Wednesday, January 25, 2012

Ana's Little Shop




Assalamualaikum dan Sejahtera Semua..





Yeah itulah nama untuk perniagaan kecil Ana. Tengok nama pun dah tahu kecik ke besor kan. Huhuu.. tak tahulah kenapa tiba-tiba mengada pulak nak buka 0n9 shop ni.. tak apelah kan mane tahu ada rezeki ke..aminn ya rabb.


Ni le dierr bisness kecil-kecilan kuu.. Sila LIKE kat FACEBOOK ye.. :P






Ana memang minat crafting sejak zaman muda mudi kanak-kanak lagi. (tak nak guna perkataan 'kecil' sebab nanti orang kata sekarang pun kecik lagi ape). Haha ok.. tak kiralah paper craft ke..apa-apalah yang bersangkut paut dengan kraftangan memang minat. Ana suka kreativiti walaupun diri tak kreatif mana pun. Macam semester lepas, maksudnya masa Ana kat Politeknik Sabak Bernam dulu, Ana jual brooch dari material satin. Laku jugaklah! Dapatlah dalam RM100! Lepas la bayar rumah sewe kan..


Niat di hati tak nak la jual felt semata kan. Dalam perancangan nak jual barang-barang lain juga. Mungkin barang atau bahan yang sinonim dengan wanita macam tudung ke, brooch ke kan. Tapi da ramai pula jual tudung/shawl ni kan. Hermm..tak apalah Ana cari barang yang orang jarang jual dan susah nak cari kat kedai kan! Nak tahu apa lagi yang Ana akan jual di kedai kecil ana ni kenalah follow blog ni dan LIKE fan fage Ana’S Little Shop kat facebook.



Bubye :)

Sunday, January 22, 2012

Positif Aja Dehh...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...



Permulaan tahun bagi 2012 merupakan permulaan yang sangat tekanan buat diri aku. Aku baru saja selesai Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar. Dan sekarang tiba masanya untuk bekerja sebelum melanjutkan ijazah bulan 9 nanti.. insyaallah jika diizinkan. Setelah berhari-hari malah berminggu-minggu mencari pekerjaan tapi masih juga belum berhasil. Padahal orang-orang disekeliling sudah banyak yang bertanya.


                     'kerja kat mana?'
                     'nak kerja apa?'.

Apa yang boleh aku jawab?
Hanya senyum menggeleng dan mengatakan 'belum kerja lagi..masih mencari'
Seharusnya aku bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan-jawapan ini selepas aku menamatkan kertas peperiksaan muet.Tapi kerana ada tugasan yang perlu dilaksanakan, aku lupa untuk mempersiapkan diri dan juga mental. Kerana aku fikir mencari kerja itu mudah, tak terbayang keadaannya seperti ini.


Mula-mulanya aku biasa sahaja, santai-santai dirumah tanpa berbuat apa-apa. Cari kerja tu tetap terus mencari tapi tanpa tekanan la. Tapi kalau sudah sampai sebulan goyang kaki dirumah, apa tidak cacing kepanasan? Ya runsinglah. Lulusan diploma kok duduk dirumah saja, tak dapat kerja! Memang seharusnya la kan tamat belajar kemudian kerja. Belajar pun kerana mahu kerja bagus dan gaji bagus. Siapa tak mahu kerja bagus dan gaji bagus? Disamping itu dapatlah berbakti pada ibu ayah. Tak banyak pun sedikit pun jadilah. Banyak atau sikit yang kita bagi kepada orang tua kita, mereka tetap tersenyum menerima. Menyenangkan orang kan baik, dapat pahala lagi. Lebih-lebih lagi menyenangkan ibu bapa kita yang banyak berbakti membesarkan kita. Manusia kan sifatnya mahu itu mahu ini. Kalau gaji bagus kan boleh boleh beli itu boleh beli ini.

 

Tapi kalau belum dapat kerja nak buat macam mana lagi kan. Positif sajalah! Belum rezeki aku lagi. Jobstreet sudah. Sana sini pun sudah dihantar resumenya. Walk in interview pun sudah. Tunggu sajalah. Kalau namanya rezeki itu kan ada di mana-mana. Bukan majikan itu yang tentukan rezeki aku. Rezeki tidak datang bergolek. Harus sabar dan tawakal. Yang penting tak patah semangat dan lelah dalam meneruskan pencarian. Harus usaha dong! Kalau boleh lebih keras lagi. Tak semua urusan kita lancar mengikut kehendak kita. Manusia mampu merancang dan berusaha tapi yang tentukan di atas sana, tuhan yang satu. 


