Thursday, December 25, 2014

Environmental Management Annual Dinner (EMAD) 2014 Part 2



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 



EMAD Part 1

Alhamdulillah syukur EMAD 2014 berlangsung dengan jayanya. Malam tu memang sangat happening, havoc, cool dan semuanya berjalan seperti yang kami rancang. Semua orang happy, enjoy dengan malam tu. Pengurusan masa yang bagus sangat, mula pukul 8.00 malam dan habis pun tepat jam 11.00 malam. Dari awal sampai akhir majlis malam tu penuh dengan gelak ketawa, tak ada satu masa pun yang krik krik. Oh mungkin masa pengarah berucap krik krik sikit kot. Ahaa.


Serius cakap MC malam tu memang terbaik. Orang kata MC adalah penyeri majlis. Ya memang betul! Kombinasi Peja dan Ayie malam tu memang terbaik. Dua-dua joyah, dua-dua pandai cakap, dua-dua tak malu..MANTAP! Masa microphone mati pun dorang pandai cover "eh sabotaj ke?". Teknikal terbaik malam tu sebab tak panik langsung. Lagu keluar masuk smooth je. Walaupun sebelum majlis mula ada kalut sikit tapi dorang dapat handle dengan baik. 


Pengarah dan MC EMAD 2014

Technical team..great job guys!






Ketar lutut juga la duduk satu meja dengan barisan pensyarah. Aku dah la malu tahap nak sorok bawah meja. Tapi... semuanya sporting habis. Bertuah dapat duduk semeja dengan mereka. Bila malam tu jadi havoc...malu aku campak kat luar tukar dengan rasa bangga. 





Persembahan pertama dari BOB, warming up untuk malam tu. Everyone feels the song, the melody, it was very nice!



Gimik malam tu Dila jadi Profesor gila yang sedang mencari Dekan untuk menjayakan misi dia. "Nampak dekan saya tak?". Serius seram dan kelakar. Tambah kelakar bila Dila minta sign dari Dekan, Dekan hembus 2 kali macam ustaz-uztaz hembus orang kena rasuk tu. Tak sangka pula dekan sporting macam tu. 




Dan malam tu Lala kotakan janji dia untuk perform satu lagu, Nirmala dari Dato' Siti. Tak dapat dengar Listen pun tak apa sebab Lala nyanyi apa je sedap. Pakli cakap "Ada sikit la macam Siti Nurhaliza". Ekeke.. dah kata kan aku import penyanyi khas.



Kinsy walaupun main tarik tali. At last, perform lagu Mewangi dari Akim. Awal-awal feeling wooo. Sedap juga suara Kinsy ni cuma dia tak percaya je. 







Makanan untuk malam tu memang puas hati. Sedap-sedap belaka. Pensyarah pun komen makanan sedap, pelbagai. Desert pun sedap. Overal semua sedap, semua puas hati. Servis memang baiklah, nak close buffet pun dia tanya aku dulu, jadi tak adalah yang tak makan lagi.




Persembahan kedua dari Tahun 4, Dekan komen "Macam persembahan graduation tadika anak saya masa kecik dulu". See.. memang ikut tema, full of memories.


Persembahan terakhir malam tu, zapin dan bollywood. Ni kali kedua tengok Tajul menari atas stage. Emma and Nana you're born to dance. Badan korang lembut mak aii..jeles tau.





Memang bertuah siapa yang dapat cabutan bertuah tu. Hadiah semua best-best. Berbaloilah dapat, boleh guna hari-hari. Hadiah sama untuk semua, tak kira pensyarah, staf atau pelajar. Fair.



Anugerah Khas malam tu jatuh kepada mereka kat atas ni. Ahmad Farid dapat anugerah khas dari juri sebab peramah dan migle dengan semua. Hermm something fishy kat situ kan. Dr. Yusof muka dah pelik je. Majlis malam tu jadi havoc bila banyak 'unexpected action' yang kelakar berlaku. Spontan dan benda tu yang menceriakan lagi majlis. Tambah lagi dengan Emma tukar hadiah, si pendiam dapat gelaran peramah. Macam gula yang buat EMAD 2014 makin manisssss.



King & Queen for EMAD 2014 goes tooo..... RIKIYA SAKURAI & DIYANA. Dua-dua nampak serasi dan sedondon. Itu kriteria utama untuk King & Queen. 



