Friday, December 30, 2011

Patah Seribu






Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…


 -Shila Amzah-




Tuesday, December 27, 2011

Jajan Zaman Budak Hingusan



Assalamualaikum dan salam sejahtera...



JAJAN jajan jajan..siapa suka jajan angkat tangan! Zaman budak-budak hingusan dulu memang suka sangat makan jajan. Yang pelik pelik pun tibai jugak kan. Walaupun jajan ni tak berkhasiat tapi nak buat macam mana kan. Kalau dah nama budak, benda tak eloklah yang paling best. Yeeee dakk? Siapa tak makan jajan masa kecik-kecik dulu memang kesian la. Ana memang puas makan jajan jajan ni sebab tu lah otak pun macam jajan. Ringan tak ada isi. Haha. Mana taknya, dulu mama ada kedai runcit jadi nak makan jajan ikut suka hati je. Kadang-kadang kena tempeleng jugak, lepas tu makan sorok-sorok bawah meja. 



Jom tengok jajan zaman budak-budak 90-an ni still available sampai sekarang tak.



# Keropok Durian


Isi dia penuh satu bungkusan, memang puas makan. Suka makan serbuk-serbuk dia sebab rasa manis dia sedap sedap je bila hisap kat mulut. 


# Nini
Nini coklat celup..CELUP CELUP! Ingat tak lagu iklan nini kat tv dulu? Makan sikit sikit je sebab takut habis. 


# Biskut Butang
Biskut ni memang legend. Mama aku kata zaman dia budak budak dulu pun dah ada biskut ni. Cara makan pun sama. Makan aising dulu, biskut kemudian. Kadang-kadang biskut tak makan pun. Bila orang lain nak makan hangin je sebab tinggal biskut semata.


# Biskut Kapal Terbang

Anashi tak layan sangat biskut ni tapi kalau ni je yang ada, tibai jugak. Sebelum makan mesti rasa nak main kapal terbang ngenggg nNGGEEENNGgg… baru masuk mulut.


Magic Pop

Haa yang ni best! Gula gula ni bila masuk mulut dia meletup letup. Rasa geli je bila dia meletup. Lama gila tak jumpa benda ni.


# Gula-gula Hantu

 
Makan ni gerenti lidah warna warni macam hantu. Biasanya budak lelaki suka gula-gula ni. lepas tu jelir jelir lidah  kat budak perempuan. Tak senonoh betul!


# Gula-gula Cincin
Haha yang ni accessory budak perempuan zaman 90-an. Ada lagi satu, gula-gula dia stick panjang lepas tu kat hujung dia ada ikat cincin. Siapa ingat??


# Nano

 


Manis masam masin.. semua rasa dia nak bolot. Tamak betul. Haha iklan dia best jugak.


# Jojo Tora Ding dang


Tora datang lagi! Haha kalau ingat balik rasa macam..alahai bangangnya aku ni..jajan remeh macam ni pun aku beli. Excited gila nak tahu mainan dalam tapi bila buka hermm..hampeh je..coklat dia lagilah tak usik pun. Tapi coklat jojo aku makan sebab sedap sikit. 


# Gula-gula Udang



Yang ni lain cerita dia. Pembalut putih yang lapis gula-gula ni boleh makan sekali. Bukan yang luar..yang dalam. Kalau rasa nak mati cepat boleh lah makan semua pembalut dia.


# Gula-gula Arnab & Susu


Wani selalu cerita dia makan suka gula-gula masa kecik-kecik dulu. Ana suka gula-gula susu ni, kalau makan mesti nak gigit. Sekarang tak main gula-gula arnab lagi dah..layan gula-gula lembu cloud9. Sanggup tu beli 1 pack besar kat kedai borong. Konon bekalan untuk study..


# Coklat Wafer Apollo


Yang ni memang feveret sampai sekarang. Kalau beli kat kedai parit bharu mesti tak cukup 1 pack. 2 3 pack Ana beli. Sampai tin biskut tak muat. 


# Murukawa Bubble Gum


Ingat tak bubble gum ni. Dalam dia hitam putih. Dekat pembalut dia ada sticker tatto. Lepas tu guna air liur nak lekatkan tatto tu kat tangan. 


