Friday, May 30, 2014

"Sejarah Pastikan Berulang...."




Pentas lakonan dimainkan kembali. Semua layak raih anugerah pelakon antagonis terbaik. Mana tidaknya, lakonan mereka terkesan dihati hingga membuatkan aku mengingat kembali memori dulu. Rasa marah yang ditanam dan dibaja dengan rasa benci setahun dulu marak menyala lagi. Jantung berdengup laju seperti lari maraton 100 meter dan aku tahan badan ini dari terus menggigil. Aku cuba pekakkan telinga tapi jeritan demi jeritan tak mampu buat aku bermimpi indah malam ini. Trauma ni kalau tak terkawal boleh jadi sakit jiwa tahu.

Tradisi! "Sejarah pastikan berulang..." yeahhh kena betul dengan lagu kan. Lullaby paling ngeri pernah aku dengar. Rasa hormat yang senipis bawal kangaroo tu mungkin boleh bertukar jadi rasa benci bertubi-tubi. Dendam yang dipupuk dari rasa marah, benci dan meluat boleh ter'AKUMULASI' dari satu generasi ke satu generasi.  Aku tak ingat tarikh tepat bila upacara tu berlaku tapi yang pasti MALAM itu adalah malam paling s***. Dimarah, ditengking dan diherdik seperti manusia tidak punya nilai, senang je maruah diinjak-injak kan. Macam manusia tidak punya akal. Sudah puas mengherdik, mudah pula kata-kata maaf dilafaz dari mulut-mulut puaka. Bila dah terpalit rasa benci kau ingat senang nak neutralkan?

Aku harap ini mimpi tapi ini adalah realiti!


 



-29/05/14-

Tuesday, May 20, 2014

Wildlife Seminar 2014


Assalamualaikum and hello everyone.



Today my class was organized a WILDLIFE SEMINAR in our faculty, Faculty of Environmental Studies, UPM. Alhamdulillah everything went well and going smoothly due to our planning. We kindly open for all FPAS member to join our seminar. We also get supported from PERHILITAN and Malaysian Nature Society (MNS). Thank you very much for sponsored and supported. 




Actually the purpose for this seminar is to fulfill the course of Environmental Seminar EMG 4991 that need us to organize a seminar. So, we think that WILDLIFE would be such an interesting topic to talk about. As we know that, an endangered species like elephant, tapir, orang utan, rhinos, become critically endangered. And there are some species that we even don't know their existence like Proboscis monkey that have long nose, Pygmy elephant the smallest elephant in the world that only have in Borneo and Malayan Sun Bear also known as honey bear. 


So, our aim for this WILDLIFE SEMINAR are to share knowledge for some endangered species, to raise an awareness towards endangered species, to highlight the factors of extinction and to persuade for conservation and action. We also wants to show others on how to present in front of audience. Not only in class but in many people and formally. 


10 animals has been presented today. We're so glad that students, lecturers and staffs has come and join our seminar. We hope that all participant has gain their knowledge in endangered animals and enjoy our seminar. 


Special thanks to Madam Rosta for supervising and guiding us, a great teacher and best motivator. Thanks for the committee who has committed in this seminar and makes this seminar successful. Deeply appreciation to all of groups for cooperation and effort in completing the task given especially my groups member. Thank you very much!


 KEEP CALM AND LOVE WILDLIFE!
Photo and candid will be post later ^.^





Tuesday, May 13, 2014

Keunikan Kawan Sekelas Yang Tiada Tandingannya



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.





Hai semua. Baca tak tajuk kat atas tu? Tajuk je dah buat rasa 'ek eleh dia ni, perangai kawan pun kecoh nak cerita'. Eh suka hati la kan. Aku klasifikasikan perangai atau sifat mereka sebagai keunikan. Kang tulis 'Perangai Ntah Apa-apa Kawan Sekelas Yang Tiada Tandingannya' nanti orang fikir aku memburukkan kawan tu kan. Tapi sifat manusia ni memang unik kan. Masing-masing ada sifat tersendiri. 

Kalau tengok gambar kat bawah ni mesti korang rasa nak match dengan kawan-kawan korang. Lihat gambar 1 dibawah. (eceh macam tulis journal Dr.Amir pula >.<)









The singer - NANA 
Nana memang hobi dia karaoke. Fanatic dengan Hyorin. Bukan setakat lagu, step dancing pun dia boleh buat. Kat tengah tasik pun sempat buat tarian hyorin. 


The-eat-a-lot - AYIE & GEE
Budak berdua ni kaki makan. Bag gee memang sentiasa ada makanan. Kalau makan tak habis Ayie & gee boleh tolong habiskan.


Exercise freak - PIJA
Hahaha maaf mak jah. Aku bagi dia exercise freak sebab lompat bintang dia hermm hermm. Tak nak bagi tahu kahkah.