Photo Booth by Tyra, cantik kan. Dari awal sampai habis tak pernah lengang dengan orang. Sentiasa ada je yang nak bergambar kat sini. 



Goodies. Frame & sebalang biskut. Dalam tu ada 3 lapisan, marshmallow, biskut ice-cream dan biskut teddy bear. Semua biskut ni zaman kanak-kanak dulu. Pensyarah pun throwback memori masa dorang kecik-kecik dulu. Biskut dalam tin. Everything is memories, sweet memories.



Untuk Tahun 4, EMAD 2014 adalah malam untuk meraikan kalian semua. Ini adalah hadiah atas kegigihan kalian berusaha, bekerja keras bergelar pelajar Bachelor Pengurusan Alam Sekitar. EMAD 2014 adalah hadiah ikhlas dari kami. Diharap majlis yang kecil ini mampu memberi beribu kenangan dan memori antara kalian. Maaf jika sebelum ini kita pernah bersengketa, buruk sangka, rasanya itu satu kenangan juga kan.



Okay gambar terakhir untuk entri ni. Gambar semua yang hadir Environmental Management Annual Dinner EMAD 2014.  Terima kasih kerana sudi hadir dan kenangan yang kita cipta bersama untuk EMAD 2014! 



All picture credit to WANI, GEE, RIKIYA & DAUS.



Garden of Memories
A Night To Celebrate Our Past, Present & Future





See u EMAD 2015!

Environmental Management Annual Dinner (EMAD) 2014 Part 1


Assalamualaikum dan hai semua. 



Aku tahu ramai yang tengah gigih study untuk final kan. Aku pun sama sampai nak terbelahak baca slide and notes, tu belum lagi buku physical geography Alan Strahley tu... ok take a deep breath. Meh kita imbas balik suka duka handle EMAD ni dari awal sampai EMAD berjaya malam tu. Part 1 ni cerita pasal dibalik tabir je, dari mana kami mula sampai akhir. Selamat membacalah ye...


EMAD atau nama panjangnya Environmental Management Annual Dinner adalah satu majlis makan malam tahunan bagi Jabatan Pengurusan Alam Sekitar. Tujuan EMAD diadakan adalah bagi meraikan pelajar tahun akhir yang dah bertungkus lumus perah otak, berkerah tenaga, perit jerih dari tahun satu sampai tahun empat melaksanakan tugasan sebagai pelajar Bachelor Pengurusan Alam Sekitar. Malam tu memang malam istimewa, malam khas untuk mereka. Malam itu juga adalah malam yang untuk semua warga Jabatan Pengurusan Alam Sekitar bermesra, bergembira, mengeratkan silaturrahim antara pelajar, pensyarah dan staf. 


Tema malam tu adalah "GARDEN OF MEMORIES: A NIGHT TO CELEBRATE OUT PAST, PRESENT & FUTURE". Ha mana aku dapat? Kalau korang pembaca blog mesti korang tahu. Malam tu memang malam memori, goodies pun full of memories, lagu persembahan pun full of memories. Dan malam itu pun satu memori untuk masa hadapan. 





Behind the scene...

Kelas aku, pelajar tahun tiga dipertanggungjawabkan sebagai penganjur. Dan aku, bertindak sebagai pengarah program. Ok tak percaya kan. Aku lagilah tak percaya bila dorang pilih aku sebagai pengarah. Aku yang mandom 24 kat kolej ni? Tapi aku terima je sebagai cabaran. Tak cuba tak tahu kan. Inilah peluang dan ruang untuk aku uji kemampuan diri. Oh yeahh. Barisan ahli jawatan kuasa yang top top ataupun orang kuat semua dari kalangan yang tangkas dan senang jalankan tugas. Mudah untuk aku update semua hal.

  
Benda pertama yang aku buat adalah PROPOSAL. Proposal untuk tunjuk kat penasihat. Penasihat untuk EMAD kali ni aku pilih Dr. Rusli. Kenapa Dr. Rusli? Pertama sebab dia Ketua Jabatan. Kedua sebab dia Ketua Jabatan. Ketiga sebab dia Ketua Jabatan. Sebab dia KJ so senanglah nak dapatkan approval, sokongan dan lain-lainlah. Rujuk seorang je. Tak payah nak buat kerja banyak kali. Nak bincang dengan Pakli (a.k.a abah) ni senang je, petang-petang cari kat gerai twister. Untung-untung dapat belanja sekali. 



