Wednesday, December 12, 2012

Emosi Si Garuda







Kau berfikir tanpa akal yang waras
Laju saja jejari hodoh kau menaip cacian
Emosi kau tinggi membuak
Sedaya upaya kau dangkal kenyataan itu
Walhal itu realiti yang kau hadapi
Kau lempar kenyataan itu pada orang lain
Begitu pun hakikatnya kesalahan itu 
Berpunca dan bermula dari diri kau
Buruk sangka yang kau tatang dalam hati
Bercambah dan berakar dalam diri
Membuncah sebagai emosi yang tak terkawalkan
Kau tagihkan penghargaan dan penghormatan
Apa kau tidak jelas dengan nilai keikhlasan?
 Segala macam harapan kau kehendakkan
Padahal harapan itu kau yang matikan
Terkubur kaku dalam rongga hati
Hati kau busuk
Sudah rosak dengan hasad dengki
Kau cuba bersihkan dengan meluah rasa
Tetapi tidak berjaya
Hati itu tetap hitam

Melainkan..
kau istighfar
dan istiqamah diri




Sunday, December 2, 2012

EMAD - Environmental Management Annual Dinner 2012





Environmental Management Annual Dinner 2012
The Mines Wellness Hotel
Smart & Nerdy Night



"Be Nice To Nerds Chances You'll End Up Working For One" 
- Bill Gates -
















Dinner EMAD memang setiap tahun buat untuk meraikan pelajar tahun 4. Sebab diorang super duper senior so apalah salahnya raikan diorang sebelum graduate kan. Masa-masa macam ni la boleh kumpul semua batch dari tahun 1 sampai tahun 4. Barulah boleh kenal siapa tahun 2 siapa tahun 3 dan siapa tahun 4 yang paling tua. Tapi masa dinner tak ada pon nak tegur senior, malu. Sebabnya terasa diri paling muda, tak berani nak mulakan perbualan. tehee.. (padahal kau baya-baya diorang je)




Okay next time kalau ada apa-apa dinner ke event ke ringan-ringankanlah mulut tu. Sekali kita tegur seseorang tu, lain hari bila berjumpa dia mesti akan tegur kita. Dari situlah bermulanya sahabat. Yeayyy..



Next year dinner tak tahu buat kat mana pula. Tapi yang pasti kena bawa tupper ware buat isi makanan yang lebih. Dah bayar mahal kan so jangan segan silu nak bawa balik makanan. Biarlah orang nak cakap 'eh kita makan kat hotel la bukannya kedai tepi jalan nak bungkus-bungkus ni'. Jawab je macam ni 'Aku bayar guna duit aku bukan guna duit kau'. Lagi bergaya kalau bawa mangkuk tingkat. Terus jadi macam handbag. Tak payah nak clutch clutch sangat. Bukan boleh isi makanan ponnn..




p/s: Tahun 3 yang handle EMAD ni. Bila turn kitorang nanti aku nak tema "BACK TO SCHOOL". Macam TERFAKTAB buat masa pelancaran Kitan K3 kat Grafa Cafe. Jeles seh..aku dah lama gila tak pakai baju putih kain biru awan tu. Rindu zaman belasan :)





- tamat -

Thursday, November 29, 2012

Love As A Way of Life




The things that i have to practice in daily life :)
You should do it also! yeay...


1. Kindness
Discoring the joy of helping others


2. Patience
Accepting the imperfections of others


3. Forgiveness
Finding freedom from the grip of anger


4. Courtesy
Treating others as good friends


5. Humility
Stepping down so someone else can step up


6. Generosity
Giving yourself to others


7. Honesty
Revealing who you really are





LET'S DO IT for our daily life.. 
                 and get's BARAKAH...
                                 In Sha ALLAH..
                             

Tuesday, November 20, 2012

Impian Bukan Angan Kosong






Bebaskan dirimu dari batasan
Yang hanya akan mengerdilkan diri
Usah fikirkan deburan-deburan lemah
Yang cuma melemahkan akal semangat
Jangan batasi impian besar
Dengan lemahnya keluh kesah
Buang semua tabir dan batasan
Yang membuat diri sulit menuju tujuan
Besarkan jiwa dan hati
Dalam melewati sebuah impian
Kerana impian itu bukan angan kosong!










