Friday, July 22, 2011

TGTB Bukan TIBI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Entri kali bukan nak kempen pasal TIBI. Kempen kesedaran pun bukan ya tapi nak cerita tentang TGTB. 

Hah?
TGTB?
Apa tu?
Macam GCB Mc Donald's tu ke?
Bahaya macam TIBI ke?
Boleh mati tak kalau kena penyakit ni?


Hahaa bukanlah.. bukan. TGTB tu Ana yang reka. Saja suka-suka. Nak menghiburkan hati yang lara. TGTB atau nama panjangnya 'Tak Gosip Tak Best' sesuai la sangat untuk tipikal-tipikal gugurl atau mak dara ke mak tak dara yang suka nak kecoh dan heboh hal orang lain. Alah adik beradik dengan kutuk mengutuk la ni. Tapi kalau perbuatan mengutuk dapat dosa kan. Kalau TGTB? Dapat dosa juga ke? Dah nama adik beradik mesti la sepesen je kan.Dosa doe.



Siapa Ahli-Ahli TGTB?

Ahli - ahli TGTB tergolong dari kumpulan atasan dan elit mungkin. Kenapa Ana cakap kumpulan atasan? Sebab golongan tersebut memang beroperasi di tingkat-tingkat atas. Mengapa pula golongan elit? Kerana mereka memang seorang yang bijak pandai dan bijak untuk menyebarkan berita secara terus dan telus dari lapangan. Mungkin dulu kecik-kecik masa zaman game super mario pakai tape mereka mereka ni bercita-cita tinggi nak jadi juruhebah radio ataupun wartawan MELODI. Tapi niat terbantut bila tercekik semut hitam yang berenang gumbira di dalam air milo. Lantas menyebabkan Alzheimer selama 5 minit yang mampu menyebabkan cita-cita asal dilupakan.







Cerita nak hot HOT je


Bagaimana HOTnya GCB begitulah juga sama HOTnya dengan TGTB ni.  Cerita atau insiden yang tak berapa nak hot pon akan jadi hot bila ahli-ahli TGTB ni melayarkan sayapnya. WEI APAHAL BANYAK NYA NYA NYA NI? Suka hati aku lah nyah. Ok boleh juga cakap sama hot dengan nyah. Sangatlah hot sampaikan kekadang pendingin hawa yang mencapai 17 celcius pun terasa hangat dan suam-suam kupukupu. Kalau insiden tu benar belaka memang tak kisahlah. Tapi bagi kes kali ni memang insiden tu benar belaka 100%. Kesahihannya tidak dapat disangkal lagi dengan sesiku L tetapi..ada tetapi ya..tetapi semua tu hanyalah salah faham.



Bahaya dan Kesan

Bahaya ke? Bahayalah. Bagaimana pesakit TIBI sukar untuk sembuh begitu jugalah dengan pesakit TGTB ni. Sama macam habit seseorang gigit kuku kaki atau cium bau cekam. Bau cekam? Alah kuku ibu jari kaki biasanya akan ada taik-taik kan tak pun kuku yang panjang akan mencekam kulit tepi-tepi tu. Adui Ana nak terang pun susah ni. Tapi itu la bau cekam. Cuba bau ketagih ke tak. Kompem ketagih owh. Samalah macam TGTB ni. Bila dah habit gosip sini sana sini nak berhenti payahlah. Melainkan kau betul-betul insaf. Kesannya susahlah kau nak dapat hadiah harijadi dari manusia tipikal jahat tapi skema ni. 

Bahaya lagi satu adalah bagi Ana lah. Amatlah bahaya kalau ahli-ahli TGTB ni baca blog Ana. Tapi diorang kisah ke blog kau weyy? haha.



Kami Jahat Tapi Kami Popular


Mungkin boleh ucap terima kasih kerana bersusah payah main canang ting ting tong tong nama kami. Bukan senang orang tak cantik jelita lagi hensem ni nak popular. Ya tak? Ok yang lain cantik  hensem tapi Ana tak kot. Baik ke buruk ke apa ada hal kan asal KAMI POPULAR. Ya mungkin belum layak lagi untuk masuk peti undi ANUGERAH BINTANG POPULAR tapi layak la untuk ANUGERAH SENARAI KETUA JABATAN (AKJ) kan kan.


Lepas ni berita apa pula yang akan dikhabarkan? Tunggu sahajalah. Dah tak kisah dengan khabar-khabar yang baik-baik belaka yang dituju tuju macam BOM atom yang memusnahkan HIROSHIMA dan NAGASAKI. Tipikal-tipikal macam KAMI yang jahat tapi skema ni buat baik mana pun orang tak nampak. Yang jahat sekecil kuman kumin tu la yang mereka nampak. WTH (wa tak heran)


Salahkan KAMI dan sebarkan khabar angin..


Wani tanya apahal entri ni tulisan kecik. 
Entri merapu mana boleh tulis besar-besar.
Boleh juga anggap ini entri lepas perasaan.


Tadi petang buat perhimpunan kat Dataran JKA. 
Bukan BERSIH 2.0 ya tapi DAS 1.0.
Dapatlah kenal-kenal dengan adik-adik junior kan.
Yang ini tak haram tapi kalau kecoh juga tak tahulah...

3 comments:

Anonymous said...

suka...

Anonymous said...

anashi : agak2 ko siapakh gerangan anonymous tu?? adakah tetttt (umiijat ) hek3 -

Ana Faryana said...

ko komen pastu ko tnye aku kn..gilorss