Bila dah bincang semua dari jemputan, hotel, masa, barulah aku dan orang-orang kuat pergi survey hotel yang berdekatan. Hotel pertama kami pergi, Hotel Marriott, pehh tempat nak up je, kemudian Golf Club IOI, tempat ketiga, Hotel Bangi-Putrajaya. Esoknya Mr. David dari Hotel Bangi-Putrajaya call dan hantar quotation. Quotation sangat memuaskan hati dan kami terus decide untuk pilih Hotel Bangi-Putrajaya sebagai tempat untuk EMAD 2014! 





Nak buat surat jemputan, surat minta sponsor, surat alumni, semua staf pejabat tolong, Kak Mas, Kak su. Memang aku tak tahu langsung benda ni. Terima kasih sangat ada committee yang willing to learn, to do this, to do that. Jemputan paling utama sekali Dekan, Dr. Ramdzani, untuk merasmikan majlis malam tu. Timbalan Dekan, Dr. Makmon tak dapat nak join, sadly tapi dia tetap bagi sponsor. Jemputan kami bagi special handmade card untuk semua penyarah, staff dan pelajar tahun 4. Tak main fotostate kertas ok, printed card. Puas hati gila bila ramai kata cantik macam kad kahwin. Tapi aku terkilan sebab EMAD kali ni tak melibatkan tahun 1 dan tahun 2. Aku minta maaf sangat. Mula-mula Pakli suruh jemput wakil je, tapi bila fikir balik tak fair la kan. So kami pun end up tak invite semua. Maaf sangat sepatutnya aku boleh je keraskan hati untuk jemput je korang. Maaf..





Apa-apa majlis mesti nak ada buah tangan, goodieesss. Lagi-lagi dinner farewell macam ni mestilah nak something yang valuable, yang boleh dikenang. Aku dan committee pecah otak juga fikir nak bagi apa. Apa mendelah barang yang boleh buat semua orang puas hati? Boleh buat orang gembira bila dapat dan paling penting berbaloi dengan duit yang dorang bayar. Bila scroll google banyaklah juga idea untuk goodies orang kahwin. Tapi biasa bagi dalam balang kaca. Bagi aku balang kaca tu dah biasa sangat, plus isi sikit dan balang tu costly. So aku terfikir why not guna balang plastik silinder tu. Aku and orang kuat pun pergi YUMI bakery kat bangi sebab aku pernah nampak balang tu kat sana. Satu balang RM1.15. Borong 2 kotak dapat murah, satu jadi RM1.05 sen macam tu. 




Nak cari biskut pun cabaran juga. Punyalah excited pergi Pasar Borong Selangor kat Equine tu tapi tak jumpa pun biskut yang kami mahu. Huwaaa. Search internet paling dekat kat Bangi, Seksyen 3, RENO MART. Aku memang dah biasa sesat kat Bangi. So pencarian kali ni tak adalah susah sangat. Dapatlah biskut yang dicari, biskut ice-cream 3KG RM33, biskut teddy bear 5KG RM55, Marshmallow 900 gram RM21. Selesai goodies untuk pelajar, goodies untuk VIP pula kami bagi bekas kaca. Punyalah jauh beli kat Fan Lian padahal kedai jimat 5 sen kat Sri Serdang pun ada, lagi murah pula tu. Taubat aku tak pergi Fan Lian lagi.


Goodies tak berhenti kat situ tau. Bila tunjuk Pakli goodies yang dah siap boleh plak dia cakap "Tak kreatif langsung"... -_-" dehhh. Dia suruh cari frame gambar untuk tahun akhir. Pfhh..merata kami cari frame gambar yang cantik, saiz 6R, dan paling penting yang cukup dengan bajet. Balik Klang aku cari lagi dan finally jumpa kat Mr. D.I.Y. Aku borong semua kasi licin, satu pun tak tinggal. 3 tempat, 1. kt Tesco Setia Alam, 2. Aeon Bukit Raja, 3. Klang Parade. Satu frame RM2.90. Murah dan cantik. Tapi gambar aku tak print. Printlah sendiri gambar yang dorang rasa cantik. 