Sunday, November 4, 2012

Hilangnya Semangat Seorang Pelajar



Seorang pelajar yang tugas hariannya menelaah buku-buku, pergi ke kuliah, siapkan assignment n tutorial, hadap quiz test quiz test quiz. Semangatnya seorang pelajar itu ialah bila bersengkang mata belajar siang malam, pergi ke perpustakaan cari bahan bacaan tambahan, buat study group, buat nota pokok nota rumput, segala nota yang warna warni macam pelangi, yang bila tampal kat dinding nampak comel gila, rasa macam jaman tadika.

Semua kat atas ni aku pernah lalui. Tapi suatu masa dulu, masa aku diploma. Sekarang? Aku cuma buat tugas sebagai pelajar saja. Itupun kadang-kadang kelas aku ponteng. Hujan sikit mulalah perasaan malas tu merajai diri. Kejung satu badan atas katil. Kalau dulu, hujan macam mana pun tetap nak datang kelas. Mintak sape-sape yang naik kereta tolong ambil. Masa tu aku tak ada kereta lagi, sem 5 naik motor kire ok la bole pakai payung pakai baju hujan. Sem 6 naik basikal dengan Zety Abracadabra, kalau nak redah hujan juga alamat basah kuyup la sampai kelas. Pernah juga hujan renyai-renyai tetap juga gagah kayuh ke kelas. Sem 1, 2 n 3 duduk asrama pun tak penah la ponteng kelas. Sanggup je redah banjir, dengan cacing kerawit yang gila panjang melengkar terlenyek kat susur gajah tu. 

Sekarang, ada bus dan kereta, pilih nak naik mana, kalau malas tunggu bas kereta ada, kalau malas nak drive boleh naik bus. Itupun aku tak ada hati nak datang kelas. Tak peduli lagi pasal kedatangan. Nampak tak? Semangat aku nak belajar makin pudar. Aku bukan tak nak belajar, aku nak. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa semangat tu jauh sangat. Test pun aku buat macam tak ada ape bende je. Jawapan mengarut gila. Mana tak mengarut bila baca nota ala-ala je. Separuh markah ok lagi, yang tak separuh tu memang tak boleh nak menyesal la kan. Aku happy je bila dalam kelas. Cuma rapat dengan sesetengah classmate je. Nak rapat dengan semua mungkin susah sikit sebab sekarang kelas lebih 40 orang. Mesti la ada geng masing-masing kan.

Dulu 15 orang boleh la stick together ke sana sini sampai kena cop buat jahat bersama-sama, buat baik jauh sekali. Kena bann sana sini. Sekarang mungkin susah untuk di bann satu kelas tapi untuk kelas bbi 2420 ada kemungkinan 80% sebab asal masuk kelas ade je perangai kitorang yang buat lecturer runsing, kekadang naik meroyan jugak lah. Lagi satu bann dari kolej. Asal meeting je nama aku naik. Kenapa la sebut nama aku, orang lain melambak lagi tak turun. Aiseh ni yang susah jadi orang comel dan feymes ni. 

Nampak tak? Betapa tak semangatnya aku nak belajar. Jujur dan ikhlas dari hati yang suci penuh plan jahat ni, aku memang tak bahagia dengan hidup sekarang. Hidup sekarang penuh tekanan. Tekanan tu buat jadi beban kat diri aku. Beban yang susah nak leraikan, terpikul kat bahu ni. Bebanan dan tekanan tu yang buat semangat aku semakin pudar dan pudar. Aku luah macam mana pun tetap tak dapat mengubah apa-apa. Melainkan satu cara je. KELUAR!





Nota penampar: Tapi dengan status ekonomi aku sekarang, memaksa aku untuk terus berdiam diri dan bersabar.

Thursday, November 1, 2012

Sangkar Penuh Cela



Di banyak malam aku berdoa
Moga TUHAN lindungiku dari putus asa
Kerana diri terus merasa
Bagai dalam sangkar penuh cela

Tiada daya aku untuk melangkah
Bertemu dengan ahlinya pun aku tak kuasa
Namun tiada mampu diri ini
Selain bermuka-muka dan berpura-pura

Di banyak hari aku mencuba
Membuat hati rasa bahagia
Namun rasa gelisah terus melanda
Tiada bisa mampu melerai

Hanya kepada TUHAN aku meminta
Agar dapat meneguhkan pendirian
Hanya pertolongan dari-Nya
Mampu selamatkan diri dari genggaman




Saturday, June 2, 2012

Konvokesyen...







