Friday, June 10, 2011

10 Perkara Sebelum Ana Berkahwin





Ramai blogger kat luar sana selalu post entri tentang perkara yang akan mereka lakukan sebelum berkahwin. Diorang suruh cuba jadinya saya pun cubalah senaraikan apa yang saya nak sebelum tamatkan zaman bujang tra tang tang. Memandangkan umur saya ini tidak semuda anak Ziana Zain, saya rasa perlu untuk memikirkan tentang itu ya. Hihii ᵔᴥᵔ
Ok jom baca apa yang saya nak sebelum kahwin. Mana tahu sama dengan plan korang ke.



Jom kahwin yok!




10 Perkara Sebelum Ana Berkahwin:



  1.            Pertama sekali kalau saya dah kerja, saya nak belanja mama dan ayah saya. Contohnya, bawa pergi makan kat tempat mewah seminggu sekali atau sebulan sekali. Lepas tu saya nak bawa pergi melancong, segala perbelanjaan ditanggung penuh oleh saya. Beli kerusi urut Osim, sebab mama dan ayah saya kerja keras dari muda lagi, jadi saya nak pastikan mereka sihat sepanjang masa.
  2. Melancong ke KOREA dan LONDON dengan Amalina Moinuddin. Sekurang - kurangnya dapat pergi Korea pun dah cukup bagus. Kalau tak dapat sangat pergi London, pergi London Weight Management pun ok juga. Haha. Tapi rasa tak perlu sebab badan tak ada lemak pun. 
  3. Pergi haji atau umrah satu keluarga. Mama, ayah, adik dan saya. Teringin sangat nak sembahyang kat Masjidilharam.
  4. Memiliki sebuah Mini Cooper, kereta idaman sejak umur 16 tahun. Kereta ni comel sangat macam saya =_= hehee. Tak nak kereta besar-besar sebab nanti parking tak lepas. Parking adalah sebab utama saya ulang test JPJ dua kali. T_T    
  5. Dapat Degree dalam Environmental Engineering atau yang lain tapi tetap dalam bidang alam sekitar. Kalau ada masa nak sambung sampai Master. Phd boleh buat lepas kahwin. Itupun kalau rajin la. 
  6. Pandai masak dalam semua masakan melayu terutamanya masak asam pedas. Ramai lelaki jatuh cinta kalau makan asam pedas yang superb. Sekarang saya tengah belajar masak sebab saya janji nak belajar masak kalau jumpa lelaki yang saya betul-betul suka. @_@ huhuu.
  7. Belajar menjahit. Dari sekolah rendah lagi saya minat menjahit tapi tidak berkesempatan nak belajar. Teringin juga nak jahit baju kurung sendiri. Raya nanti tak ada la susah-susah nak tempah kat tailor, jimat duit.     
  8. Naikkan berat badan. Ha yang ni lain sikit. Biasa orang nak kurus la, nak badan fit la, nak kempis perut la apa la, tapi saya nak naikkan berat badan. Agak-agak berat badan saya berapa? Cuba teka. Kalau betul saya belanja makan. 
  9. Mempunyai simpanan yang banyak. Sekurang-kurangnya duit kat bank ada RM20k. Isk cukup ke? Nak operate scoliosis pon tak cukup ni. Hurmm ok la kan dari tak ada langsung. 
  10. Akhir sekali sebelum saya berkahwin adalah kesihatan yang baik. Saya akan pastikan kesihatan saya betul-betul memuaskan sebelum  ambil keputusan untuk kahwin dengan lelaki yang saya cintai. 






Fuhh. Susah juga nak list 10 Perkara Sebelum Berkahwin ni. Agak – agak kalau nak penuhkan segala angan –angan di atas ni, umur berapa saya akan kahwin? Oh janganlah lebih 30, saya tak mahu jadi anak dara tua woo  ~o~. 



Walau macam mana sekalipun saya merancang, kalau sudah sampai jodoh, tak payah nak tunggu semua list ni terlaksana, saya kahwin je. Perkahwinan dalam islam adalah mudah. Cukup syarat bolehlah kahwin. Cuma masyarakat saja yang merumitkan keadaan, mahu itu mahu ini. Semua itu kehendak dan sebagai manusia biasa saya pun tak terlepas dari keinginan yang sama.  Tapi yang nombor 1 tu penting sebab saya rasa mama dan ayah saya tak akan lepaskan saya selagi mereka tak rasa duit titik peluh saya bekerja.



Cubalah buat list perkara sebelum berkahwin ni. Sekurang-kurangnya kita nampak apa matlamat yang kita nak capai dalam hidup ini. Dari situ kita akan berusaha untuk pecahkan kaca angan – angan ni satu persatu. 






p/s: Ada orang tu tak sabar nak tengok saya drive mini cooper. Wuhuuu. 

Mini Cooper pasti ku miliki!

 

3 comments:

Zulhazri said...

amin..ak doakan ko berjaya capai smua ni

Ramona Alice said...

cita2 tinggi. haha. nak buat gak senarai ni leh? haha.

Ana Faryana said...

zulhazri: terima kasih jE..aku doa kau dapat bini cun..hahaa

ibunda mei: anakanda rasa macam tahu je apa yang akan ibunda listkan nanti