Apa lagi aku tak cerita? Hmmm..haa Photo Booth and decoration. Aku assign tugas ni kat TYRA. Sebab aku tahu dia boleh buat decoration yang cantik. Semua barang aku bagi dia beli sendiri dengan bajet yang ciput. Mula-mula aku bagi dia RM150 lepas tu aku kautim lagi kurang RM100. Total semua barang decoration RM76. Lantern aku sponsor, beli kat Kaison. Big thanks kat Ayie sebab dia pinjamkan pintu gerbang, bunga, props dari makcik dia. Kat situ dah jimat sangat-sangat. 




Cabutan bertuah... Mana nak dapat sponsor!!.. Masa tu duit cukup-cukup untuk bayar hotel dan goodies je. Seriusly tenat sungguh kewangan masa tu. Pakli pula demand tinggi nak cabutan bertuah sampai 30. "Awak jangan malukan saya..kalau tak saya tak datang" Auhh. Hari jumaat beberapa hari sebelum EMAD, Aini call Tengku suruh jumpa kat fakulti. Aku kat rumah masa tu, so minta tolong Ayie jumpa Tengku. Alhamdulillah Tengku sponsor banyak sekaligus menyelesaikan kemelut yang melanda. Aku transfer duit tu kat Shi hui untuk beli barang. Dannnn... barang yang Shi hui beli semua best best!! Satu barang lebih RM10 tau. Untung siapa yang dapat. Ramai juga yang sponsor untuk EMAD. Pesyarah, alumni, dan kawan-kawan kelas sendiri ramai yang sponsor. Tak kiralah bagi barang ke, duit ke, semua yang disalurkan memang banyak membantu. Button badge sponsor dari Iha. Mula-mula order sticker je lepas tu Iha kata nak sponsor. Rezeki kan.






Poster dan video memang pakar bagi Dila. Kan aku cakap aku bagi tugas pada yang pakar. Senang aku cakap sekali terus buat. Poster Dila buat memang puas hati sangat. Aku simpan weyh. Video simple sweeat sweet gitu tapi kalau tengok mesti nak gelak. Sebagai AJK aktiviti Dila ajar budak-budak ni menari untuk persembahan. Lala pun willing untuk nyanyi malam tu. Bukan aku paksa tau tapi dia sendiri yang volunteer nak nyanyi masa kelas Dr. Yusof. Plan nak nyanyi lagu Bengawan Solo khas untuk Dr. Yusof tapi tak ada minus one. Kinsy solo persembahan juga walaupun plan asal Kinsy main gitar, Lala nyanyi. Tiba-tiba plak Lala nak nyanyi dengan menari. Tinggal Kinsy and the gitar, malam dinner boleh plak cakap tak boleh nak main. Kitorang pujuk la nak pinjamkan gitar Bob barulah dia ok. 



Hari selasa, pukul 11.30 aku sampai Hotel untuk set up barang. Aku nak marah jugaklah bila ada yang nak datang lambat. Padahal rehearsal tak buat langsung. Pukul 5.30 baru semua sedia untuk rehearsal. Itu pun ada yang tak serius. Kau bayangkan betapa cuaknya aku masa tu. Teknikal masih kalut lagi. Peja dah nak spoil time tu, aku cepat-cepat suruh mana yang dah settle tu pergi siapkan diri. Bagi separuh je ada dalam dewan. Awal-awal lagi Peja dah ingatkan aku mood jangan swing hari tu. Alhamdulillah aku tak melampiaskan kemarahan untuk hari tu. Syukur sangat sangat EMAD malam tu berjalan lancar, havoc, happening...seriusly.




Duit yang sebelum ni kitorang risau sangat.. ada lebih banyak..syukur lagi. Dah bayar semua yang dahulukan duit tapi still ada lebih. Jadi, kami beli frame dan gambar untuk Pakli sebagai penasihat, Prof Azizi, sebab terlupa EMAD hari selasa, terkilan tak ingatkan dia dan Dekan kerana sudi merasmikan EMAD 2014. Ada lebih lagi donate untuk report Tasik Kenyir. Sebelum ni pun duit kelas yang lebih lebih disalurkan dalam kewangan EMAD. 







 
Senja-senja time setan tengah meliar kitorang pun meliar lagi kutip tin.
Cari duit lebih untuk menampung perbelanjaan..sobss sobs.


