bila dihantuk dengan peristiwa begini
Baru aku sedar apa itu realiti
Tak selalu indah seperti puteri salji
Kadang-kadang kejam bak ibu tiri

Niat sudah jauh melayang
Terbang bersama angan-angan
Harus aku kejar sepenuh hati
Supaya tak terus jauh pergi
Meskipun harus berkayuh
Merangkak sekalipun
Aku rela
Demi mengubati hati-hati
Yang mungkin terluka kerana AKU...




 

No comments: