Bila kau melangkah pergi dari daerah kaku ini
Aku rasa sepi
Mungkin juga sedikit cemburu
Kerana kau sudah bebas dari pekan mati ini
Sedangkan aku diikat kemas disini
Berperang jiwa untuk ke kelas
Memerah keringat untuk projek akhir
Bertungkus lumus menamatkan sisa-sisa diplomaku
Cerita gembira disimpan diam sahaja
Gosip terkubur penuh debu
Bila tak mampu lagi bertegur sapa
Jiwa nan resah mengadu pada siapa
Aku juga akan pergi
Pergi ke pekan yang lain
Meninggalkan pekan mati ini
No comments:
Post a Comment