EMAD ni macam kecoh juga kat fakulti masa tu. Mana tak kecoh, orang kuat ramai dari geng joyah. Gambar kat FB, INSTAGRAM, TWITTER.. Gee siap post kat Alam Putra lagi.  Satu kelas tukar DP dengan poster EMAD. Publisiti terbaik la kiranya. Ada yang terkesan dengan EMAD ni sampai aku bertelingkah dalam FB. Kontroversi betul, dinner lepas lepas tak ada pun macam ni. Menguji kesabaran sungguh. Kalau aku tak ada yang support, tak ada yang bagi kata-kata semangat, tak ada yang membantu, mungkin aku dah lama give up, mungkin aku dah lama menangis teresak-esak, mungkin aku dah lama lari dan tinggalkan semua. Tapi aku ada mereka, AJK yang bersama-sama berusaha, berkerah tenaga, tak kira masa, untuk jayakan EMAD 2014. Terima kasih sebab korang buat aku bangga ada kawan macam korang.





SYABAS & TAHNIAH SEMUA AHLI JAWATANKUASA EMAD 2014!!!!






 









Wednesday, December 24, 2014

Manusia


Manusia ni macam-macam ragam. 
Aku kategorikan manusia pada 3:

1. Matang
2. Tak matang
3. Lalang 

 

Monday, December 22, 2014

Dedikasi





Malam itu..
Malam itu aku yang rancang, dari awal hingga akhir. Berminggu-minggu aku rencanakan, tak kenal penat, tak kenal lelah. Dengan kesibukan tugasan lain, aku berkejar kesana kemari menguruskan malam itu. Peluang untuk mengadakan malam meraikan tahun akhir adalah alasan untuk aku usahakan. Posisi sebagai pengarah memudahkan aku merealisasikan malam itu. Segalanya direncanakan dengan kemas. Dengan harapan malam itu akan jadi malam terindah, malam yang penuh kenangan dan memori manis.


Malam itu..
Malam yang aku tunggu-tunggu. Malam yang buat aku tak tidur lena berminggu-minggu. Malam itu aku masih lagi sibuk kesana sini. Aku mahu malam ini berjalan lancar seperti yang direncanakan. Hati aku resah, gelisah akan nasib malam itu. Aku hanya mampu berdoa supaya malam itu berjalan lancar seperti yang aku dan semua harapkan. 


Malam itu..
Dalam kesibukan, dalam keresahan, aku nampak kau. Aku nampak kau tapi kau mungkin tak nampak aku.  Dari awal hingga akhir aku lihat kau dari jauh. Curi-curi intai dari kalangan yang hadir pada malam itu. Aku biarkan kau gembira, ketawa bersama sahabat kau. Aku suka tengok kau senyum. Walaupun senyuman itu bukan untuk aku. Lihat kau gembira, bahagia.. aku rasa satu kepuasan dalam diri. Ini saja yang mampu aku beri, untuk kau rasa gembira. Walaupun malam itu aku tak terselit dalam memori kau, aku okay saja. Aku tahu aku kuat.


Malam itu..
Bukti kesungguhan aku..
Malam itu..
Dedikasi aku buat kau..




"Garden of Memories: A Night To Celebrate Our Past, Present & Future"

















Sunday, September 21, 2014

Throwback - Cikgu Yang Takkan Saya Lupa






Dulu masa sekolah menengah aku ada sorang cikgu.
Nama dia Cikgu Sabariah.
Banyak ilmu yang dia ajar.
Bukan setakat ilmu dunia.
Ilmu akhirat pun dia bekalkan.  
Dia tak garang tapi tegas. 
Itu dah cukup buat kami takut dan kecut perut.


Macam Profesor Dumbledore.
Satu-satunya orang yang Voldemort takut.
 Padahal dia tak pernah pun rejam Harry Potter macam Snape.
 







-sua-

  


Liebster Awards dari Armila!






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Hai semua. Entri ni special untuk Armila, kawan blogger kita. She has nominate me in liester awards. Thank you very much for that! Serius terharu. Actually what is liebster awards? Is it lobster? No no no ok. Liebster Awards ni kita tag orang then suruh dia jawab soalan yang kita bagi. It is like 20 FACTS ABOUT ME yang kita sibuk tag kat Instagram tuu.. Tapi yang ni kita tag 11 orang dan bagi 11 soalan untuk dijawab untuk orang yang kita tag tu. 


