Pernah dengar tak perkataan scoliosis? Jujur saya mula-mula dengar memang tak tahu apa itu scoliosis. Walaupun masa sekolah saya ambil aliran sains tulen, belajar biologi, belajar tulang-tulang semua tapi saya tetap jakun ‘apa itu scoliosis’. Sampailah doktor bagi tahu kat saya, “Awak kena scoliosis ni”. Masa tu barulah saya, “ oh benda ni namanya scoliosis”.
APA ITU SCOLIOSIS?
Scoliosis atau dari bahasa Yunani skolios (bengkok) adalah suatu keadaan di mana tulang belakang seseorang yang melengkung dari sisi sama ada ke kiri atau ke kanan. Jika lihat melalui x-ray, tulang belakang individu scoliosis kelihatan lebih seperti "S" atau "C".
Ramai yang tanya saya, “eh macam mana kau boleh kena penyakit ni? Kau jatuh ke?”. Saya hanya mampu angkat bahu dan kata “entah”.
Jika salah seorang ahli keluarga mengalami skoliosis maka anda mungkin akan mengalami masalah yang sama. Malah, jika kedua-dua ibu bapa mempunyai tulang belakang yang bengkok, risiko untuk anda mengalaminya juga tinggi, iaitu 50 % kemungkinan menghidapinya, tidak kira lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, remaja perempuan paling ramai diserang scoliosis berbanding lelaki. Dianggarkan dua hingga empat peratus daripada populasi sesebuah negara mengalami masalah scoliosis. Di Malaysia dikatakan seramai 71,000 pesakit skoliosis. Ramai juga kan.
1. Bawaan atau hadir sejak lahir. Berlaku sebab masalah pembentukan tulang belakang atau tulang rusuk bercantum semasa perkembangan di dalam rahim atau awal kelahiran.
2. Neuromuskular scoliosis disebabkan oleh masalah seperti pengendalian otot yang salah atau kelemahan otot, atau kelumpuhan akibat penyakit seperti cerebral palsy, distrofi otot, spina bifida, dan polio.
3. Idiopathic Scoliosis adalah penyebab scoliosis yang tidak diketahui. Biasanya berlaku pada pesakit remaja. Doktor tak tahu dari mana puncanya sama adasejak lahir atau neuromuskular. Saya tergolong dalam pesakit Idiopathic scoliosis.
Tanda-tanda Atau Gejala Seseorang Itu Pesakit Scoliosis
1. Bahu kanan atau kiri nampak lebih rendah atau lebih tinggi. Tak sama tinggi.
2. Pinggul nampak tak sama rata
3. Postur badan melengkung ke sisi. Kalau yang teruk memang boleh nampak.
4. Keadaan semasa jalan tak normal. Boleh nampak seseorang tu jalan menyenget.
5. Cepat rasa letih dan kadang boleh sesak nafas.
6. Rasa sakit atau lesu pada tulang belakang selepas duduk atau berdiri terlalu lama.
7. Kadang kala kaki rasa kejang atau sengal kalau duduk terlalu lama.
1. Bahu kanan atau kiri nampak lebih rendah atau lebih tinggi. Tak sama tinggi.
2. Pinggul nampak tak sama rata
3. Postur badan melengkung ke sisi. Kalau yang teruk memang boleh nampak.
4. Keadaan semasa jalan tak normal. Boleh nampak seseorang tu jalan menyenget.
5. Cepat rasa letih dan kadang boleh sesak nafas.
6. Rasa sakit atau lesu pada tulang belakang selepas duduk atau berdiri terlalu lama.
7. Kadang kala kaki rasa kejang atau sengal kalau duduk terlalu lama.
Ini antara gejala-gejala biasa yang dialami oleh pesakit scoliosis. Ada juga yang sampai sakit sangat tulang belakang sampai tak boleh nak bangun.
