Suara tangisan pada jam 3 pagi? Apa yang korang bayangkan? Hishh tak nak cakap la. Faham-faham sudahlah.
Cerita bermula apabila Ana, Zety dan Ain tengah berbincang tentang assignment Environmental Impact Assessment (EIA) yang telah diberikan oleh pensyarah kesayangan kami iaitu En. Mohd Zamri bin Jamaluddin (nama penuh aku bagi hahaaha). Tengah pening-pening macam manalah nak buat tugasan ni, TIBA-TIBA Zety mengutarakan pendapat beliau yang sebenarnya bukanlah satu pendapat tetapi merupakan kenyataan. Satu kenyataan yang Ana rasa dia pendam dalam hati dari mula kejadian sampailah dia rasa dia kena juga bagi tahu kami.
Ok ikuti perbualan kami di bawah:
Zety : Korang nak dengar cerita seram tak? (macam kilat Ana & Ain pandang ke muka Zety)
Ain : Hah! Cerita seram? Apa dia apa dia? Ceritalah (excited nak tahu)
Zety : Tak naklah cerita, nanti korang takut pula.
Ana : Alah cerita jelah. Kat mana? (excited juga..macam menarik je)
Zety : Kat rumah ni.
Seriusly masa Zety cakap kat "KAT RUMAH NI" Ana bayangkan kat dapur. Masa tu dah fikir takutnya nak pergi tandas malam-malam.
Tapi...
Zety : Aku dengar suara menangis dari bilik korang.
Damn..lagilah Ana makin takut. Tapi buat-buat cool je padahal dalam hati rasa nak pindah bilik.
Ain : Bila kau dengar? Malam tadi ko gayut ke?
Zety : Bukan malam tadi, hari ahad malam isnin, aku baru lepas gayut malam tu. Pukul 3 aku nak pergi toilet lepas tu aku terdengar orang menangis dari bilik korang. Aku buat bodoh jelah malas nak fikir sangat.
- SENYAP - Masing-masing tengok ke laptop. Perbincangan EIA disambung balik. Ana mula berfikir. Teori apa yang boleh disuai padankan dengan cerita Zety tadi. Dengan alasan nak sedapkan hati sendiri je sebenarnya. Tiba-tiba Ana teringat..
Ana : Bunyi menangis tu suara bayi ke orang dewasa?
Zety : Orang dewasa bukan suara bayi.
Ana : (Dengan tenang) Tu bunyi aku berdengkurlah...T_T
Zety : Heh??
Ain : Eh yelah. Betullah Ana berdengkur memang macam tu. Kadang-kadang aku perasan juga.
Ana : Aku penat sangatlah. Yelah dah berapa hari asyik kat lab je..pagi petang siang malam. Itu yang penat sangat sampai berdengkur.
Ana & Ain & Zety : HAHAHAHAHAHAAA gelak guling-guling.
Kesian Zety, tak pasal-pasal dia ingat dia dengar bunyi ehem ehem padahal Ana berdengkur. Nasib baiklah Zety nak cerita, kalau tak sampai bila-bila dia fikir kena kacau. Hishh buruknya Ana ni berdengkur masa tidur. Hahaha
- Ini dia Jembalang rumah kami..wahaa - |
Pstss : Kepada bakal suami Ana, jangan terkejut kalau malam pertama dengar orang menangis jam 2 3 pagi. Huahauuhu
8 comments:
bongok r ana nie...citer mcm menakutkan jer...hahaha
hahaaa..suspen kan..
mmg mntk penampor la mlm2 bdengkor cm dak nangis. haha.
wek, jemblang hitam! tkot!
hahaa jembalang hitam ni comel la..
ala kalu menangis pun orang masuk bilik nnt kata ada bayi dibuang..
(sebab ana kecek..) hahahahah
hahaa..bayi tua adalah...
da penah degar da bile minah nie penat sgt...
ana2..
hahaa..orang bertuah je dapat dengar aku berdengkur..
Post a Comment