Thursday, January 17, 2013

Menambah Lemak Di Bukit Ekspo






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Hai korang!!
Semester 1 aku kat UPM dah berakhir...yehuuu!!!
Tapi tak tahu la berjaya ke tak kan...kalau result bagus melambung berjaya la tu..
Kalau tak..hermmmm..
Tak apa cuba lagi next sem...aku ade lagi 7 semester.. (nak sedapkan hati T_T)




Last day exam hari jumaat 11 januari 2013. Aku dengan kama pon konon-konon la plan nak buat bbq class. Nak having some fun..konon-konon release tension lepas exam kan. Post kat fb dan feedback memberangsangkan walaupun cuma 18 orang je yang nak join. Kire ok la tu kan. Cukup sangat untuk tangan-tangan ni kipas ayam nanti. Yang lain nak balik kampung la nak pergi church la nak dating la ape la. Aku sempat ugut nak pancitkan bas dorang yang tak nak join tu. (sebab tu la dapat 18 orang kan..kalau tak aku 2 orang je dengan kama)




Habis je paper fizik terus je pergi GIANT kat MINES. Tapi sebelum tu Dila ngengade suruh aku hantar pergi Hospital Serdang dulu nak tukar appointment date. Beli barang-barang dengan bajet konon tak nak lebih rm80. Tapi mana dapat dengan ayam 4 ekor lagi. Memang la lebih-lebih sampai rm120. Nasib baik kama ada duit. Kalau tak keluar dengan ayam seekor je kot. Lepas tu pergi kedai jimat 5 sen kat serdang beli besen dengan penyepit. Cari arang bagai. Masa tu da dekat pukul 2. Pehh dah macam running man kejar sane kejar sini. 






Balik je kolej terus basuh ayam. Mandikan bersih-bersih, barulah boleh panggang dengan enak petangnye nanti. Hehe..tapi..Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Aiseh spoilt lerr..mula-mula gerimis je..lepas tu lebat gila turun. 
Masing-masing text aku 

" jadi tak petang ni" 
"Jadi tak bbq?"
"kita nak bbq kat mane ni? hujan la"

ok..aku stress =_=

Aku tahu kat luar hujan. Jadinya nak buat macam mana kan. Barang-barang dah beli. Ayam pon dah cantik molek kitorang lumur dengan sos marinate, tinggal golek-golek je. Jadinya ye jadilah. Aku pon text mereka-mereka dengan ayat penenang. 

"Petang ni jadi..korang tunggu je aku panggil ye ^_^"



Aku suruh la si Ayie and the guys cop tempat kat bukit Ekspo tu sekalian bakar arang. Tapi hampeh dorang takde lighter atau mancis untuk hidupkan api. Tak le harap. Susah juga tak ada lelaki yang merokok ye. Masa-masa macam ni la baru sedar dorang sangat berguna. Dah pukul 3 aku suruh je diorang turun bukit ekspo. Tolong apa-apa yang patot sementara aku cari besi pemanggang dengan ais. 



Sampai-sampai diorang tengah bakar arang. Tak lama lepas tu, ayam-ayam pon bergolek sakan. Orang cakap kalau marinate lama lagi sedap kan. Kitorang marinate tak sampai 2 jam pon sedap je. Nak tahu kenapa? Sebab kitorang guna sos marinate la..tak tahu ape jename..  Dengan bajet seorang rm8 kitorang dapat makan ayam berketuk-ketul, fries, coleslaw, salad, tembikai, sosej.... Simple je bbq kitorang hari tu tapi yang penting...KENYANGG!! dan kitorang sangat gembira main calit arang kat birthday girl bulan januari.





 


yum yummm!!



  Bacelor Pengurusan Alam Sekitar 2012/2013
Tempat: Bukit Ekspo, UPM.
Masa: 3:00 pm - 7:00 pm


Nak cakap sikit tentang tempat kitorag buat bbq ni. Bukit ekspo sangat la sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain tempat untuk berjogging membakar lemak ia juga sesuai untuk melakukan aktiviti menternak lemak dan menambah lemak macam kami ni. Lengkap sangat kalau nak buat BBQ. Tak payah risau mana nak dapat air, paip air disediakan, pusing pili tu keluarlah air. Tak payah risau mana nak letak arang, tempat bakar dah disediakan. Memang dialu-alukan untuk aktiviti panggang memanggang disitu. Tempat bersih. Tong sampah pon ada. Jadi lepas guna tempat tu pandai-pandailah bersihkan macam mula-mula datang yeeer...


Terima kasih kat kawan-kawan yang buat BBQ dapat direalisasikan dengan jayanya~~~
Next sem kita buat lagi ye kawan-kawan~~~
Kita add on kerang sotong udang mentarang...omnomnomnomm~~~






p/s: Korang nak tahu tak. Habis je bbq tu aku sempat berfikir bahawa sesuatu perancangan itu tak semestinya sempurna. Kita boleh merancang sebesar atau sehebat mana pun, malahan sesempurna yang mungkin. Tapi yang buat sesuatu perancangan itu jadi sempurna adalah kerana adanya usaha dan kerjasama. Yang penting kan kita semua rasa gembira dan bahagia. Sebab selalunya sesuatu majlis tu akan diingat sebab best gile ataupun tak best langsung. Betul tak?






 -tamat-




2 comments:

Anonymous said...

Kena minta kebenaran dl tak kalau nak buat bbq utk org awam?

Ana Faryana said...

Sebenarnya even students pun kena bayar juga. Boleh rujuk kat Bahagian Taman Pertanian Universiti (TPU).