Bila dah ada gejala macam atas ni, doktor akan buat 3 pemeriksaan
1. Scoliometer screening. Ukur kelengkungan tulang.
2. X-ray dari arah belakang dan sisi badan.
3. MRI. Untuk kesan neurologi badan yang tak dapat dikesan melalui x-ray.
1. Scoliometer screening. Ukur kelengkungan tulang.
2. X-ray dari arah belakang dan sisi badan.
3. MRI. Untuk kesan neurologi badan yang tak dapat dikesan melalui x-ray.
Rawatan
Rawatan yang boleh dilakukan pesakit skoliosis adalah sama ada menggunakan alat pendakap, brace (bukan pendakap gigi yang macam saya pakai tuh!) untuk menyokong tulang belakang atau menjalani pembedahan.
Pendakap (brace) mampu menghalang tulang belakang daripada terus melengkung tetapi hanya berkesan untuk pesakit skoliosis yang bertahap sederhana atau pesakit kanak-kanak. Pakai brace ni sangatlah tidak selesa dan menyekat pergerakan untuk ke sana sini. Tempoh pakai brace ni selama 24 jam. Semasa tidur pun kena pakai jugak, bayangkan betapa tak selesanya. Paling lama saya pakai 6 jam. Lepas tu merengek suruh mama buka, tak tahan, panas sangat.
Bagi kes serius, cara untuk rawat adalah dengan pembedahan. Ini sahaja satu-satunya cara untuk mengembalikan keadaan tulang belakang seseorang yang senget atau bengkok menjadi lurus. Kanak-kanak doktor akan elakkan untuk menjalani pembedahan kerana risiko yang tinggi. Tambahan pula, kanak-kanak masih di tahap awal, darjah kelengkungan masih sikit, jadi lebih baik gunakan brace. Jika mereka meningkat remaja tapi tulang masih juga bengkok, barulah pembedahan akan dilakukan.
Kesan Kalau Tidak Dirawat
Walaupun doktor kata scoliosis seseorang masih di tahap permulaan, tak bermakna boleh biar begitu saja. Sebabnya, scoliosis kalau tak dirawat, lama-lama boleh menjadi bertambah teruk. Kalau yang tahap kritikal tu tapi tetap tak buat rawatan, pesakit boleh hilang keupayaan untuk bergerak atau lebih jelas lagi lumpuh. Kalau tahu yang anda pesakit scoliosis, cepat-cepat buat rawatan. Walaupun masa tu tak rasa sakit apa pun, tapi buatlah rawatan dari awal lagi supaya tulang belakang tak jadi semakin bengkok. Dikhuatiri jika tulang semakin bengkok boleh efek pada jantung dan paru-paru.
Kajian menunjukkan 60 hingga 70 % mengalami komplikasi tersebut. Biasanya berlaku pada tulang belakang yang bengkok melebihi 70 darjah. Tulang rusuk akan menekan paru-paru dan jantung dan membuat pesakit sukar bernafas dan cepat penat. Pesakit scoliosis juga akan rasa rendah diri, malu dan kurang yakin untuk berhadapan dengan orang lain sebab postur badan yang tak seimbang. Lagi-lagi perempuan, nampak tak cantik kalu jalan senget. Lagi malu kalau masa sukan, boleh lain boleh buat tapi kita terpaksa duduk kat
tepi padang. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh, terus rasa rendah diri sangat.
Cara Mengatasi
Cara Mengatasi
Scoliosis melibatkan tulang, jadinya pengambilan kalsium yang cukup untuk badan boleh mencegah seseorang dari scoliosis. Sebagai contohnya minum susu, yogurt, dan lain-lain yang tinggi kalsium. Selain itu, cara tidur mestilah dalam postur badan yang betul. Cara tidur yang salah akan menjadi habit yang lama-lama akan menjejaskan tulang belakang.