# Mamee Monster

RENYUK GONCANG MAKAN renyuk goncang makan.. Iklan baru dia tak boleh blah. Cikgu pun nak joget joget rampas mamee anak murid. Dari dulu jadi teka teki kenapa nama dia mamee monster. Macam tak ada binatang lain nak jadi mascot. Mungkin sebab tu kot still fevret sampai zaman sekarang. Tapi isi dia ciput gila.


# Super Ring & Seangkatan dengannya


Jajan jajan $20 sen ni memang selalu la menghiasi kedai-kedai kat simpang jalan. Murah kot semua orang mampu beli. Tapi sekarang 1 je tak culup kot. Kena beli pack besar yang RM1.80. Baru puas!!




Haaaaaa korang teringat tak zaman korang budak-budak dulu? Ingat kan kan kan. Nangis guling-guling kat kedai sebab tak dibelikan super ring. Padahal kau tak tahu, mak kau cuma bawa duit cukup cukup buat beli beras dan kicap kipas udang. Selalu tengok situasi ni masa tolong mama jaga kedai dulu. Ana stop jaga kedai masa sekolah menengah sebab masa tu duduk asrama. Sejak tu jajan macam rare sikit, layan biskut munchy je masa tu. Jakun sangat sampai beli penuh 1 locker. Yelah selama ni makan biskut timbang je.










Wani aku harap kau puas hati dengan entri baru aku ni. Sebab kau je yang selalu layan aku bila aku cerita zaman budak budak hingusan. Haha


p/s: Aku rasa macam tak boleh maafkan diri sendiri sebab mintak ayah belikan tora ding dang & jojo dulu..haishhh!!

Friday, December 16, 2011

Makan Pagi Yang Syahdu Part 2


Sambungan daripada Makan Pagi Yang Syahdu Part 1...



              Masing masing membisu dengan fikiran yang melayang-layang memikirkan majlis yang akan bermula sebentar lagi. Adakah majlis ini bakal mengubah mereka dan PSIS selepas ini? Mereka sendiri tidak tahu. Tidak semena-mena satu fikiran tadi bertukar kepada fikiran yang lain. Kali ini disusuli dengan suatu perasaan yang aneh. Dunia seakan berhenti seketika walaupun yakin bumi masih berputar pada paksinya. Langit cerah, tiada tanda tanda awan kelabu yang melindungi sinaran ultra ungu si matahari. Tetapi mengapa awan kelabu seolah olah menghempap mereka saat itu? Reaksi orang sekeliling menguatkan lagi perasaan itu.



                Zety dan Wani melihat ke meja VIP, mereka seperti sedang membincangkan sesuatu, seperti penting sangat gayanya. Beberapa orang di meja itu memandang-mandang ke arah Zety dan Wani. Bisikan demi bisikan kini mulai kedengaran, angin menyampaikan bisikan bisikan itu tepat ke telinga telinga nipis Zety, Wani, Ana dan Ain.
                “Kalau ada lebih tak apa,”
                “Baju hijau korporat ni budak awam kan,”
                “Dorang salah tempat agaknya,”



                Perbualan disambung lagi.
                “ Weii diorang cakap pasal kitalah. Siap cakap lagi baju hijau baju hijau,” kata Wani yang mula syak sesuatu.
                “Ain betul ke kita disediakan makan?,” tanya Zety mahu kepastian.
                “ Iya, betul tadi miss yang cakap, dia suruh kita makan kat café,” jawab Ain.
                “Dia suruh beli sendiri agaknya,” tambah Zety lagi.
                “Yang tu aku tak pasti tapi dia suruh makan kat kafe,” Ain pertahan lagi.
                “Weii entah entah kita salah tempat kot,” kata Ana pula.
                “Wei…yela kita salah tempat. Aku rasa ni untuk JTMK..dorang kan ada kursus,” kata Wani.
                “Betullah, dorang tu lecturer JTMK, patut pun muka tak familiar sangat,” tambah Zety lagi.
                “Habis macam mana kita sekarang ni? Halal ke tak?,” soal Ana pula. Mereka diburu rasa bersalah. Apa lagi melibatkan makanan yang bukan hak mereka.

