Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Scoliosis? Apa tu? Hurmm siapa yang dah lama follow blog aku mesti pernah baca entry ni.
Tentang aku dan scoliosis. Tentang aku dan hidup. Entry ni merupakan top entry yang orang akan review dan ada yang komen menghidap penyakit yang sama. Jadi aku rasa untuk entry kali ni aku nak share perasaan dan pengalaman sebagai pesakit scoliosis.
Ada yang bagi tahu dia takut bila tahu diri adalah pesakit scoliosis. Takut bila doktor kata perlu pembedahan. Aku tahu bagaimana rasa tu. Aku dah jumpa banyak pesakit scoliosis masa di hospital dulu. Mana yang tak yakin terus balik, end up tak nak buat operation. Mana yang percaya dengan doktor, akan terus buat appointment and save the date for operation.
Masa aku mula-mula tahu, jujur aku tak lena tidur. Setiap malam aku akan tanya diri sendiri 'kenapa aku?' dan aku sendiri tak ada jawapannya. Rasa beban tu tak hilang, tak boleh nak luah. Kecewa, rendah diri, tak nak hidup. Sampai tahap tak boleh nak nangis lagi dah. Rasa rugi air mata ni kenang benda yang dah jadi. Benda yang memang Tuhan dah tulis awal-awal lagi untuk aku. Sampai bila aku nak hadap perasaan ni? Sampai bila? Jadi, aku belajar untuk terima, belajar untuk redha dengan ketentuan-NYA. Itu je yang boleh buat aku rasa lega.
Bila doktor kata perlu jalani pembedahan, aku angguk dan cakap 'ok'. Aku percaya dengan doktor dan aku percaya inilah satu-satunya jalan penyelesaian yang ada. Doktor ada kepakaran, ada pengalaman dan hospital ada teknologi.Kebajikan hospital boleh bantu dari segi kewangan. Apa nak risau lagi. Selebihnya berserah kepada yang Maha Pencipta. Datang dan pergi kerana dari-NYA. Usaha dan tawakkal. Hari-hari aku kira hari untuk sampai ke tarikh pembedahan. Aku nak rasa beban ni cepat cepat pergi.
Alhamdulillah.. sekarang aku boleh tidur lena. Aku dah tak fikir tentang scoliosis. Kadang - kadang aku sendiri lupa yang badan ada besi. Bila isi form kesihatan aku lupa nak letak scoliosis. Sebab aku rasa aku dah bebas dari scoliosis. Minda aku dah tak terbelenggu dengan perkataan scoliosis. Rasa beban yang terpikul hilang musnah sekaligus.
Nasihat aku kepada scoliosis yang masih rasa risau bimbang kecewa, kuatkan semangat dan anggap ini satu ujian. Ujian orang berbeza-beza. Mungkin ada rezeki lain untuk kita. Jika kau rasa lelah untuk hidup, ingatlah orang-orang yang ada disekelilingmu, yang menyayangimu setiap masa, yang tak berhenti mendoakan kesihatanmu.
Hidup dan bergembiralah :)
-momo-