Walaupun keadaan ini menghimpit aku tapi aku tak mahu terus menerus berfikir yang bukan-bukan. Bukan-bukan yang macam nama tu ya? Aku sempat mengadu pada mama dan sahabat dengan berfikiran seperti ini..'aku ni keputusannya taklah teruk..boleh dikatakan memuaskan hati tapi masih juga tak menjamin dalam mendapatkan pekerjaan..padahal orang lain yang nilainya jauh lebih rendah senang pula dapat kerja'. Lihat kan. Ada nada riak dan tidak bersyukur. Menbanding-banding orang lain dengan diri sendiri justeru perlu dalam meningkatkan prestasi dan nilai hidup tapi jangan sampai kita jadi orang yang tak bersyukur. Jangan sampai berfikir dunia ni tidak adil. 

Seharusnya aku bersyukur kerana diberi kemudahan saat belajar dulu.  
Syukur kerana aku masih ada simpanan kewangan saat belajar dulu. 
Syukur kerana ada ibu bapa yang masih mampu memenuhi kehendak aku. 
Syukur kerana aku tidak dibebani hutang dan ptptn.


Positif sajalah! Positif kerana bagi aku bila berfikir positif hati ini rasanya tenang saja, fikiran pun tidak stress. Bersikap positif bukan bermakna menutup kemalasan diri ya. Itu dah salah. Tak dapat kerja dan tak berusaha. Bila ditanya belum ada rezeki lagi. Alasan yang tak boleh dimaafkan tahu!Dengan positif juga menghindar hasutan dan bisikan-bisikan syaitan yang membawa kepada kebinasaan iman aku sendiri. Mengingatkan aku untuk lebih bersyukur dengan kesenangan yang telah aku perolehi selama ini. Mana tahu rasa syukur aku ini membawa kepada kemurahan rezeki aku dimasa depan nanti. Aminn.. Siapa tahu kan?


Bagi aku bersikap positif harus dalam semua keadaan. tidak kira semasa menjalankan sesuatu kerja, amanah atau hubungan sesama rakan dan keluarga harus positif. Positif dapat membina keyakinan diri dan menaikkan semangat untuk berusaha. Dalam hubungan sesama manusia, fikiran positif menghindar diri dari berprasangka buruk pada orang lain. dengan itu hubungan lebih terjaga.




Bersikap positiflah supaya apa yang mengganggumu saat ini dapat kau lewati dengan rasionalnya


Bersikap positiflah dalam apa jua keadaan agar kerja yang kau usahakan dapat dilaksanakan dengan jayanya



Friday, January 6, 2012

Goyang Kaki Sambil Bermain Boneka Kertas


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Hai penganggur terhormat semua. Opss aku je kot. Aku rasa macam baru lepas SPM, duduk rumah tunggu keputusan padahal orang lain sibuk cari duit poket untuk sambung belajar nanti. Bila aku bangun tidur, aku sedar yang aku ni lepasan diploma. Ok memang patut mama kau bising suruh cari kerja! Alahai apalah nasib, orang lain dah bekerjaya aku masih lagi bisa goyang-goyang kaki sambil main paper doll. Main paper doll macam umur aku 5 6 tahun dulu…ohh indahnya zaman muda mudi!






Sebenarnya aku tak terfikir pon nak main paper doll ni. Semalam aku cari pad sebab stock kat rumah dah habis. Mula-mula belek yang murah murah je. Haruslah kan, aku kan penganggur, mana ada duit sangat. Walaupun aku ceti masa belajar dulu, tapi lama-lama susut juga duit kat bank. Tambah tambah lagi aku baru renew braces, lagi kopaklah duit aku. Tengah pilih-pilih pad yang comfortable dan affordable tiba-tiba aku nampak twin pack libresse. Siap dapat tin case lagi. Jadinya aku pun macam dah tengaruh sikit. Sikit jelah sebab aku tak biasa pakai Libresse. Lepas tu tengok harga pun boleh tahan, baru RM 9.90. Affordable! Belek lagi takut ada yang lagi murah dan tak nak menyesal dikemudian hari. Tetiba aku perasan kat Libresse tu ada tulis “free stylish paper cut dolls inside”. Aku pun apa lagi, tanpa berpatah arah terus ke kaunter pembayaran.



Nampak tak betapa terpengaruhnya aku ni. 



Comfort!