                Saat itu..



ADUUUUUUHHHHHHHHHH MALUUUUUUUUUUUNYERRRRRRRRRR

                 

                 Pensyarah-pensyarah itu memandang-mandang ke arah mereka sebelum melangkah pergi. Sebelum itu, mereka sempat memanggil seorang pensyarah. Pensyarah itulah yang Ana senyum semasa mengambil secawan teh suam awalnya.

                “Cik kami minta maaf sebab makan kat sini, kami tak tahu yang kami salah tempat,” Zety mewakili semua. Yang lain juga turut mengucap maaf pada pensyarah itu.
                “Eh tak apa, tak apa, saya maafkan. Sebenarnya jabatan kami ada kursus untuk 300 orang pelajar,” kata pensyarah itu sambil tersenyum.
                "Oh..yeke..," mereka mengangguk aguk kepala tanda mengerti.
                “Encik halalkan ye apa yang kami makan ni,” tambah Ain pula.
                “ iye iye, saya halalkan, lagipun ada lebih, tak apa,” balasnya lagi. Senyuman tak lekang dari bibirnya.
                “Terima kasih encik,”



                Dengan mengendong perasaan malu didada, mereka berempat menuju ke tempat meletak kenderaan. Mereka terus terpekik terlolong seperti membela langsuir...


WARGHHH MAAAALUUUUUUNYERRRRRRR


Ana menutup-nutup mukanya dengan poster MOU yang dipasang di tiang tiang elektrik kerana terlampau malu. Kereta-kereta yang melintasi mereka tidak diendah. Pasti mereka kehairanan mengapa pagi-pagi muka masing-masing merah menyala seperti dibakar didalam relau pada suhu 180 darjah. Aksi mereka terhenti apabila Ana membalas angkat tangan daripada pemandu sebuah kereta mewah berwarna silver metallic yang melintasi sebelah mereka. 

                “Untunglah Ana semua orang kenal dia,” kata Wani bersahaja.
                “Sabak Bernam kan tempat Ana,” kata Ain pula.
                “Siapa tu wek?,” soal Zety.
                “Entah aku tak kenal, “ jawab Ana. Mereka memandang Ana...

WAHAHAHAHAHAHAAA

...dan ketawa terburai lagi.

                “HAHAHAHA angkat tangan confident macam dah kenal lama je,” kata Zety.
                “Orang tu angkat tangan aku balas jelah, entah sape entah pakcik tu,” tambah Ana lagi apabila tiba dihadapan kereta.

                Dan mereka pulang ke rumah dengan misi yang lain pula. Misi mahu mengambil pendrive ditambah lagi dengan misi mengopak pintu rumah. Oleh kerana terlampau malu, mereka terlupa untuk mengambil kunci rumah yang disimpan di dalam beg tersorok di bawah meja pameran. Harapan yang disandarkan pada tuan rumah hancur lebur bila 45 kali salam tidak disahut, menandakan tuan rumah tiada dirumah. Penyelesaiannya, pintu harus dikopak untuk masuk. Cermin berdekatan pintu dibuka satu persatu supaya tangan panjang Wani dapat mencapai tombol pintu. Dengan usaha keringat Wani, tombol dicapai dan pintu terbuka mengalu-alukan penyewanya untuk masuk.


-Tamat-


Sidikit Bingkasan untuk acara hari itu...
Miss ni kami kenal sejak final project presentation dulu. She's so cool.
Dato' Karam Singh Walia ikon alam sekitar negara.

Pengajaran: 

# Sila pastikan informasi yang anda terima 100% sahih dan boleh dipercayai. 
# Sila alert dengan keadaan sekeliling. Apa acara yang akan diadakan di tempat anda.
# Pastikan anda pergi ke acara yang betul. Jangan main redah sahaja. 
# Peramah dengan semua orang :)
# Sila belajar cara kopak pintu. Ia sangat berguna di saat kecemasan.
# Akhir sekali.. apa-apalah yang korang rasa patut jadi pengajaran.