Okay, bersedia untuk jawab soalan ni. Ehemm..tetiba nerves pulak..




1- apa nama penuh korang
 
Nama penuh Norfaryana binti Mohd Ijas. 
 
2- status sekrang, -bujang,dah kawin
 
Status bujang. available. tolonglah carikan calon ok. haha..
 
3- sejak bila korang mula tulis dalam blog
 
Mula tulis blog sejak  2010. I was in diploma at that time.
 
4- ape tujuan asal korang tulis blog
 
Saya suka menulis. Saya suka meluahkan segala isi hati. 
Saya ada banyak diari yang saya dah tulis sejak sekolah lagi. 
 
5- korang dah bace tak entry dalam blog aku ni?
 
YA! Saya dah baca beberapa entri di blog Armila :)
 
6- kalau dah bace, ape komen korang
 
Tahu tak kita sebenarnya ada minat yang sama.
We love handmade!
 
7- korang ade follow x blog aku? 
 
Baru follow lepas baca komen you. ahaks..
 
8- ape jenis penulisan blog yang korang suke? (lawak ke, sedih ke, agama ke, motivasi ke)
 
Sarkastik cinta. Tak suka blog sedih. Sebab we love to be happy!
 
9- waktu bile korang rajin update blog
 
Dulu memang ada masa nak update every week. Tapi sekarang ni makin sibuk dengan assignment, business, activities..huuu...
 
10- korang rajin tak join ape2 segmen berkaitan blog
 
Nak join giveaway ke segment ke ikut kerajinan sebenarnya. ahaha. 
Bukan apa kadang-kadang apa yang disuruh agak 
leceh untuk orang pemalas macam saya. aha..
 
11- ape perasaan korang kalau ape yang korang tulis ade orang bace pastu komen plak entry korang
 
 Of course i'm happy! Takde orang baca pun tak apa.. 
Saya percaya saya ada silent reader yang setia..hihiii..



Haaa amacam jawapan? Dah habis jujur ni tau. Saya harap Armila gembira dengan feedback dan respon saya. Walaupun lambat gila berminggu-minggu baru dijawabnya. Lagi sekali terima kasih follow saya siap tag lagi. Terima kasih daun keladi harap boleh jumpa lagi. 
 
 
 
Babaiiii...
 
 
 
 
 

 


 
 

 


Tuesday, September 16, 2014

Berjuang Untuk Kebebasan



Kau tahu betapa kebalnya hati aku
Lawan semua perintah dan arahan
Tegar mengunci diri dalam bilik
Lari dari semua perjumpaan yang keji


Aku hadap semua cemuhan
Apa pun yang kau lempar
Aku hadam satu-satu 
Perit macam mana pun aku tahan


Aku tak pernah memberontak
Aku diam tak usik yang lain
Aku datang masa aku suka
Aku lari bila aku benci


Itu pun kau rasa tergugat ke?
Kau rasa tercabar bila aku tak ada?
Kau rasa aku racun yang boleh lenyapkan kuasa kau?


Kalau kau rasa semudah itu..
Kau memang tolol!


Aku ingat perjuangan aku dah lama tamat
Rupanya tidak
Propaganda harus dinaikkan kembali
Semangat tahun satu harus bangit lagi!









*Berjuang untuk kebebasan!



Thursday, September 11, 2014

Layanan Kelas Pertama!




Assalamualaikum dan Salam sejahtera.



Kadang-kadang apa yang kita harapkan tak seperti apa yang kita gambarkan. Situasi hari ini sesuatu yang tak pernah dibayangkan terjadi. Marah, sedih, kecewa berlaga-laga dalam kepala.  Satu kelakuan yang tak boleh diterima dek akal. Fikirnya bila sekelas bersama dapatlah merapatkan ukhuwah antara kami. Bertukar idea dan berkongsi ilmu-ilmu yang mereka ada. Mmmpph teruja jugalah bunyinya kan. 



Tapi itu harapan saja lah. Apa yang kami dapat adalah layanan kelas pertama (sebaliknya) dari mereka. Hak kami untuk duduk bersama dalam kelas tersebut tidak diakui sama sekali. Kami tak harap pun layanan tuan puteri diberikan kepada kami. Langsung tidak. Kalaupun tidak bertegur sapa dengan kami pun kami biasa saja. Tapi bila semangat majoriti menular dalam diri, hak kami sebagai golongan minoriti mula diinjak sesuka hati. 



