Sunday, September 25, 2011

Tepung & Serbuk Kopi Di Celahan Bracesku




Salam semua. Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat-sihat selalu. Kalau tak sihat pergi jogging setiap petang supaya badan berpeluh dan berbau hamis sambil membakar lemak-lemak di badan. Kalau malas sangat duduk dalam bilik tanpa memasang kipas atau air-cond sambil dengar lagu korea atau buat assignment En.Mohan atau gosok baju untuk seminggu. Supaya apa? Supaya keluar peluh ler..bajet sauna la kononnye. Kena buat cara ni kat rumah, boeh jimat elektrik, tak ada lah terjojol biji mata bila tengok bil elektrik. Ok macam dah lari tajuk je ni.


Cerita pasal sihat-sihat ni kan, minggu lepas pelajar DAS (Diploma Alam Sekitar) telah mengadakan satu sukaneka untuk pelajar DAS. DAS je ye, yang lain boleh blah. Hahaa kang jadi isu plak (ah peduli apa!). DAS memang setiap semester akan buat macam-macam event, antaranya sukaneka, dinner, waste minimization day dan macam-macam lagi program. BEST kan! Dapat main dapat makan dapat kenal-kenal dengan senior dan junior, sambil tu bolehlah mengiratkan silaturrahmi antara DAS dan pensyarah juga.


Sukaneka semester kali ni DAS2 yang handle. Diorang yang buat kertas kerja, planning, setting tempat, permainan, kiranya 100% DAS2 yang pegang. DAS lain tinggal main dan kumpul hadiah je. Untuk kali ni tak banyak sangat permainan. Lelaki cuma dapat main bola je. Perempuan pula 4 permainan, bawa kacang guna chopstik, jalan ikat kaki, gula-gula dalam tepung dan pecah belon. Tak dapat nak main banyak-banyak sangat sebab program dibuat selepas waktu kuliah. Masing-masing penat balik kelas tapi tetap juga semangat nak main sukaneka. Main dapat hadiah siapa tak nak ye tak? Ok jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil hari tu.




-Panaskan badan dulu sebelum main-


-DAS6 lelaki yang boleh dikira dengan jari kaki-

-Lubang hidung menjadi pujaan-



-Muka semangat main tipu-

- Ikat kaki sampai lebam - 

- Dah ikat tak boleh nak buka pulak dah... -
- Bersiap sedia untuk lari -


- Tepung + serbuk kopi terselit kat braces! Jenuh nak tanggal -


- Tak paham kenapa muka dorang tak penuh tepung macam aku? -


- Pecah belon -

- Tunggu turn main bola -

- Zura excited gelak -


 


Ok ini je gambar yang sempat edit. Nanti kalau rajin i upload kat fb. Eh twitter la, fb macam dah bosan je, lagi-lagi dengan application baru sekarang ni. Aduhh pening kepala mak jah nak guna fb. Akhir sekali nak ucapkan terima kasih sangat kat DAS2 sebab sanggup rela hati buat sukaneka minggu lepas. Walaupun tak sehebat semester lepas tapi tetap juga best. Semester depan buat la sukaneka bersama pensyarah DAS. Mesti lagi best ni!










4 comments:

Ramona Alice said...

gembira kau jah lari2. haha.

wey, bju 'go green' tu cnteq.

nk wey.

Ana Faryana said...

haha dapat no.1 taw..

nak ke baju go green tu?

nnt raye haji i bagi..haha

FR said...

Hahaa penuh muka die comel aje kannn

Ana Faryana said...

Muka memang comel tapi rasa dia sangatlah tak comel..hahaa