Wednesday, December 14, 2011

Makan Pagi Yang Syahdu Part 1



Hari itu merupakan hari terakhir bagi Ain, Ana, Wani dan Zety di Politeknik Sultan Idris Shah atau lebih sinonim PSIS. Hari itu juga merupakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MOU antara PSIS dan Indah Water Konsertium SDN BHD (IWK). Sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar di situ, mereka dan rakan kelas turut diberi tanggunggjawab untuk memastikan majlis hari itu berjalan lancar dan rapi. Bagi menggalas amanah yang diberi, pagi-pagi lagi dengan mengenakan seragam korporat, mereka sudah terpacak di PSIS, kira-kira jam 8.15 waktu Parit Bharu.


                Setelah menaikkan viper kereta jingga metallic milik Ana, mereka bergegas menuju ke dewan besar, tempat dimana majlis akan berlangsung. Selang beberapa minit, Nazmi, Fendi dan Fadhil tiba dengan soket  wayar penyambung serta kelengkapan lainnya.  Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan di meja meja pameran Alam Sekitar. Sebelum majlis berjalan, mereka menyusun dan merapi tapak pameran sekemas mungkin. Rakan kelas yang lain masih belum nampak batang hidung. Mungkin masih terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Maklumlah pagi-pagi pukul 8 semua mahu bergegas ke tempat kerja, bergegas ke kelas dan si lembu bergegas ke padang ragut. Kalau bernasib baik, ada polis trafik di Simpang 4 kedai burung, maka lancarlah perjalanan lembu-lembu hari itu.


                Ain mendapatkan rakan rakannya, ada sesuatu yang perlu diberitahu waktu itu. Lantas dia memanggil mereka berkumpul.

                “Korang jom kita pergi breakfast dulu,” Ain memanggil rakan-rakannya disitu.
                “Breakfast disediakan ke?,” tanya Wani untuk mendapat kepastian.
                “Ada. Tadi Miss suruh kita makan dulu,” jawab Ain yang mendapat arahan dari pihak atasan. Lagak seperti dia penolong kelas yang baru hari itu.
                “Jomlah kita pergi makan,” ajak Ana pula.
                “Korang, kitorang pergi breakfast dulu ye,” beritahu Zety pada Fadhil, Nazmi dan Fendi.
                “korang pergi la dulu, aku Fadhil dengan Fendi nak jumpa Cik Azzah sekejap,” kata Nazmi.

                Mereka melangkah ke Kafeteria Pentadbiran sambil meneka neka sama ada rakan rakan yang lain sudah bebas dari kesesakan lalu lintas.


                Kafeteria Pentadbiran lengang hari itu, tidak seperti selalu yang penuh dengan pelajar dan staf. Sekumpulan 5 orang pelajar lelaki dilihat sedang mengambil makanan, pada perkiraan mereka mungkin pelajar elektrik. Meja meja VIP dipenuhi pensyarah dan beberapa wajah yang tidak dikenali. Pensyarah Awam tidak kelihatan pula. Ana dan Zety menuju ke sinki untuk membasuh tangan, manakala Ain dan Wani terus menuju ke tempat hidangan makanan.Nampak seperti mereka orang terakhir yang makan.  Menu hari itu adalah nasi lemak, donut, pulut panggang dan air teh. Ana dan Wani memilih untuk makan pulut panggang sahaja. Tiada selera pagi itu. Ana sempat senyum hormat pada seorang pensyarah disitu semasa mengambil secawan teh suam. Sambil makan mereka berfikir-fikir apa yang perlu dilakukan semasa majlis ber langsung nanti. Tiba tiba perbualan mereka terganggu dengan kehadiran seorang perempuan berbaju kurung hijau turquish. Bukan melayu, tetapi mungkin berbangsa serani kerana iras wajahnya seperti peranakan kacukan.

