Wednesday, November 30, 2011

Selamat Tinggal Sabak Bernam



Salam semua…



Pejam celik pejam celik dah 9 tahu berada di Sabak Bernam. Dari tahun 2003 sampai lah 2011. Dari zaman muda berkain biru muda dengan tudung kembang – kembang sampailah zaman meningkat dewasa berkebaya ayu (ayu ke?) ke kelas. Masa dan hari – hari banyak dilewati di daerah Sabak Bernam. Sekolah di sini dan diploma pun disini. Mata ini melihat bagaimana perubahan dan kemajuan Sabak Bernam. Ceruk -  ceruk bagan kat Sabak Bernam semua habis diredah. Daerah luar kota ini sudah diibarat rumah kedua.




Masa mula – mula mama dan ayah tinggalkan hidup disini, tak pernah terlintas pun akan menghabiskan zaman remaja penuh cinta di dada di daerah ini. Lepas PMR, ingat nak pindah sekolah teknik. Masa tu dapat Sekolah Teknik Sepang. Tapi tak jadi sebab tak sempat nak pindah. Tak apalah tinggal 2 tahun lagi nak SPM. Habis je kertas geografi SPM, terus cabut balik. Siap cakap lagi dengan member ‘Nad,hari ni hari terakhir kita naik Bas Anson, lepas ni kita dah tak naik ni’ cakap penuh confident sambil gelak – gelak sambil sambil juga kutuk kakak kakak politeknik yang dress up macam nak pergi KL. Padahal memang dia nak pergi KL pun. Masa ambil keputusan SPM, feeling feeling sedih sebab lepas ni dah tak ada alasan nak datang Sabak Bernam.



Padahal…



Bila check check keputusan UPU, semua permohonan nak melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan tidak berjaya. Terus depress.


Bila check check keputusan POLITEKNIK MALAYSIA dengan harapan yang bernyala semula selepas digagalkan permohonan:


SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA DITAWARKAN PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR
TEMPAT: POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (eh ni bapa mertua aku ni )
            SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR (dah rasa semacam je)
            SELANGOR DARUL EHSAN




#DAMN (yeke Ana cakap macam tu?)



ADUUHHHHH SABAK BERNAM LAGI!! Memang SUKACITA lah!!




Telefon kawan semua gelak sakan sebab bakal terperuk dan terperam lagi di daerah terpencil ini sampai 3 tahun lagi. Operate punya pasal kena plak extend 1 semester. Jadinya 3 tahun setengah menetap kat sini untuk dapatkan segulung diploma. Ada juga kawan kawan yang panggil poli ni poli taik lembu. Hampeh betul. Tahulah sepanjang perjalanan ke poli ni penuh dengan lembu lembu kena jerut. Mama dan ayah pun tak ada feeling feeling nak booking hotel ke chalet ke masa nak daftar poli sebab dah biasa. Cuba dapat Johor ke Perlis ke, confirm excited cari hotel penginapan, 2 hari sebelum daftar dah terpacak kat sana. Paling tak seronok adalah bila kena terima kenyataan bahawa‘kau naik bas anson lagi lah na’. Ughhh.  Heii tapi bas anson tak adalah teruk sangat sejak dah ada bas baru sekarang ni. Bas merah putih tidak berhawa dingin pun dah lama jual kat besi buruk.



Selama menetap di daerah Sabak Bernam ni, Ana belajar tentang hidup. Hidup sebagai seorang remaja..hidup sebagai seorang dewasa..hampir semua pengajaran tentang hidup di sini. 

# Belajar menjadi seorang berdikari
# Belajar menjadi seorang yang berani
# Belajar menjadi seorang sahabat (walaupun mulut kadang kadang macam longkang)
# Belajar menjadi seorang pencinta ( walaupun selalu fail)
# Belajar menjadi seorang yang tak mudah putus asa
# Belajar menghormati sesama manusia
# dan banyak lagi..



 



Tak mungkin akan lupakan Sabak Bernam kerana separuh hidup disini. Kenangan manis, kenangan pahit mahupun kenangan geli geli banyak tercoret  dan terhiris di sini. Disini Ana hidup bagai burung, gembira keluar ke sana ke mari dengan kawan kawan. Kalau kat Klang memang tak dapatlah. Kawan kawan sekolah rendah dulu semua dah tak ada yang rapat. Sampaikan adik cakap Ana buang kawan kawan sekolah rendah. Bukan begitulah. Jarak memisahkan kami. LDR (Long Distance Relationship) kan memang susah berpanjangan. Tambah tambah lagi phone masih lagi barang rare dikalangan pelajar sekolah. Sekarang tak heran la kalau kau masih lagi berhubung dengan kawan tadika sebab sekarang ada facebook twitter blog dan macam macam lagi kan. 




Walaupun hati meronta ronta mahu cepat cepat keluar dari daerah sedang membangun ni tapi hati sebenarnya berat sekali mahu meninggalkannya. Sedih nak berpisah dengan kawan kawan. Bila tak ada kat sini probabiliti untuk keluar meronggeng dengan kawan kawan Sabak Bernam amat tipis sekali. Tambah tambah lagi dengan kawan kawan serumah. Tak boleh nak membahan satu sama lain dah. Akhir akhir ni kami makin rapat pula. Lagilah tambah berat nak berpisah. 













4 comments:

Ramona Alice said...

sedih la plak. huhu.

Ana Faryana said...

berat hati sangat nak tinggalkan sabak..
nanti tak boleh jumpe hari hari macam selalu..

Zulhazri said...

peh rasa sebak plak baca entry ko ni..bg aku tmpt yg pnuh kenangan pahit dan manis itulah tmpt yg paling kita ingt selalu

Ana Faryana said...

definitely..
susah untuk aku lupakan sabak bernam..