Wednesday, December 14, 2011

Makan Pagi Yang Syahdu Part 1



Hari itu merupakan hari terakhir bagi Ain, Ana, Wani dan Zety di Politeknik Sultan Idris Shah atau lebih sinonim PSIS. Hari itu juga merupakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MOU antara PSIS dan Indah Water Konsertium SDN BHD (IWK). Sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar di situ, mereka dan rakan kelas turut diberi tanggunggjawab untuk memastikan majlis hari itu berjalan lancar dan rapi. Bagi menggalas amanah yang diberi, pagi-pagi lagi dengan mengenakan seragam korporat, mereka sudah terpacak di PSIS, kira-kira jam 8.15 waktu Parit Bharu.


                Setelah menaikkan viper kereta jingga metallic milik Ana, mereka bergegas menuju ke dewan besar, tempat dimana majlis akan berlangsung. Selang beberapa minit, Nazmi, Fendi dan Fadhil tiba dengan soket  wayar penyambung serta kelengkapan lainnya.  Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan di meja meja pameran Alam Sekitar. Sebelum majlis berjalan, mereka menyusun dan merapi tapak pameran sekemas mungkin. Rakan kelas yang lain masih belum nampak batang hidung. Mungkin masih terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Maklumlah pagi-pagi pukul 8 semua mahu bergegas ke tempat kerja, bergegas ke kelas dan si lembu bergegas ke padang ragut. Kalau bernasib baik, ada polis trafik di Simpang 4 kedai burung, maka lancarlah perjalanan lembu-lembu hari itu.


                Ain mendapatkan rakan rakannya, ada sesuatu yang perlu diberitahu waktu itu. Lantas dia memanggil mereka berkumpul.

                “Korang jom kita pergi breakfast dulu,” Ain memanggil rakan-rakannya disitu.
                “Breakfast disediakan ke?,” tanya Wani untuk mendapat kepastian.
                “Ada. Tadi Miss suruh kita makan dulu,” jawab Ain yang mendapat arahan dari pihak atasan. Lagak seperti dia penolong kelas yang baru hari itu.
                “Jomlah kita pergi makan,” ajak Ana pula.
                “Korang, kitorang pergi breakfast dulu ye,” beritahu Zety pada Fadhil, Nazmi dan Fendi.
                “korang pergi la dulu, aku Fadhil dengan Fendi nak jumpa Cik Azzah sekejap,” kata Nazmi.

                Mereka melangkah ke Kafeteria Pentadbiran sambil meneka neka sama ada rakan rakan yang lain sudah bebas dari kesesakan lalu lintas.


                Kafeteria Pentadbiran lengang hari itu, tidak seperti selalu yang penuh dengan pelajar dan staf. Sekumpulan 5 orang pelajar lelaki dilihat sedang mengambil makanan, pada perkiraan mereka mungkin pelajar elektrik. Meja meja VIP dipenuhi pensyarah dan beberapa wajah yang tidak dikenali. Pensyarah Awam tidak kelihatan pula. Ana dan Zety menuju ke sinki untuk membasuh tangan, manakala Ain dan Wani terus menuju ke tempat hidangan makanan.Nampak seperti mereka orang terakhir yang makan.  Menu hari itu adalah nasi lemak, donut, pulut panggang dan air teh. Ana dan Wani memilih untuk makan pulut panggang sahaja. Tiada selera pagi itu. Ana sempat senyum hormat pada seorang pensyarah disitu semasa mengambil secawan teh suam. Sambil makan mereka berfikir-fikir apa yang perlu dilakukan semasa majlis ber langsung nanti. Tiba tiba perbualan mereka terganggu dengan kehadiran seorang perempuan berbaju kurung hijau turquish. Bukan melayu, tetapi mungkin berbangsa serani kerana iras wajahnya seperti peranakan kacukan.

                “Morning, you all students sini ke?,” soal perempuan tersebut.
                “Aah kami students kat sini,” jawab Wani, yang lain mengangguk mengiyakan.
                “Oh I see, course apa ye? Jabatan apa?,” soalnya lagi.
                “Diploma Alam Sekitar, under Jabatan Awam,” balas Wani lagi yang mula merasakan sesuatu.
                “Oh Jabatan Awam..ok thanks,” kata perempuan itu sebelum berlalu ke meja kumpulan lelaki dibelakang Wani dan Zety. Ana dan Ain mengekori perempuan itu dengan mata.
                “Siapa orang tu? Lecturer ke?,” tanya Ain sambil mengetuk jari jarinya ke pinggan.
                “ Entah tak pernah nampak pun,” balas Ana yang selesai menambah pulut panggang ke pinggannya. Satu dibuka tapi tidak jadi dimakan kerana terdapat rambut di pulut itu.
                “Aku rasa dia orang luar tu, tengok gaya macam dalam terpinga pinga je,” Wani menghujahkan penilaiannya terhadap perempuan tadi.
                “Eh ramai ke orang luar dijemput ke majlis ni?,” tanya Zety pula tetapi masing masing angkat bahu. Pertanyaan itu meninggalkan tanda tanya pada mereka dan perbualan terhenti disitu. 















Part 1 tamat..
Nantikan sambungannya di entri yang lain..

No comments: