Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
2013 , aku masih seorang kakak kecil, masih comel orang
kata, masih bawa kereta ke upm secara haram tanpa stiker kenderaan, masih
tengok cerita korea malam-malam, masih lagi
bercita-cita menjadi pegawai JAS atau Kettha dan masih ada lagi 4 paper untuk
final exam.
Hal-hal baru banyak berlaku sepanjang 2013. Ada manis, ada
pahit, masam, masin, semuanya aku telan sebagai pengalaman dalam menjalani
proses-proses kematangan dan kedewasaan.
Reflek balik antara kenangan 2013:
- Tangkap rama-rama dan serangga. Ini untuk makmal alam
sekitar. Seronok aku pin pin badan serangga tu. Aku tahu itu kejam.
- Field trip Port Dickson. Coral reef sangat cantik!
Bersinar macam batu jed pun ada dan tetiba kena tempik dengan lecturer 'hei
awak jangan pijak coral reef tu, nanti mati la dia'. Oh oo...kami pemusnah
rupanya. Awas dengan gamat sebab dia ada senjata rahsia.
- Cashier aeon big klang. Ok ini kelakar. Kakak kecik dan
pendek ni jadi cashier asyik kena bahan je dengan customer. Dan sadisnya aku
kena kerja masa hari raya.
- Karaoke. Up sikit pandai pergi tempat-tempat havoc
cenggini. Baru aku tahu nikmatnya melalak dalam bilik sempit dan gelap ni.
- Kemalangan kereta. Kemalangan dengan foreigner students.
Yang kelakarnya kejadian tu berlaku kat UPM dan merupakan hari pertama semester
baru. Pengalaman yang paling ngeri dan
menakutkan sepanjang hidup. Oyen hancur remuk sama macam remuknya hati aku.
- Zoo volunteer. Pengalaman yang seronok sebab rasa dekat
sangat haiwan-haiwan ni. Ok harimau bintang tu macam kucing je, comel gila.
Tapir pun apa kurangnya manja-manja gitu.
- Ice-skating. Oh cukuplah sekali je. Bukan serik tapi
tunggu aku dah berlaki dulu, senang dia nak pegang aku. Satu round pun dah rasa
mengah. Orang lain baju basah mungkin sebab ais tu tapi aku basah peluh.
- National Recycling Day. Aku memang suka handle event macam
ni. Seronok sebab tak payah duduk dalam kelas dengar lecture. Yang bagusnya aku
dapat berinteraksi dengan orang-orang.
- Rumah baru. Oh ya aku dan keluarga dah tinggal di rumah
baru. Rumah yang lebih selesa untuk kami berempat. Mungkin kurang aman sikit
sebab orang depan rumah suka press press motor. I hate it. Aku propose ayah
supaya cepat-cepat buat tembok batu. We need privacy. Monyet kera tupai tak ada
hal, ada sentimen nature kat situ.
- Yang sedihnya, nenek sebelah ayah kembali ke rahmatullah
pada jumaat lepas. Jumaat yang terakhir dalam 2013. Aku macam tak percaya sebab
minggu sebelumnya nenek baru datang rumah, sihat walafiat. Mungkin dah sampai
masanya. Nenek rajin, kuat, tak pernah duduk diam, sebab tu nenek tak ada
penyakit.
Tak dapat nak list semuanya sebab yang lain-lain tu sama je setiap tahun. Aku bukan pelajar aktif jadinya rutin harian pergi kelas balik kelas. Masa luang pergi jalan-jalan. Explore jalan-jalan yang ada area KL. Boleh dikatakan aktiviti shopping tahun ni berkurang berbanding tahun dulu-dulu. Ah nampak tak makin dewasa makin tahu mana perlu mana merapu.
2013 sudah berakhir dan tinggal kenangan yang abadi buat
selamanya. Tak ada lagi catatan xx/xx/ 2013 dalam diari. Bumi berputar dan masa
pun jalan. Tahun pula berganjak ke depan. Masa berubah begitu juga manusia
tetapi catatan pada buku atau gambar tak berubah, tetap sama.
No comments:
Post a Comment