                “Morning, you all students sini ke?,” soal perempuan tersebut.
                “Aah kami students kat sini,” jawab Wani, yang lain mengangguk mengiyakan.
                “Oh I see, course apa ye? Jabatan apa?,” soalnya lagi.
                “Diploma Alam Sekitar, under Jabatan Awam,” balas Wani lagi yang mula merasakan sesuatu.
                “Oh Jabatan Awam..ok thanks,” kata perempuan itu sebelum berlalu ke meja kumpulan lelaki dibelakang Wani dan Zety. Ana dan Ain mengekori perempuan itu dengan mata.
                “Siapa orang tu? Lecturer ke?,” tanya Ain sambil mengetuk jari jarinya ke pinggan.
                “ Entah tak pernah nampak pun,” balas Ana yang selesai menambah pulut panggang ke pinggannya. Satu dibuka tapi tidak jadi dimakan kerana terdapat rambut di pulut itu.
                “Aku rasa dia orang luar tu, tengok gaya macam dalam terpinga pinga je,” Wani menghujahkan penilaiannya terhadap perempuan tadi.
                “Eh ramai ke orang luar dijemput ke majlis ni?,” tanya Zety pula tetapi masing masing angkat bahu. Pertanyaan itu meninggalkan tanda tanya pada mereka dan perbualan terhenti disitu. 















Part 1 tamat..
Nantikan sambungannya di entri yang lain..

Tuesday, December 13, 2011

Tak Payah Cakap Banyak..Gelak Jelah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Oleh kerana duduk dirumah goyang kaki sahaja tanpa membuat apa apa kerja, makanya otak pun dah sempit sikit. Jadi bagi mengelakkan otak stuck lebih lama, pelbagai perkara cuba dilakukan antaran seperti dibawah ni ye. Tak payah cakap banyak..gelak jelah ok..





















Nak lagi?? tengok kat fb Anashi ye.. hehuu tapi untuk kawan kawan jelah...
Sekarang ni blog jelah medan untuk Ana menghiburkan kawan kawan yang jauh dimata tapi dekat di hati. Hehuuu. Ana tak nak kawan kawan lupa status Ana yang sengal dan masuk air ni. Hahahahaa...


Kawan kawan.. mesti korang baca sambil gelak gelak dan sambil tu mengimbas kembali kenangan-kenangan masa belajar dulu kan. Kita belajar sama-sama dalam kelas, tunggu lecturer kat depan kelas, naik basikal sama-sama, lepak-lepak kat makmal, buat final projek sama-sama dan macam macam lagi yang bersama. Dan akhirnya, air mata korang sebutir demi sebutir jatuh. Tengok tengok dah basah pipi tembam molek tu..
(Ke aku sorang je rasa macam tu?)



 

OK sampai sini je babai!! 


Saturday, December 10, 2011

Mr. Nice Guy



Mr. Nice Guy
Aku harap kau gembira
Kerana aku benci lihat kau berduka


Mr. Nice Guy
Aku harap kau sihat
Kerana aku bimbang bila kau sakit


Jangan persoalkan mengapa
Kerana aku anggap kau sebagai teman
Kau juga anggap aku begitu bukan?







p/s: Aku harap kita boleh berkomunikasi seperti dulu lagi 
       dan aku juga harap kau baca entri ini.



Wednesday, November 30, 2011

Selamat Tinggal Sabak Bernam



Salam semua…



Pejam celik pejam celik dah 9 tahu berada di Sabak Bernam. Dari tahun 2003 sampai lah 2011. Dari zaman muda berkain biru muda dengan tudung kembang – kembang sampailah zaman meningkat dewasa berkebaya ayu (ayu ke?) ke kelas. Masa dan hari – hari banyak dilewati di daerah Sabak Bernam. Sekolah di sini dan diploma pun disini. Mata ini melihat bagaimana perubahan dan kemajuan Sabak Bernam. Ceruk -  ceruk bagan kat Sabak Bernam semua habis diredah. Daerah luar kota ini sudah diibarat rumah kedua.




