Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Permulaan tahun bagi 2012 merupakan permulaan yang sangat tekanan buat diri aku. Aku baru saja selesai Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar. Dan sekarang tiba masanya untuk bekerja sebelum melanjutkan ijazah bulan 9 nanti.. insyaallah jika diizinkan. Setelah berhari-hari malah berminggu-minggu mencari pekerjaan tapi masih juga belum berhasil. Padahal orang-orang disekeliling sudah banyak yang bertanya.
'kerja kat mana?'
'nak kerja apa?'.
Apa yang boleh aku jawab?
Hanya senyum menggeleng dan mengatakan 'belum kerja lagi..masih mencari'
Seharusnya aku bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan-jawapan ini selepas aku menamatkan kertas peperiksaan muet.Tapi kerana ada tugasan yang perlu dilaksanakan, aku lupa untuk mempersiapkan diri dan juga mental. Kerana aku fikir mencari kerja itu mudah, tak terbayang keadaannya seperti ini.
Mula-mulanya aku biasa sahaja, santai-santai dirumah tanpa berbuat apa-apa. Cari kerja tu tetap terus mencari tapi tanpa tekanan la. Tapi kalau sudah sampai sebulan goyang kaki dirumah, apa tidak cacing kepanasan? Ya runsinglah. Lulusan diploma kok duduk dirumah saja, tak dapat kerja! Memang seharusnya la kan tamat belajar kemudian kerja. Belajar pun kerana mahu kerja bagus dan gaji bagus. Siapa tak mahu kerja bagus dan gaji bagus? Disamping itu dapatlah berbakti pada ibu ayah. Tak banyak pun sedikit pun jadilah. Banyak atau sikit yang kita bagi kepada orang tua kita, mereka tetap tersenyum menerima. Menyenangkan orang kan baik, dapat pahala lagi. Lebih-lebih lagi menyenangkan ibu bapa kita yang banyak berbakti membesarkan kita. Manusia kan sifatnya mahu itu mahu ini. Kalau gaji bagus kan boleh boleh beli itu boleh beli ini.
Tapi kalau belum dapat kerja nak buat macam mana lagi kan. Positif sajalah! Belum rezeki aku lagi. Jobstreet sudah. Sana sini pun sudah dihantar resumenya. Walk in interview pun sudah. Tunggu sajalah. Kalau namanya rezeki itu kan ada di mana-mana. Bukan majikan itu yang tentukan rezeki aku. Rezeki tidak datang bergolek. Harus sabar dan tawakal. Yang penting tak patah semangat dan lelah dalam meneruskan pencarian. Harus usaha dong! Kalau boleh lebih keras lagi. Tak semua urusan kita lancar mengikut kehendak kita. Manusia mampu merancang dan berusaha tapi yang tentukan di atas sana, tuhan yang satu.
Walaupun keadaan ini menghimpit aku tapi aku tak mahu terus menerus berfikir yang bukan-bukan. Bukan-bukan yang macam nama tu ya? Aku sempat mengadu pada mama dan sahabat dengan berfikiran seperti ini..'aku ni keputusannya taklah teruk..boleh dikatakan memuaskan hati tapi masih juga tak menjamin dalam mendapatkan pekerjaan..padahal orang lain yang nilainya jauh lebih rendah senang pula dapat kerja'. Lihat kan. Ada nada riak dan tidak bersyukur. Menbanding-banding orang lain dengan diri sendiri justeru perlu dalam meningkatkan prestasi dan nilai hidup tapi jangan sampai kita jadi orang yang tak bersyukur. Jangan sampai berfikir dunia ni tidak adil.
Seharusnya aku bersyukur kerana diberi kemudahan saat belajar dulu.
Syukur kerana aku masih ada simpanan kewangan saat belajar dulu.
Syukur kerana ada ibu bapa yang masih mampu memenuhi kehendak aku.
Syukur kerana aku tidak dibebani hutang dan ptptn.
Positif sajalah! Positif kerana bagi aku bila berfikir positif hati ini rasanya tenang saja, fikiran pun tidak stress. Bersikap positif bukan bermakna menutup kemalasan diri ya. Itu dah salah. Tak dapat kerja dan tak berusaha. Bila ditanya belum ada rezeki lagi. Alasan yang tak boleh dimaafkan tahu!Dengan positif juga menghindar hasutan dan bisikan-bisikan syaitan yang membawa kepada kebinasaan iman aku sendiri. Mengingatkan aku untuk lebih bersyukur dengan kesenangan yang telah aku perolehi selama ini. Mana tahu rasa syukur aku ini membawa kepada kemurahan rezeki aku dimasa depan nanti. Aminn.. Siapa tahu kan?
Bagi aku bersikap positif harus dalam semua keadaan. tidak kira semasa menjalankan sesuatu kerja, amanah atau hubungan sesama rakan dan keluarga harus positif. Positif dapat membina keyakinan diri dan menaikkan semangat untuk berusaha. Dalam hubungan sesama manusia, fikiran positif menghindar diri dari berprasangka buruk pada orang lain. dengan itu hubungan lebih terjaga.
Bersikap positiflah supaya apa yang mengganggumu saat ini dapat kau lewati dengan rasionalnya
Bersikap positiflah dalam apa jua keadaan agar kerja yang kau usahakan dapat dilaksanakan dengan jayanya
2 comments:
Bila kita positif, semua benda yg dtg pada kita adalah bnd positif jgk :)
yeeee.. betol tu raihana..
nama macam drama gemersik kalbu la..raihana :)
Post a Comment