Kalaupun cadangan untuk menyingkirkan kami datangnya dari orang yang kami hormati, orang yang kami berharap akan ilmunya. Tapi patutkah memberi respon sebegitu rupa? Satu tindakan yang keterlaluan. Berusaha menyingkir kami dengan cara yang sangat tidak terhormat. Kami bukan menyibuk bahkan bukan merempat sama sekali. Kami hanya mahu belajar. 



Selama ini kami berkongsi kelas dengan pelajar lain juga tapi bukan sebegini yang kami terima. Bahkan kami juga selalunya menjadi majoriti dalam satu satu kelas. tapi tidak pula kami memberi layanan yang buruk pada mereka. Kami biar mereka belajar bersama. Biar mereka duduk dengan selesa. Sikit pun kami tidak mempertikaikan kewujudan mereka dalam kelas kami. Kami terima sesiapa yang mahu belajar bersama. Konsep dasar terbuka memang sudah lama kami amalkan. Dari tahun satu lagi.



Tak pernah sekali kami memilih bulu. Pada kami, kalau sudah berjaya daftar dalam smp seseorang itu berhak untuk duduk dengan selesa. Tak kisah dari fakulti mana, jurusan apa, tahun berapa, semua tu tak pernah kami kira. Adapun cadangan untuk mereka gugur kursus tersebut, kami tidaklah bersorak sampai bernanah telinga. 



Belajar menerima orang lain. Bukan hanya duduk bawah sekutu sendiri sahaja. Seharusnya gelaran yang dipegang tidak dicemari dengan sikap yang sangat tidak bertauladan sebegini.  Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai atau pernah memikul jawatan tinggi. Tunjukkan kami kredibiliti bukannya emosi yang kau ada. 



Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana emosi segelintir mereka yang lain terasa tempiasnya. Komen maaf datangnya dari mereka yang tidak terlibat langsung. Berusaha menjernihkan suasana. Kelambu kau sudah dibakar tak perlu membela mereka lagi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya. 



Entri ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa malah lebih kepada peringatan untuk diri ini dan semua. Sebagai seorang manusia seharusnya kau tahu dimana letaknya kelakuan dan tingkah laku diri. Ditahap yang paling tinggi atau ditahap paling bawah sekali.




Hak kami akan kami pertahankan selagi tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan fakulti, universiti atau dunia sekali. 



Salam semua...










 

Sunday, August 10, 2014

Transfigurasi




Kau nak tahu tak? 
Aku selalu berangan dapat belajar transfigurasi dengan Profesor McGonagall.
 







Throwback Harry Potter.




Thursday, June 5, 2014

Kawan #01



Kawan...
Kadang-kadang kawan yang mulut longkang, perangai setan, joyah tak kira tempat, tu la kawan yang paling sayang kita, yang ada dengan kita masa susah senang. Kawan tu la yang tolong kita siapkan assignment, turun naik teman kita jumpa pensyarah walaupun repot kena reject 10 kali, yang buat carry mark kita mencanak tinggi jadi final tak payah gigih sangat nak study.


Kawan marah bukan sebab benci...
Bila kawan marah kita bukan sebab dia benci tapi kawan nak betulkan kesalahan kita.  Walaupun kadang-kadang menyampah tu ada. Tapi sebab dia care dengan kita dia tegur kita walaupun dengan marah-marah. Kalau benci tak adalah kawan tu bubuh nama dalam tugasan berkumpulan kan. 


Takkan kawan tak boleh nak marah nak tegur bila kita buat salah? 
Kawan manusia biasa, bila tahan sabar lama-lama meletup la juga kan. Tapi biasa marah tu tak lama. Esok duduk sebelah dalam kelas baiklah dia. Kawan marah mesti bersebab. Mungkin kita terkasar bahasa, mungkin kita terlupa nak hantar assignment, mungkin kita lambat buat kerja atau mungkin kita malas nak buat kerja. Mesti bersebab. Kalau kawan tu marah saja-saja mesti kawan tu tengah hypertension PMS atau GILA!