The workaholic - PATMA & LALA
Patma memang orang yang sangat sibuk. Walaupun sibuk dengan PALAPES tapi dia tak kisah untuk join event lain. Masuk bilik dia tak pernah tengok ada atas katil. Lala ni pula kalau bab kerja ajak makan pun tak nak. 


Stressed one - GEE
Semalam gee stressed sebab member group dia biarkan dia terkontang kanting buat kerja seminar. Haha kesian. Kalau aku pun stressed wei. 


Miss-I-Can-Do-It - SHALIL
Nyonya ni apa benda dia tak boleh buat. Volunteer event semua dia pergi. Berbasikal ke tanam pokok ke, lari sedunia pun she's willing to do.


Must get A's - SHI HUI
Kalau tadi nyonya yang ni aku penggil amoi. Amoi ni kerja mesti cepat siap. Tak boleh tangguh-tangguh. Siap kerja cepat boleh cepat dating dengan Kep leung. 


The innocent one - LINA
Lina ni jenis orang buat apa kat dia pun dia diam je. Tapi kadang-kadang berani juga kacau pija. Lina jarang marah tapi kalau dia marah pun dia akan membebel tanpa henti. 


The slowpoke - GAB
Gab ni macam tak ada perasaan. Orang buat lawak pun dia buat muka selamber. Kalau betul-betul lawak pun dia akan senyum je. Aku pun tak faham dia ni kenapa.


The so-in-love - PIQAH
Piqah crush dia bukan calang-calang orangnya tau. Tak dapat orang, dapat tunggu depan kereta pun jadi. Peminat nombor satu Dean fakulti kami.


Masked superman - TAJUL
Tajul ni sebenarnya lawak tapi sebab dia tak banyak cakap dalam kelas so susah la nak dengar dia lawak. Tapi kalau present memang terserlah kelawakan. Paling kelakar masa cerita 'when i was childhood i watching ultraman'.


The productive one - MIRA
Dia ni memang queen of sleep. Makan pun sempat tidur. Tidur bukan cover lagi dah. depan lecture pun sempat tidur. Memang tak ada siapa dapat challenge dia ni.




Devil child - AKU
Aku memang devil. Mulut pun devil. Nak mengharam jadahkan orang lagilah aku devil. Tapi ada had juga. Siapa baik aku baiklah dengan dia. 


Chipsmore - IKI, DILA
Dia ni kejap ada kejap tak ada. Macam chipsmore. Dalam kelas dia memang tak aktif tapi kat luar kemain pergi IM4U. Dila pun chipsmore juga. Tapi dia chipsmore time ada aktiviti 
kesenian je. 


Sweet child - IZAH J
Izah ni memang mulut manis, suka puji orang. Dia puji bukan nak membodek ke apa tapi memang dia jenis fikir positif. Dia puji En.Jo comel sampai tersipu-sipu orang tu. hahaha

  


Cukuplah sampai sini je. Nak cerita semua panjang berjela pula entri ni nanti. 
Okay babai.





Sunday, May 11, 2014

Nuisance


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Heiii panas hati betul malam ni. Walaupun malam ni dah bantai starbuck 2 cup tapi tetap tak dapat meredakan ke'bengang'an dalam hati. Cukup tak suka kalau masa-masa rehat, masa tidur atau seumpamanya di ganggu dengan perangai tabiat yang menjengkelkan. Privacy bukan saja tak kacau, pegang, alih, godek barang-barang, tapi kau patut tahu bila kau patut bising dan bila kau patut senyap. A.d.a.p. Tak kesahlah orang tu tidur ke berjaga ke. 

Setiap manusia sepatutnya tahu apa adab, sopan santun dan tatasusila. Bukan kat luar je sopan tapi dalam bilik perangai tabiat ntah apa-apa. Menjengkelkan tau. Jenis aku kalau dah masuk bilik sendiri memang automatik akan senyap. Penat kot menjoyah kat luar. Itu masa untuk rehatkan badan, rehatkan minda dengan hal-hal luar. Bagi aku bilik adalah kawasan privacy bagi individu. Kau dah masuk kawasan dia kau kenalah ikut undang-undang yang termaktub bagi individu tu. Jaga adab. 

Kalau kongsi bilik kena pandai bertolak ansur. Jangan sampai tingkah laku kita mengganggu ketenteraman dia. Kita tak tahu orang tu penat ke, cukup rehat ke. Kadang-kadang memang dia nampak biasa, nampak tak kisah tapi dalam hati ntah apa dia menyumpah. Kadang-kadang orang tak kisah atau malas nak tegur sebab nak jaga hati. Tak nak marah-marah. Tapi kalau sebelah pihak je beralah sakit hati la juga kan. Kita jaga hati dia, dia tak jaga hati kita pun.


Perangai bukan-bukan ni kadang-kadang unacceptable. Betul cakap Dr. Bakri, kat Malaysia kalau melibatkan tort (nuisance, trespass, negligence, strict liability) orang macam tak kesah untuk take action. Memang dah sifat orang Malaysia yang lembut, baik hati, bertolak ansur. In the end, makan hati sendiri.