Sunday, June 30, 2013

Perang Alam



Jerebu
Perang alam bermula
Kabut tebal menguasai lapisan udara
Menebar habuk - habuk halus ke pelosok daerah dan negeri
Matahari pula terpenjara di langit tertinggi
Cahayanya ampuh tak dapat menembak sinar UV
Sistem kitaran air bumi jadi kaku
Fotosintesis tak dapat dikendalikan
Daunan menguning dan tanah terus kering




Saturday, June 15, 2013

Itu Sisa Makanan Awaklah



Assalamualaikum dan Salam sejahtera



Ini adalah entri membebel sempena dengan minggu-minggu exam
Okay memang pening kepala nak recap chapter-chapter yang masuk. Kerunsingan tu memang mencanak-canak tinggi nak hafal nak faham ayat demi ayat. Sampai satu tahap rasa isi perut ni nak terkeluar, nak termuntah maraton semua sekaligus.


TAPI TAPI TAPI lagi pening plus nak muntah bila masuk toilet bau sisa makanan yang tersumbat kat sinki. Aduii manusia manalah yang buat kerja gila macam ni. Okay, faham awak geli nak korek sisa tu balik. Come on la, tu sisa makanan awaklah. Tadi awak sedap je telan masuk mulut lepastu awak geli pula nak pegang. Sikap ape nihhhh??? ahh peninglah dengan manusia macam ni!!!


Okay, tak nampak mana rasionalnya sikap macam ni. 
Nak cakap awak anak orang kaya kat rumah ada maid tak biasa dengan kerja-kerja macam ni? 
klise sangatlah awak ni!!
ATAU tak sempat nak korek balik sebab banyak chapter kena baca? ek le 5 minit awak gosip depan pintu sempat pula.
ATAU Alahh kan makcik cleaner tu ada..ape kesahh.. awak awak makcik tu pon geli nak bersihkan sisa makanan awak tau..dahlah awak makan tak bagi dia secuit pun...
ATAU sebenarnya awak sengaja nak biar kami-kami ni buat kerja amal bersihkan sisa tu..awak...terharunya..tapi kan banyak lagi kerja amal kami-kami boleh buat.. ikhlas lagi.
ATAU awak memang terbiasa dengan perangai macam tu..dah jadi habit.. orang masuk toilet maki-maki pun apa kesah kan..


Tolong ye adik-adik. Tak nak buat perangai macam ni. Muka dah cantik mekap-mekap tapi bila bab macam ni fail. Nak malas pun bertempatlah sikit. Ini bukan rumah, ini kolej. Kita duduk ramai-ramai. Guna toilet yang sama, jamban sama, sinki sama. Jaga keprihatinan kat orang lain juga. Awak nak duduk selesa, sama la dengan kami semua.




Mana akal kita sebagai manusia yang telah Tuhan ciptakan?
Tidak bersyukurkah kita dengan akal pemberian Tuhan ini?
Akal adakah semata-mata untuk belajar sahaja?
Mana akal kita sebagai seorang yang terpelajar?
Takkan akal guna dalam dewan periksa je?


# Renung-renungkan dan selamat beramal :)






 

Tuesday, June 11, 2013

10 Perkara Sebelum Ana Berkahwin (update)



10 Perkara Sebelum Ana Berkahwin (update)

  1.           Treat my family 
  2.       Melancong ke LONDON/KOREA
  3.       Pergi haji/umrah satu keluarga. 
  4.       Kereta -  viva oyen
  5.       Bachelor in Environmental Management - still pursuing
  6.       Pandai masak - belum usaha tapi dah ada yang kite suke :)
  7.       Belajar jahit 
  8.       Naik berat badan
  9.       Duit banyak kat bank
  10.       Kesihatan - sihat dah
 
 
 # phhuff banyak lagi tak capai ni..kena usaha ni!!!
 
 
 
 

Monday, June 10, 2013

Volunteer at Zoo Negara!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Hai semua. Entri kali ni nak cerita pengalaman masa jadi volunteer di ZOO NEGARA!! Sebenarnya program volunteer ni bawah Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM. Memang selalu FPAS buat program volunteer macam ni. Secara jujurnya, tak rajin pun nak jadi sukarelawan ni tapi ajakan kawan dan rasa teringin buat diri rasa excited nak pergi. Dulu, masa sekolah menengah adalah sekali tu pergi zoo, lepas tu nampaklah ada sekolah mana ntah jadi volunteer zoo. Masa tu rasa macam best je sekolah diorang ada buat program murni macam tu. Sekolah aku tak ada pun, yelah sekolah kampung. Nak pergi ke zoo pun berjam-jam. Nak dapat bas pun susah. Jadinya, dah ada peluang kat sini apa lagi. Jomm la jadi volunteer.


Mula-mula sampai tu rasa macam takut je tengok zoo keeper kat sana.Nampak tegas dan garang. Baru bahagi-bahagi kumpulan, belum buat kerja lagi. Kumpulan kami semua Budak kelas. Ana, Kama, Gee, Piqa dan Ayie. Kitorang kena ikut zoo keeper yang pakai spec dan berjanggut sejemput. Kitorang ikut la dia. Tak tak tak, sebenarnya kitorang tak ikut dia, kitorang main jalan je. Dia kat belakang kitorang, agak-agak kitorang salah jalan baru dia cakap. Kitorang asek tanya je " kiri ke kanan?" " Betul ke jalan ni?" Jauh lagi ke?" Haa penuh suspen.


