Monday, September 30, 2013

Cottonista by Sunday Closet



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Hello Cottonista kat luar sana tu. SUNDAY CLOSET ada berita gembira untuk semua the madian cottonista. Sekarang SUNDAY CLOSET dah ada produk baru iaitu.....

GRED AAA ENGLISH COTTON!!
100 % cotton
SANGAT SELESA!!!
DESIGN CANTIK DAN MENARIK!!
YANG PALING BEST HARGA YANG BERPATUTAN!!!

Okay siapa tak suka pakai baju dari kain cotton kan? Kalau boleh hari-hari nak pakai baju cotton. Lagi-lagi cuaca dunia sekarang yang semakin hari semakin panas. Baju cotton juga selesa dipakai, serap peluh dan nyaman sangat.

Okay jom review sikit


Tribal ni sangat awesome!

Dandelion is so nice :)


Paisley is so adorable!

Ehem..ini bukan tudung bawal tapi english cotton :)


Paisley ni sangat cantik!


Seriously comel..Tak nak ke?


corak owl pon ada tau!

Nak tengok lebih banyak lagi koleksi Cottonista ni bolehlah LIKE page dibawah:



Kenapa kena beli dari saya? Sebab english cotton yang saya jual ni sangat bermutu tinggi. Yang bestnya ENGLISH COTTON GRED AAA ni tak luntur bila dibasuh banyak kali. Saya memang pengguna kain cotton tegar. Koleksi baju kurung saya semuanya dari kain cotton. Dari pengalaman saya, english cotton gred A ni memang superb! Walaupun dah 3 tahun pakai hari -hari pergi kelas tapi warnanya tak pudar. Tetap cantik je.Berbaloi-baloi.


HARGA MAHAL? Percayalah tak mahal sebab saya jual harga standard. Penghantaran POS LAJU PERCUMA untuk semenanjung Malaysia. Sabah Sarawak kena tambah RM 4. Urusan jual beli pun mudah sangat. Pilih kod kain dan saya akan cek stock. Anda bayar dan saya akan hantar barang terus ke rumah. 

 Jadi apa tunggu lagi??
Pergi bagi tahu mak kakak adik makcik nenek jiran kawan-kawan dan semua!!!!




 Terima Kasih kerana menyokong saya :)

 

Monday, September 23, 2013

Mari Beli Bedak Thanaka Oiii~~



Assalamualaikum.


Bedak Thanaka Bedak Thanaka Bedak Thanaka
Bedak thanaka tengah hot sale sekarang ni!!

 
Sejak bila plak guna thanaka ni? Sejak 2 -3 minggu yang lepas. Masa tu rasa nak cuba produk semulajadi yang baik untuk kulit, murah dan yang paling penting senang nak pakai!!


Siapa rasa nak kulit halus mulus macam Nora Danish moh le beli bedak Thanaka ni.
Jual murah-murah punya.
Sesuai untuk mak adik kakak nenek atuk ayah abang pakcik makcik.
Agak-agak pakwe banyak pimples tu boleh bagi hadiah kat dia. 


1 pcs = RM 10
not include postage
Postage ikut rate pos laju RM 6
Kalau berat melebihi sepatutnya tambah duit postage la ye..

sms 019-3758441 atau FB


Selamat mencuba :)


Friday, September 20, 2013

KLCC




Sabtu ni rasa macam nak panjat jambatan KLCC 
dan pilih bangunan mana untuk teruskan perjalanan...







Tuesday, September 10, 2013

Aku Sedar Apa Itu Realiti



Mungkin salah aku
Berawang-awangan di alam fantasi
Yang aku cipta sendiri
Bila dihantuk dengan peristiwa begini
Baru aku sedar apa itu realiti
Tak selalu indah seperti puteri salji
Kadang-kadang kejam bak ibu tiri

Niat sudah jauh melayang
Terbang bersama angan-angan
Harus aku kejar sepenuh hati
Supaya tak terus jauh pergi
Meskipun harus berkayuh
Merangkak sekalipun
Aku rela
Demi mengubati hati-hati
Yang mungkin terluka kerana AKU...




 

Kecewa



Aku kecewa tak dapat memenuhi permintaan kawan
Aku kecewa tak dapat menjadi pemandu berkhemah
Aku kecewa tak dapat menjadi pelajar berdedikasi
Aku kecewa tak dapat menjadi anak yang berbakti
Aku kecewa bila terus menyusahkan kalian


Sungguh aku sangat-sangat kecewa 
Dengan apa yang telah terjadi


Satu hal yang aku tak boleh tidakkan
Kasihnya Tuhan pada aku
Satu hal yang aku tak boleh ragukan
Sayangnya mama ayah pada aku
Syukur..semua masih selamat


Monday, September 9, 2013

Tak Mungkin Aku Silap



Aku hilang punca
Bila semua rencana jadi porak peranda
Tak tahu mahu hala kemana
Aku duduk diam di batu bata bunga
Cuba untuk mencari solusi
Aku dongak kepala

Dan..
Dan aku nampak dia
Berdiri dan tersenyum 
Aku jadi kaku
Ini realiti atau lamunan aku?
Dia terus tersenyum
Sedangkan aku masih terfikir-fikir sendiri

Baju itu..
Sama dalam gambar yang aku simpan dalam desktop
Gambar yang aku 'save as' dari mukabuku
Baju jersi merah hitam

Aku tanya rakan-rakan
Betulkah apa yang aku lihat tadi?
Semua kata bukan
Bukan dia
Tapi aku rasa mata ini tidak menipu
Aku pasti
Tak mungkin aku silap







p/s: terima kasih kerana hadir walau untuk seketika :)


 

Thursday, September 5, 2013

Rindu Adik-Adik UPM :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hai adik-adik upm! Sihat tak? Rindu kita tak? Tak? 
 T_T huhuuuuu sampai hati..kita rindu korang tau..

Lagi beberapa hari lagi nak daftar semester baru. Semester ni kita jadi senior 2nd year. 
Oh yeahhh..no more junior. Tapi rasanya tetap juga kena turun tiap kali event or meeting. Right? okay tak kisahlah.


Jom tengok gambar untuk lepas rindu kat korang semua.
























Okay, itu saja untuk kali ni..
Jumpa korang kat UPM nanti..
Lepas ni ramai-ramailah kayuh basikal ke kelas ye dak?


k bye..tata titi tutu.. :)