Penghargaan yang tak terhingga buat MAMA & AYAH
      Doa dan harapan sentiasa mengiringi perjuanganku...

Jutaan terima kasih buat PENSYARAH
     Ilmu dan nasihat menjadi pedoman hidupku...

Teristimewa buat SAHABAT
     Pahit manis bersama adalah kenangan terindah bagiku...





Sunday, May 6, 2012

Pesta Konvokesyen PSIS 2012




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semueeeee...



Pesta Konvokesyen PSIS akan diadakan pada 17 MEI hinggalah 20 MEI 2012.
Karnival ni bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah.
Banyak acara akan diakan pada pesta tu nanti tau! PC fair pon ada..wahh memang syiokk la.
 

Jom ajak mak cik pakcik tok mak tok ayah semua datang ke konvokesyen nanti ya. Tak adalah diorang bosan tengok kau pakai jubah biru kelawar tu. Adik-adik boleh masuk pertandingan mewarna sambil dengar konsert dari Iwan Dangdut ye. Tapi sekarang dah tak dangdut-dangdut lagi so bolehlah dengar.


Wahhh imam muda pon ada..excited excited!! 
tapi dah kahwin ok bye.


Siapa yang masuk memancing ni hati-hatilah ye.
Jangan terpancing biawak sudahlah..


Adik-adik yang tak dapat masuk Soccer Kids kat TV3 tu 
bolehlah masuk. PSIS pon PSIS la kan.. 

Siapa yang masuk bolehlah konon-konon EURO'12 haha.

Nasyid untuk laki je :(
Perempuan dok tepi diam-diam ye.

Bapak-bapak bolehlah tunjuk kehandalan menarik tali ye.
Atok-atok jangan..nanti pengsan susah. Spital jauh.



Warna cantik-cantik nanti dapat hamper besar :)



Jom datang ramai-ramai ke Pesta Konvokesyen PSIS 2012.
Bawa duit banyak-banyak..mesti rambang mata tengok barang-barang yang dijual 
kat sana nanti.
Siapa tak pergi mesti menyesal punya.. sebab apa?
Sebab tak dapat tengok saya pakai jubah biru yang pasti besar gedabak tu.




OK jumpa masa konvo ye :)






Wednesday, April 11, 2012

Amaran Tsunami 11 April 2012



Assalamualaikum...


Hari ni mesti ramai yang rasa gegar-gegar kan. Kat facebook pon ramai yang post rasa gegaran. Rupa-rupanya memang berlaku gegaran di Acheh. 

Gempa bumi dengan magnitud awal sebanyak 8.7 telah melanda di bawah laut di luar wilayah utara Aceh Indonesia.

Gempa bumi itu mencetuskan amaran tsunami di seluruh rantau Lautan Hindi.









 

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata tidak lagi diketahui sama ada tsunami telah berlaku, tetapi menasihati pihak berkuasa untuk "mengambil tindakan".

Gempa yang bermagnitud 8.7 dikatakan boleh menyebabkan berlakunya tsunami yang boleh menjejaskan seluruh Lautan Hindi.

Gegaran dirasakan sejauh Singapura, Thailand dan India
. Malaysia pun rasa ni.



Tiba-tiba teringat dengan adik-adik junior dan pensyarah-pensyarah yang berada kat PSIS. Macam manalah paniknya mereka. Politeknik Sabak Bernam tu betul-betul berada kat tepi pantai Laut China Selatan. 

Ya Allah ya rabbi lindungi kami dari bencana yang memudaratkan kami. 
Aamiin.




sumber: http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-17675399

Monday, February 6, 2012

Permainan Zaman Kanak-Kanak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...



Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling heaven giler untuk bermain. Pergi mana-mana je mesti tak ada segan silu nak bermain. Kadang-kadang kat Econsave pon boleh main kejar-kejar guna troli. Dengan budak yang tak kenal pun boleh bantai main sama.Kalau kat sekolah masa belajar pon sempat bermain. Masa pendidikan jasmani pun sempat main jugak. Cikgu-cikgu mesti cakap macam ni "Awak ni masa belajar main, dah bagi main pun main-main lagi" kata cikgu sambil menjengilkan mata kearah murid-murid. Ceewahh cikgu garang tu haha. Alah masa kat ipta pun aku main juga masa pensyarah bersyarah kat depan kelas. Cuma main tu kurang best sebab main sorang-sorang. Kadang-kadang budak sebelah aku terpaksa layan jugak.



