Sambungan daripada Makan Pagi Yang Syahdu Part 1...
Masing masing membisu dengan fikiran yang melayang-layang memikirkan majlis yang akan bermula sebentar lagi. Adakah majlis ini bakal mengubah mereka dan PSIS selepas ini? Mereka sendiri tidak tahu. Tidak semena-mena satu fikiran tadi bertukar kepada fikiran yang lain. Kali ini disusuli dengan suatu perasaan yang aneh. Dunia seakan berhenti seketika walaupun yakin bumi masih berputar pada paksinya. Langit cerah, tiada tanda tanda awan kelabu yang melindungi sinaran ultra ungu si matahari. Tetapi mengapa awan kelabu seolah olah menghempap mereka saat itu? Reaksi orang sekeliling menguatkan lagi perasaan itu.
Zety dan Wani melihat ke meja VIP, mereka seperti sedang membincangkan sesuatu, seperti penting sangat gayanya. Beberapa orang di meja itu memandang-mandang ke arah Zety dan Wani. Bisikan demi bisikan kini mulai kedengaran, angin menyampaikan bisikan bisikan itu tepat ke telinga telinga nipis Zety, Wani, Ana dan Ain.
“Kalau ada lebih tak apa,”
“Baju hijau korporat ni budak awam kan,”
“Dorang salah tempat agaknya,”
Perbualan disambung lagi.
“ Weii diorang cakap pasal kitalah. Siap cakap lagi baju hijau baju hijau,” kata Wani yang mula syak sesuatu.
“Ain betul ke kita disediakan makan?,” tanya Zety mahu kepastian.
“ Iya, betul tadi miss yang cakap, dia suruh kita makan kat café,” jawab Ain.
“Dia suruh beli sendiri agaknya,” tambah Zety lagi.
“Yang tu aku tak pasti tapi dia suruh makan kat kafe,” Ain pertahan lagi.
“Weii entah entah kita salah tempat kot,” kata Ana pula.
“Wei…yela kita salah tempat. Aku rasa ni untuk JTMK..dorang kan ada kursus,” kata Wani.
“Betullah, dorang tu lecturer JTMK, patut pun muka tak familiar sangat,” tambah Zety lagi.
“Habis macam mana kita sekarang ni? Halal ke tak?,” soal Ana pula. Mereka diburu rasa bersalah. Apa lagi melibatkan makanan yang bukan hak mereka.
Saat itu..
ADUUUUUUHHHHHHHHHH MALUUUUUUUUUUUNYERRRRRRRRRR
Pensyarah-pensyarah itu memandang-mandang ke arah mereka sebelum melangkah pergi. Sebelum itu, mereka sempat memanggil seorang pensyarah. Pensyarah itulah yang Ana senyum semasa mengambil secawan teh suam awalnya.
“Cik kami minta maaf sebab makan kat sini, kami tak tahu yang kami salah tempat,” Zety mewakili semua. Yang lain juga turut mengucap maaf pada pensyarah itu.
“Eh tak apa, tak apa, saya maafkan. Sebenarnya jabatan kami ada kursus untuk 300 orang pelajar,” kata pensyarah itu sambil tersenyum.
"Oh..yeke..," mereka mengangguk aguk kepala tanda mengerti.
“Encik halalkan ye apa yang kami makan ni,” tambah Ain pula.
“ iye iye, saya halalkan, lagipun ada lebih, tak apa,” balasnya lagi. Senyuman tak lekang dari bibirnya.
“Terima kasih encik,”
Dengan mengendong perasaan malu didada, mereka berempat menuju ke tempat meletak kenderaan. Mereka terus terpekik terlolong seperti membela langsuir...
WARGHHH MAAAALUUUUUUNYERRRRRRR
Ana menutup-nutup mukanya dengan poster MOU yang dipasang di tiang tiang elektrik kerana terlampau malu. Kereta-kereta yang melintasi mereka tidak diendah. Pasti mereka kehairanan mengapa pagi-pagi muka masing-masing merah menyala seperti dibakar didalam relau pada suhu 180 darjah. Aksi mereka terhenti apabila Ana membalas angkat tangan daripada pemandu sebuah kereta mewah berwarna silver metallic yang melintasi sebelah mereka.
“Untunglah Ana semua orang kenal dia,” kata Wani bersahaja.
“Sabak Bernam kan tempat Ana,” kata Ain pula.
“Siapa tu wek?,” soal Zety.
“Entah aku tak kenal, “ jawab Ana. Mereka memandang Ana...
WAHAHAHAHAHAHAAA
...dan ketawa terburai lagi.
“HAHAHAHA angkat tangan confident macam dah kenal lama je,” kata Zety.
“Orang tu angkat tangan aku balas jelah, entah sape entah pakcik tu,” tambah Ana lagi apabila tiba dihadapan kereta.
Dan mereka pulang ke rumah dengan misi yang lain pula. Misi mahu mengambil pendrive ditambah lagi dengan misi mengopak pintu rumah. Oleh kerana terlampau malu, mereka terlupa untuk mengambil kunci rumah yang disimpan di dalam beg tersorok di bawah meja pameran. Harapan yang disandarkan pada tuan rumah hancur lebur bila 45 kali salam tidak disahut, menandakan tuan rumah tiada dirumah. Penyelesaiannya, pintu harus dikopak untuk masuk. Cermin berdekatan pintu dibuka satu persatu supaya tangan panjang Wani dapat mencapai tombol pintu. Dengan usaha keringat Wani, tombol dicapai dan pintu terbuka mengalu-alukan penyewanya untuk masuk.
-Tamat-
Sidikit Bingkasan untuk acara hari itu...
Miss ni kami kenal sejak final project presentation dulu. She's so cool. |
Dato' Karam Singh Walia ikon alam sekitar negara. |
Pengajaran:
# Sila pastikan informasi yang anda terima 100% sahih dan boleh dipercayai.
# Sila alert dengan keadaan sekeliling. Apa acara yang akan diadakan di tempat anda.
# Pastikan anda pergi ke acara yang betul. Jangan main redah sahaja.
# Peramah dengan semua orang :)
# Sila belajar cara kopak pintu. Ia sangat berguna di saat kecemasan.
# Akhir sekali.. apa-apalah yang korang rasa patut jadi pengajaran.
No comments:
Post a Comment