Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera...
Tadi korang pergi terawih tak? Lupa? Tak apa esok boleh pergi lagi. Tapi kalau dah 30 hari puasa pun masih lupa juga itu sebenarnya penyakit ma***. Dulu Ana pun ada penyakit ni juga. Tapi dah kata kena pergi juga jadinya kenalah pergi juga dengan muka 25sen.
Lepas je dengar pengumuman esok puasa, semua excited siap-siap nak pergi terawih. Pergi terawih jalan kaki je, tak main la naik basikal/ motor/kereta ni. Lebih pahala kononnya. Dah tahu jalan ke surau tu gelap boleh pula lupa bawa lampu suluh. Untunglah ada telefon bimbitt terbaru kakak Umi Nor Syieda dan Ain Afandi. Teranglah juga perjalanan kami malam ni. Serius memang gelap jalan nak ke surau. Jalan kampung kat daerah Sabak Bernam ni mana je yang ada lampu jalan. Kalau motor ke kereta lalu memang takut jugalah. Takut tak perasan kami ni jalan. Tapi Ana rasa diorang lagi takut kot tengok kami. Dengan berkain putih berayun berterbangan kat atas jalan. Fuhhh memang berderau WEeeiii..
Memang ada pun yang terkejut tengok kitorang. WAhAHahaa gelak dulu. Kami lalu kat depan rumah sewa yang budak-budak lelaki duduk. Ada seorang tu kat atas rumah dan ternampak kami berjalan. Mungkin dia lupa malam ni hari pertama terawih. Dia pun terkejut bangkai bila melihat kami berkain telekung di atas jalan yang gelap. Lantas berkata:
"Huiiishh aku ingat apa la tadi. Bangkai betul"
Hahahaaaaaa... nasib la kan. Ana rasa mesti jantung dia dah gugur gugur ke atas lantai rumah masa tu. wahaaaa..gelak jahat!!
Takut tak tengok kami? iiiee takutnyeerrr.. WAK LU! |
HAAAa! Terkejut tak tengok gamba kat atas ni? No wonder woman la budak tadi tu terkejut tengok kami kan. Itu baru jalan je belum lagi keluarkan bunyi-bunyi semacam. Lebih- lebih lagi kalau Si Itik mengeluarkan gelak langsuir dia tu. Mahu tak pengsan orang tengok.
Mesti korang agak lepas ni ada entri Terawih Part 2 kan. Haha mana ada. Sengaja je gedik gedik letak part part kat hujung. Konon macam Harry Potter ada part 1 part 2.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Rajin-rajinlah beribadat bulan ni ye. Manalah tahu tak sempat untuk ramadhan ramadhan yang seterusnya. HUIshhh kau!!
Pstt: Esok nak pergi terawih naik BAU la. Siapa faham sila gelak guling-guling ye. Wahahaa....
5 comments:
waaa..best ye dpt g terwaih...
aku xdpt g...dapat wat sendri jew...
rindu nak pergi terawih sama-sama tukulbesitumit seinci..
macam muda mudi dulu..=)
utung dpt g trawih...huhuhu...xda more ke??..hahahaha...wndu sma ana...slamat menjalankan ibadah puasa..
http://kaammeeyy.blogspot.com/
nursyafiqah:
seronok pergi terawih ramai-ramai ni..
ada masa datanh la rumah ana..
kita buka & terawih bersama..
conok an3...hihihi...insyaallh...klo dpt g sna ye..
Post a Comment