Thursday, September 1, 2011

Hari-hari Hari Raya!



Assalamualaikum semua..


Masih belum lewat lagi Ana nak ucapkan...

SELAMAT HARI RAYA 
SELAMAT HARI MERDEKA

Raya kali ini agak unik sekali kerana kita rakyat MALAYSIA bukan sahaja dapat menyambut Hari Lebaran malah dapat meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Tahun. MERDEKARAYA..unik kan. Syukur ke hadrat Ilahi, kita dapat menyambut kedua-dua perayaan ini dengan suasana yang aman, tenteram, gembira, harmoni dan semuanya yang indah-indah sahaja. Keamanan yang kita kecapi hari ini haruslah dikekalkan dengan mengamalkan sikap-sikap murni sesama insan, tak kiralah apa bangsa dan agama kita.


Nak cerita pasal raya, rasanya sama je macam orang lain kan. Raya mestilah meriah kan. Masa ni la keluarga besar dapat berkumpul ramai-ramai. Part kumpul ramai-ramai memang seronok. Macam-macam cerita keluar tapi bukan cerita mengumpat ye. Masa raya ni la kita dapat tahu perkembangan sedara mara kita yang tak selalu jumpa. Ada facebook pun bukan selalu dapat say hai hai bye bye kan. Setahun sekali je dapat jumpa, sekali jumpa dah besar dah si polan ni..hensem kacak bergaya dah...tiada lagi perut buncit. Yang anak dara dah pandai make up make up, ala-ala yuna pun ada. Aku je tak beso-beso ni. Memang tak boleh besar dah!


Raya tahun ini juga jatuh pada Hari Lahir mama saya. Double Triple celebrationlah kiranya ni. Sempatlah juga Ana berkejar ke Secret Recipe kat Setia Alam nak beli kek untuk mama. Kebetulan masa itu adik beradik mama tengah kumpul kat rumah, memang meriah hari jadi mama tahun ni. Siap doa selamat lagi.








pstt: Seboleh mungkin kutip duit raya sebab tahun depan mungkin dah tak dapat duit raya.




2 comments:

Solihin Zubir said...

eh.. bleh lg tak nk wish silamat hali laye ni? syawal tak abis lagi kan..

silamat hali laye.. maaf zahir batin.. heehehe..

Ana Faryana said...

boleh saje. syawal kan sebulan..
selamat hari raya juga..
terima kasih baca blog ana..=)