Jom tengok apa permainan yang best dulu-dulu yang budak-budak sekarang dah tak main lagi. Cuma segelintir je kot yang main lagi. Itupun lepas tengok ipin dan upin kat TV kan.



Cyber Pet
Familiar zaman aku sekolah rendah, dalam tahun 1997 camtu. 
Main ni simple je, bagi makan, lepas tu nanti dier berak, bagi dier tidur, bagi ubat.
Lepas tu mati....padahal bateri dah habis.



 Super Mario
Dulu main super mario guna tape, sekarang buka laptop dah boleh main.



Kapal Terbang Polisterin
Adik suka main benda ni. Main campak-campak je..!



Main Lawan Pemadam
Beli pemadam yang ada gamba hero yang kuat dengan harapan boleh menang bila lawan.
Kadang-kadang kumpul pemadam yang gambar bendera tu banyak-banyak buat koleksi. 



 Donky Card
Merasa juga main kad ni dulu. Ada lagi satu Bun Family. 
Seronok juga layan kad-kad ni. Yang penting otak memang jalan masa main. 
Dok fikir kat siapa kad ni ye..



Teng Teng
Aku memang fail la main benda ni. Badan tak seimbang langsung. 
Dengan kaki yang pendek memang tak sampai-sampai garisan penamat.




Konda Kondi
Permainan feveret masa kecik dulu. Tapi asal muka aku je mesti jadi olok-olok. 
Sebabnya tak cukup umur dan paling kecik.




 Tutup Botol
Dulu kat kedai runcit kan ada jual air gas dalam botol kaca tu. 
Tapi sekarang tak tahu mana dapat tutup botol. Botol kicap boleh kot.



 Susun Selipar
 Zaman aku kecik dulu selipar popular selipar Tat Sing. 
Kedai aku pun ada jual jugak.



 Main Tiang-tiang
Main tiang-tiang memang famous kat sekolah rendah dulu. 
Sementara tunggu nak masuk kelas sempat main. Kadang-kadang sambung main masa rehat. 
Lepas tu sambung lagi masa nak tunggu bas.



Susun Tin
Sama macam main susun selipar. Baling sampai rabai lepas tu susun. 
Sampai dikejar oleh pihak lawan. 



Pistol
Aku tak tahu nama pistol ni. Yang pasti bukan pistol air la kan. Budak-budak lelaki memang suka main pistol ni. Konon inspektor polis. Aku paling menyampah kalau adik aku halakan pistol ni kat aku!




Tamiya Car
Permainan ni popular sejak ada kartun tentang toy car racing kat tv.
Tak ingat ape tajuknya tapi memang popular siap ada yang buat competition bagai.

 


Hurmm banyak lagi permainan yang best-best masa zaman kanak-kanak dulu kan. Macam polis entry one two jaga, polis mati pencuri jaga. Main layang-layang. Main sorok-sorok sampai esok pagi tak jumpa-jumpa pon ada. Haha main-main sorok-sorok ni ada peraturan dier. Jangan main masa tengah hari nanti kena sorok dengan hantu tetek. Hahaha mengarut gila. Padahal tengah hari kan panas. Tak sesuai la kan. 



Masa cuti sekolah memang seronok sangat-sangat. Sepupu-sepupu aku akan berkumpul ramai-ramai, main kat halaman rumah nenek. Dulu halaman besar, nak main memang puas. Duduk bawah pokok kelapa, pokok ceri tak pun pokok belimbing sambil tengok budak-budak main sambil tu makan ice pop tak pon makan jajan durian. Kadang-kadang kolam ikan jadi tempat kitorang mandi manda. Konon Sunway Lagoon. Kalau ingat balik, rindunya masa-masa tu. Sekarang semua dah besar-besar. Ada yang dah kahwin pun, dah anak sorang dua. Bila tengok adik-adik sepupu main batu seremban, aku jadi teringat masa aku baya-baya dorang aku pun main benda yang sama. Cuma dorang tak main permainan luar macam konda kondi, tak panjat pokok, tak main sorok-sorok dalam reban ayam. 



p/s:Sekurang-kurangnya aku ada pengalaman panjat pokok dan sorok dalam reban ayam. 
Kau ada?