Kawan joli senang cari tapi kawan nak tolong buat assignment...
Bila kita ajak kawan pergi karaoke laju je cakap 'jommm..' tak payah tunggu hujung minggu, gab kelas 2 jam pon sempat je. Tapi bila 'boleh tak tolong siapkan assignment ni..aku nak hujung minggu ni'. Hujung minggu satu ayat pun tak ada. Manalah kawan tak marah. 


Kawan sekelas tak seronok, suka jaga tepi kain orang...
Whattt?? Awak.. kawan sekelas ni la yang tolong kita dapatkan segulung ijazah nanti tau. Kawan bukan nak jaga tepi kain. Tapi kawan nak tahu mana kita, kenapa tak datang kelas, demam ke cirit-birit ke, jadi wakil 1M4U ke, ade latihan rugby ke, kena handle tari menari ke. Tengok betapa caringnya kawan kat kita. No such thing jaga tepi kain ok. 


Kawan sekelas..
Kawan sekelas je yang tahu betapa banyaknya assignment kita, betapa hecticnya nak hantar hasil kajian kat pertanika atau perintis, betapa gigihnya buat survey dari satu rumah ke satu rumah, betapa 'nervous'nya setiap kali kelas seminar. Kawan sekelas je yang tahu. Walaupun kita cerita kat kawan lain mesti dia akan cakap 'oh..banyaknya kerja kau'. Dalam hati 'eleh kerja macam tu pun tak boleh buat'. 


Konklusinya...
Tak salah nak berkawan dengan siapa pun, orang kata berkawan biar seribu. Apalah salahnya kalau bergaul dan berbaik dengan semua, kawan sekelas ataupun bukan. Dalam kelas dengan kawan kelas. Kat luar suka hati nak bersama siapa yang kita selesa. Biarlah seronok dalam kelas dan seronok diluar. Jangan sampai kejar kat luar, yang dalam kelas kita abaikan.





-nasihat dari kakak paling tua-

Wednesday, June 4, 2014

Semua Orang...


Semua orang nak study ekonomi
Nak tahu macam mana nak kira CBA
Semua orang nak study hubungan etnik
Nak faham apa tu sebenarnya etnik
Semua orang nak study projek
Nak ingat semua soalan
Semua orang nak study law
Nak faham setiap kes-kes common law
Semua orang nak siapkan report WTP ekonomi
Yang akhir-akhir baru nak bagi
Semua orang nak siapkan report kajian
Yang tak habis-habis kena reject
Yeah yeah semua orang sibuk
Dari dulu lagi dah sibuk

Semua orang sibuk
Cuma kau sorang je tak sibuk
Macam tak ada apa berlaku
Teruskanlah perangai macam tu
Harap bahagia 
That's not fair for both of us!

Friday, May 30, 2014

"Sejarah Pastikan Berulang...."




Pentas lakonan dimainkan kembali. Semua layak raih anugerah pelakon antagonis terbaik. Mana tidaknya, lakonan mereka terkesan dihati hingga membuatkan aku mengingat kembali memori dulu. Rasa marah yang ditanam dan dibaja dengan rasa benci setahun dulu marak menyala lagi. Jantung berdengup laju seperti lari maraton 100 meter dan aku tahan badan ini dari terus menggigil. Aku cuba pekakkan telinga tapi jeritan demi jeritan tak mampu buat aku bermimpi indah malam ini. Trauma ni kalau tak terkawal boleh jadi sakit jiwa tahu.

Tradisi! "Sejarah pastikan berulang..." yeahhh kena betul dengan lagu kan. Lullaby paling ngeri pernah aku dengar. Rasa hormat yang senipis bawal kangaroo tu mungkin boleh bertukar jadi rasa benci bertubi-tubi. Dendam yang dipupuk dari rasa marah, benci dan meluat boleh ter'AKUMULASI' dari satu generasi ke satu generasi.  Aku tak ingat tarikh tepat bila upacara tu berlaku tapi yang pasti MALAM itu adalah malam paling s***. Dimarah, ditengking dan diherdik seperti manusia tidak punya nilai, senang je maruah diinjak-injak kan. Macam manusia tidak punya akal. Sudah puas mengherdik, mudah pula kata-kata maaf dilafaz dari mulut-mulut puaka. Bila dah terpalit rasa benci kau ingat senang nak neutralkan?

Aku harap ini mimpi tapi ini adalah realiti!


 



-29/05/14-