Assalamualaikum..
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk bertanyakan keadaan kita setiap hari.Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.Tp tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya. Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya. Saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu. Sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya. Tanya diri kalian, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian?
(sumber: facebook)
Jawapan Ana: Mestilah ayah saya walaupun kadang-kadang mama saya pun bagi duit tapi ayah lah penyumbang besar wang saku saya sejak saya belum lahir lagi. Apa yang saya nak mesti dibelikan. Dari sekecil-kecil kuman sampai sebesar-besar viva pun ayah saya sanggup belikan. Memanglah tak terus dapat, kena tunggu 4 5 bulan kadang kadang bertahun. Kenalah sabar kan tapi akhirnya tetap juga dapat. Orang selalu cakap, 'alah adik beradik kau 2 orang je mesti apa-apa yang kau nak mesti dapat'. No no no. Bukan macam tu ok. Nak benda dari ayah saya kena ada alasan untuk keperluan. Itu syaratnya. Walaupun saya ni tak ada lah kaya macam orang lain tapi boleh dikatakan saya hidup tak pernah kesempitan wang. Syukur.
Masa kecik kecik saya penah masuk hospital sebab bisul kat leher. Ayah tak tidur jaga saya. Masa duduk asrama, saya demam, ayah cepat-cepat ambil kat asrama walaupun jauh. Masa saya kat hospital untuk operation scoliosis, hari hari lepas balik kerja ayah datang walaupun tak sempat balik rumah pun. Sabtu ahad ayah tidur kat bilik pelawat. Tengok betapa bertuahnya saya. Sesiapa sahaja yang menjadi ayah mahukan yang terbaik untuk anak dan keluarga kan. Ana rasa ayah ayah korang pun macam itu juga kan.
Terima kasih ayah sebab tak cerewet dengan anak perempuan ayah yang banyak songeh ni.
Ayah terima kasih untuk Orange.Nanti orang dah kerja orang bayar. heheee