Dulu masa zaman muda mudi sekolah rendah dulu, aku main paper dolls je. Nak minta Barbi Mariposa ke barborosa ke memang tak dapatlah. Beli paper dolls ni pon sorok sorok main bawah meja. Takut kena buang dengan mama aku. Aku ingat lagi, kat sekolah ada juga budak laki yang join kitorang main paper dolls ni. Hermm mana agaknya dia sekarang ye? Paper dolls ni yang buat kita excited bila tengok fesyen fesyen baju dia. Pehh pernahlah juga angan angan nak wedding gown yang super awesome macam paper dolls ni.



Aku search search kat google cari gamba paper dolls. Ramai juga yang collect paper dolls ni rupanya. Memang vintagelah paper dolls ni. 



Oomoo omo comelnyerr mini dress dierr



Sexy! Yang ni Sailormoon Collection. Tengok! Macam-macam ada



Yang ni jadi mak Sailormoon hahaa. OK! Jadi Cikgu yang garang pon boleh.









Kalau korang rasa rindu nak main paper dolls, apa kata korang google google pastu copy and print. Lepas tu bolehlah main paper dolls dengan adik. Kalau tak ada adik, main sorang-sorang pon boleh. @_@ 




Sunday, January 1, 2012

Timeline 2011



Assalamualaikum..



Hello guys..
Here some of picture in 2011..
























Bye bye 2011 :)



2011 In Memory...




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


2011 dalam kenangan...


Macam mana tahun 2011 anda? 
Adakah dipenuhi dengan kegembiraan dan kejayaan? 
Atau hanya kedukaan dan kegagalan yang menyoroti hari-hari 2011 anda? 
Macam mana pula dengan cinta? Masih single lagi?
Bagaimana pula dengan kerjaya? Masih mencari-cari peluang?


Tanya diri sendiri bagaimana hidup anda sepanjang 2011 dan mulakan 2012 dengan semangat yang baru.


******* 





Sepanjang 2011, masa dan hari banyak dengan kawan-kawan berbanding dengan keluarga. Banyak yang aku belajar tentang persahabatan. Kadang-kadang kami gembira bergelak ketawa. Kadang-kadang kami bergaduh dan berprasangka buruk sesama sendiri. Kadang-kadang juga kami menangis bersama. Tapi semua ni tak mematikan kami untuk terus bekerjasama antara satu sama lain.


Semester 5, sem yang paling mencabar dan mendukacitakan. Semua program yang dirancang hangus terbakar ditengah jalan. Satu pun tak berjaya dilaksanakan. Program yang sepatutnya setiap sem buat, kami tak dapat jayakan. Lawatan sambil belajar yang direncanakan gagal juga buat pertama kalinya. Tapi syukur, keputusan akademik tidak pernah mengecewakan.


Semester 6 dilalui dengan pelbagai cemuhan dan tohmahan. Memilukan. Dianggap memandai-mandai dan besar kepala. Hakikatnya, kami amat berkecil hati. Diperlaku bagai boneka yang boleh disuruh itu ini. Tapi kami tetap diam membisu dan menurut segala kehendak. Kami anggap ia amanah yang membuktikan kami boleh dipercayai. Buktinya, acara itu sudah ditonton oleh semua rakyat malaysia di Buletin Utama TV3.
Sekali lagi, keputusan akademik tidak mengecewakan. 



Tak semua kenangan itu memilukan. Yang indah itu selalunya hadir selepas kedukaan. Yang indah itu juga selalunya perkara-perkara biasa yang kita lalui bersama. Apa yang pasti, hari-hari di tahun 2011 meninggalkan memori yang tak akan berulang kembali...


# Politeknik Sultan Idris Shah = tempat aku belajar bersama kawan-kawan 
# Diploma in Environmental Engineering = status sebagai seorang pelajar alam sekitar
# Rumah sewa Dayat = rumah sewa teragung pernah aku duduk dengan kawan-kawan
# Pekan Kecil Parit Baru = tempat membeli kelengkapan memasak dan burger abang mon
# Kedai Simpang 4 = kedai wak jeb yang aku selalu beli jajan dan aiskrim mat kool
# Surau Simpang 4 =pergi terawih berjalan kaki sampai orang terkejut
# Pantai BNO = lepak dengan kawan-kawan sambil makan mee udang dan udang dan udang
# Kedai Astro depan tangki BNO = lepak tengok bola, tengok gorilla, tengok maharaja lawak, jumpa Mr.nice guy, makan dengan En.Zamri
# Berbasikal = bajet alam sekitar dengan mengayuh ke kelas setiap hari
# Lembu-lembu =  teman yang mewarnai sepanjang perjalanan ke psis









 



Aku akan rindu semua ini..
Selamat Tahun Baru 2012 Kawan-kawan..