Masa mula – mula mama dan ayah tinggalkan hidup disini, tak pernah terlintas pun akan menghabiskan zaman remaja penuh cinta di dada di daerah ini. Lepas PMR, ingat nak pindah sekolah teknik. Masa tu dapat Sekolah Teknik Sepang. Tapi tak jadi sebab tak sempat nak pindah. Tak apalah tinggal 2 tahun lagi nak SPM. Habis je kertas geografi SPM, terus cabut balik. Siap cakap lagi dengan member ‘Nad,hari ni hari terakhir kita naik Bas Anson, lepas ni kita dah tak naik ni’ cakap penuh confident sambil gelak – gelak sambil sambil juga kutuk kakak kakak politeknik yang dress up macam nak pergi KL. Padahal memang dia nak pergi KL pun. Masa ambil keputusan SPM, feeling feeling sedih sebab lepas ni dah tak ada alasan nak datang Sabak Bernam.



Padahal…



Bila check check keputusan UPU, semua permohonan nak melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan tidak berjaya. Terus depress.


Bila check check keputusan POLITEKNIK MALAYSIA dengan harapan yang bernyala semula selepas digagalkan permohonan:


SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA DITAWARKAN PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR
TEMPAT: POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (eh ni bapa mertua aku ni )
            SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR (dah rasa semacam je)
            SELANGOR DARUL EHSAN




#DAMN (yeke Ana cakap macam tu?)



ADUUHHHHH SABAK BERNAM LAGI!! Memang SUKACITA lah!!




Telefon kawan semua gelak sakan sebab bakal terperuk dan terperam lagi di daerah terpencil ini sampai 3 tahun lagi. Operate punya pasal kena plak extend 1 semester. Jadinya 3 tahun setengah menetap kat sini untuk dapatkan segulung diploma. Ada juga kawan kawan yang panggil poli ni poli taik lembu. Hampeh betul. Tahulah sepanjang perjalanan ke poli ni penuh dengan lembu lembu kena jerut. Mama dan ayah pun tak ada feeling feeling nak booking hotel ke chalet ke masa nak daftar poli sebab dah biasa. Cuba dapat Johor ke Perlis ke, confirm excited cari hotel penginapan, 2 hari sebelum daftar dah terpacak kat sana. Paling tak seronok adalah bila kena terima kenyataan bahawa‘kau naik bas anson lagi lah na’. Ughhh.  Heii tapi bas anson tak adalah teruk sangat sejak dah ada bas baru sekarang ni. Bas merah putih tidak berhawa dingin pun dah lama jual kat besi buruk.



Selama menetap di daerah Sabak Bernam ni, Ana belajar tentang hidup. Hidup sebagai seorang remaja..hidup sebagai seorang dewasa..hampir semua pengajaran tentang hidup di sini. 

# Belajar menjadi seorang berdikari
# Belajar menjadi seorang yang berani
# Belajar menjadi seorang sahabat (walaupun mulut kadang kadang macam longkang)
# Belajar menjadi seorang pencinta ( walaupun selalu fail)
# Belajar menjadi seorang yang tak mudah putus asa
# Belajar menghormati sesama manusia
# dan banyak lagi..



 



Tak mungkin akan lupakan Sabak Bernam kerana separuh hidup disini. Kenangan manis, kenangan pahit mahupun kenangan geli geli banyak tercoret  dan terhiris di sini. Disini Ana hidup bagai burung, gembira keluar ke sana ke mari dengan kawan kawan. Kalau kat Klang memang tak dapatlah. Kawan kawan sekolah rendah dulu semua dah tak ada yang rapat. Sampaikan adik cakap Ana buang kawan kawan sekolah rendah. Bukan begitulah. Jarak memisahkan kami. LDR (Long Distance Relationship) kan memang susah berpanjangan. Tambah tambah lagi phone masih lagi barang rare dikalangan pelajar sekolah. Sekarang tak heran la kalau kau masih lagi berhubung dengan kawan tadika sebab sekarang ada facebook twitter blog dan macam macam lagi kan. 




Walaupun hati meronta ronta mahu cepat cepat keluar dari daerah sedang membangun ni tapi hati sebenarnya berat sekali mahu meninggalkannya. Sedih nak berpisah dengan kawan kawan. Bila tak ada kat sini probabiliti untuk keluar meronggeng dengan kawan kawan Sabak Bernam amat tipis sekali. Tambah tambah lagi dengan kawan kawan serumah. Tak boleh nak membahan satu sama lain dah. Akhir akhir ni kami makin rapat pula. Lagilah tambah berat nak berpisah.