Sampai la kat satu kandang yang kitorang tak tahu kandang apa. Cuma ada bunyi ermmm haurmmmm... Rupa-rupanya kandang singa dan harimau. Okay T_T takut. Masa tu otak dah fikir, habislah nanti kalau dia suruh bagi harimau makan macam mana? Nanti harimau tu tersalah makan tangan aku macam mana? Okay tak. Diorang cuma suruh sediakan makanan dan bersihkan kandang je. Pfuhhh..tapi tak lega juga. Masa bersihkan kandang pun fikir probabiliti negatif. Macam mana kalau zoo keeper tak perasaan aku kat dalam, then dia lepaskan harimau tu. Memang santapan la aku jadinya. Hauuuurmm dapnyee.. :3




Jom tengok gambar pula :)

Inilah kandang harimau dan singa sebelum mereka dilepaskan :3

Zoo keeper yang sporting :)

Tapir yang sangat cool dan baik :)

 Look at my boot ... Sila jeles!

Rusa-rusa ni tak pemalu. Patut la budak-budak rusa tak pemalu :p

Hai nama saya manja :)

 
'cantiknya bulu..buat bag canti ni' - Gee


Kerja apa lagi kena buat ni? hermm hermm


Posing jap eh

End of the show..ah tak dapat tengok si singa laut beraksi!




Memang best sangat-sangat jadi volunteer kat zoo ni rupanya. Macam-macam pengalaman kita boleh dapat. Dari pengalaman bersihkan kandang sampailah pengalaman pegang binatang-binatang tu semua. Hei bukan senang tau nak pegang binatang-binatang rawkk macam harimau bintang dan tapir. Yang paling penting, pengalaman-pengalaman dari zoo keeper. Zoo keeper ni dah macam ibu ayah kepada haiwan dan binatang kat zoo tu. Tak ada diorang, tak makanlah binatang-binatang zoo tu weyy. Macam-macam pengalaman dan ilmu diorang cerita. Seriusly memang tak ada dalam buku k. Nak tahu kena rajin bertanya. Kalau pergi tapi diam je tak guna juga kan. Masa ni lah tanya segala apa yang kita nak tahu. Diorang sporting seh.



Kalau nak jadi volunteer senang je. Isi borang kat laman web zoo negara. Kalau 5 kali boleh dapat sijil tau. Selain dapat jalan-jalan kat zoo dengan bayaran yang murah, dapatlah juga menyumbang tenaga untuk kehidupan binatang-binatang kat sana. Kalau kita tak support, siapa lagi kan.

Isi form ni: volunteer Zoo Negara

Kami sudah. Anda?





Wednesday, June 5, 2013

Salahkah Suka Kawan Sendiri?





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 
Kadang - kadang hati ni keliru juga dengan perasaan yang ada dalam hati. Sesentengah orang kata tak baik mengganggu hubungan orang lain. Bila fikir balik aku ni mengganggu ke? Tak pernah pula aku flirt dengan kawan aku ni. Aku layan dia sama macam kawan-kawan yang lain cuma dalam hati dia istimewa sikit. Kelakuan dan segala tingkah laku aku jaga sebaik mungkin, tak naklah nampak yang aku ni suka dia. Tapi ada juga keadaan yang aku sengaja buat, konon-konon terserempak, terjumpa. Padahal memang aku tahu masa-masa macam tu memang dia akan lalu kat situ. 

Ya ya aku tahu dia dah berpunya. Tapi hati aku ni yang dah suka kat dia. Aku tak paksa pun apatah lagi berharap. Sebab dia kawan rasa benci tu tak ada, yang ada cuma suka. Sampai tak sedar rasa suka tiba-tiba jadi melampau. Kalau kau kawan dia, kau akan tahu kenapa perempuan boleh jatuh hati kat dia.

Bila fikir balik apa perasaan aku kalau orang lain suka kat pakwe aku sendiri. Mesti aku marah kan. Sebab tu aku senyap je. Sebab aku tahu dia memang sayang sangat kat buah hati dia. Jadi aku diamkan je dan berharap pada jodoh dan takdir. Nampak macam aku berharap ke?

Bagi aku, selagi orang tu tak bertunang, peluang tu sentiasa ada. Kita tak tahu apa yang akan jadi 2 3 tahun akan datang. Esok pun kita tak tahu apa yang berlaku. So, chill je la. Mana tahu memang aku berjodoh dengan dia kan. Kalau tak pun mungkin akan ada yang lebih baik untuk aku. Yang penting sekarang ni doakan kebahagiaan dia dengan orang yang dia sayang dan doa untuk diri juga supaya jumpa dengan orang sebaik dia. Hati tak adalah terluka :)






p/s: Kadang-kadang hati tu tak terduga. Ahh jodoh tu rahsia..



Saturday, June 1, 2013