Monday, April 22, 2013

Surat Untuk Jodoh



Kepada awak (jodoh saya),
 

 
Saya tak tahu awak siapa. Awak hensem ke tak hensem ke? Awak pendek macam saya ke atau tinggi macam Keisuke Nakagawa ke? Awak adalah teka teki bagi saya. Setiap kali lihat pasangan couple, saya ingat awak. Setiap kali pergi majlis perkahwinan, saya ingat awak. Setiap kali lihat gamba kawan-kawan bertunang di fb, saya ingat awak. 

Mungkin awak pun tak sangka saya adalah jodoh awak kan. Maaf kalau saya tak sempurna. Maaf kalau saya bukan macam wanita idaman awak. Maaf kalau saya tak cantik macam yang awak selalu bayangkan. Tapi awak jangan risau, saya yakin saya comel. Tak payah buat gwiyomi pun dah comel. Bukan saya cakap tapi orang-orang yang cakap. (saya lagi comel dari kak ton grrrr ) 


 Awak,

Saya bukanlah wanita solehah seperti aisyah atau rabiatul adawiyah. Tapi insyaallah ayah saya dah bimbing saya untuk jadi wanita yang baik. Mungkin dengan bimbingan awak pula saya boleh jadi isteri yang baik. Insyaallah. Saya tak harap awak seorang lelaki yang sempurna serba serbi. Cukup awak boleh jadi imam saya di dunia ni pun cukup. Kita boleh belajar sama-sama. 

Saya tak harap pun awak mewahkan saya dengan permata berlian atau mini cooper. Tapi awak agak-agaklah, takkan bag sembonia pun awak tak nak belikan. At least Galaxy Note ke iphone ke. Nanti kita bole wechat atau whatsapp >.<

Saya tak pandai memasak. Saya tak sehandal masterchef izani kat dapur. Awak jangan risau, saya takkan biarkan perut awak berbunyi sekalipun. Tapi awak janganlah complain kalau tempe saya hangus atau sup saya terlebih masin ye. Saya akan gigih untuk belajar masak semua masakan melayu. Awak jangan la demand nak makanan perancis pula. Saya cuma tahu masak spageti je ni.

 
Awak, 

Saya tahu suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa. Cuma saya tak tahu bila dan kat mana kita akan berjumpa. Ntah-ntah awak kawan saya selama ni, cuma awak je jual mahal dengan saya. Kalau iye awak kawan saya, terima kasih sebab jaga saya walaupun tanpa menyentuh hati saya. 

Andai kata saya boleh memilih dimana kita akan berjumpa, saya akan pilih kita berjumpa di majlis ilmu. Sebab saya nak awak ada perspektif yang baik pada saya. Begitu juga perspektif saya terhadap awak.
 

Akhir kata untuk awak,
Terima kasih sebab bagi saya pinjam tulang rusuk awak.
 Semoga awak hensem - hensem selalu :)






>.<




 

Tuesday, April 2, 2013

Tempat Aku Berdiri




Aku mungkin malu untuk mengakui
Kerana dulu aku pernah membenci
Mujur kebencian itu tidak lama
Menyuci kembali hati nurani

Tanpa sedar perasaan itu terlahir
Dalam diam perlahan-lahan
Mungkin atas dorongan keikhlasan
Yang buat tak mungkin jadi mungkin

Jujur sekali
Aku sudah mulai sayang
Pada tempat aku berdiri sekarang



-kredit gambar buat pensyarah tercinta-