Friday, January 10, 2014

Peperiksaan Tamat Disini.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hai. Hari ni sepuluh hari bulan januari tahun dua ribu empat belas peperiksaan untuk semester tiga akhirnya tamat dengan jayanya. Berjaya tamat tapi belum tentu berjaya dapat keputusan baik. Baik je mampu cakap sebab cemerlang tu macam susah je nak capai. Dan tak terkejut kalau dapat keputusan teruk. (Harap tak =.=). 


Jujur, performance untuk peperiksaan kali ni sangat teruk. Sangat teruk dibandingkan dengan dulu-dulu. Nak cakap tak study, tak juga. Malam pulun habis. Hafal satu-satu. Gigih berganda-ganda dibanding dulu. Tapi bila masuk dewan, otak terus stuck-beku-jammed. Bila fikir balik, otak ni dah tua kot, tak boleh nak hadam semua. 


Mungkin, kegigihan tu tak cukup, perlu kental lagi untuk capai kejayaan. Nak mendaki tahap tinggi usaha pun harus lebih tinggi. Tapi ketika mendaki tu kadang-kadang tergelincir juga kan. Siapa tak sakit bila dah jatuh? Sakit tahu. Kalau luka lagi pedih. Kadang-kadang tertanya-tanya sendiri, apa yang tak kena dengan diri. 


Fikir banyak kali pun tak guna. Benda dah lepas usah dikenang kembali. Itu orang-orang kata. Tapi benda kita buat silap mana boleh lupa. Ye dak? Jalan penyelesaian untuk melupakan kesedihan adalah dengan berpura-pura gembira dan enjoy bersama dengan kawan-kawan. Sebab tu kadang-kadang benci malam. Sebab siang gembira lupa semua perkara tapi bila malam sorang diri terus teringat balik jawapan-jawapan yang ntah pape tu.


 Habis dah...hoyeh!! (credit gambar: Dilla)


Kenanga Mall kali ke-3. (credit gambar: Gee)




TawakkaltuA'lallah..itu yang hanya termampu setakat ni. 
Semoga keputusan baik-baik sahaja.
Dan semoga aku tidak berputus asa.





3 comments:

nayfatimahrasyid said...

semoga lulus ngan cemerlang ..
salam kenal dah follow ... nanti follow kite balik !

reenapple said...

tahniah sebab dah habis exam

Ana Faryana said...

Terima kasih nayfatimah & reenapple..

Rajin-rajin post kat blog untuk saya baca.. :)