Cara duduk contohnya semasa belajar atau memandu kereta, pastikan badan bersandar dalam keadaan yang selesa. Bagi adik-adik yang badan kecil, elakkan dari membawa beg yang terlalu berat. Lebih-lebih lagi penggunaan beg tepi, beban tak sama rata jadinya. Mengangkat barang, menarik atau menolak barang juga harus berhati-hati.
Kalau jatuh, cepat-cepat buat pemeriksaan di klinik atau hospital. Mula-mula jatuh memang kesan tak berapa nampak, kalau ada pon nampak lebam biru je kan. Tetapi kesannya pada jangka masa yang lama. Ibu bapa perlu mengawasi pertumbuhan anak-anak supaya sebarang masalah atau perubahan pada fizikal anak-anak dapat dikesan lebih awal.
Kalau semua kat atas ini diamalkan tetapi tetap anda juga yang dipilih sebagai pesakit scoliosis, itu maknanya anda mempunyai genetik yang mengalami sakit yang sama.
Saya Dan Scoliosis
Scoliosis saya dikesan selepas saya habis tingkatan 5, sementara tunggu SPM saya buat pemeriksaan di Klinik Kerajaan kat Klang, lepas tu klinik suruh rujuk Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Bila kat HBTAR, doktor sana cakap sini tak buat rawatan scoliosis, pilih nak pergi Hospital Sungai Buloh atau HKL. Jadi saya pilih HSB, jalan tak jammed ayah kata.
Sebelum tu kawan-kawan ada komen juga
“eh kenapa badan kau macam sengat ye?”
“kau ni lambat period sebab badan kau macam tak betul kot”
“kenapa kau jalan tak betul?”
Itu la antara komen-komen yang saya buat tak tahu je. Kadang-kadang sakit hati juga tapi nak buat macam mana, dia cakap benda betul. Masa itu saya takut nak buat pemeriksaan sebab takut kena sakit yang boleh bawak maut, contohnya kanser. Sebab keturunan saya ada yang sakit tibi. Takut wohh.
“eh kenapa badan kau macam sengat ye?”
“kau ni lambat period sebab badan kau macam tak betul kot”
“kenapa kau jalan tak betul?”
Itu la antara komen-komen yang saya buat tak tahu je. Kadang-kadang sakit hati juga tapi nak buat macam mana, dia cakap benda betul. Masa itu saya takut nak buat pemeriksaan sebab takut kena sakit yang boleh bawak maut, contohnya kanser. Sebab keturunan saya ada yang sakit tibi. Takut wohh.
Masa mula-mula jumpa doktor, doktor cakap scoliosis saya tahap yang teruk. Setiap kali buat check up, darjah bengkok tu makin bertambah. Jadinya, doktor cadangkan saya menjalani pembedahan secepat yang mungkin. Bila doktor kata yang saya kena bedah, saya cakap “ok”. Mama dan ayah rasa ragu-ragu juga, sebab ini pertama kali dalam keadaan
macam ni, risiko pembedahan sangat tinggi lebih-lebih lagi tulang belakang. Sebelum pembedahan tu, cuba la juga urut tradisional, tapi tak berhasil sebab tulang dah umur 18 tahun, dah keras.
macam ni, risiko pembedahan sangat tinggi lebih-lebih lagi tulang belakang. Sebelum pembedahan tu, cuba la juga urut tradisional, tapi tak berhasil sebab tulang dah umur 18 tahun, dah keras.
Setelah lama tunggu waiting list yang panjang berjela tu, 25 mac 2009 saya menjalani pembedahan selama 8 jam. Hari ke 3 lepas pembedahan saya tersedar dan tengok-tengok dah kat ICU. Hari ke 5 baru masuk wad biasa, belajar bernafas, belajar berjalan, belajar bersenam, belajar pakai baju dan belajar duduk semua. Macam bayi pon ade, siap pakai lampin lagi. Saudara mara semua datang tengok saya, rasa gembira sangat masa tu. Paling saya terharu kawan-kawan kelas (DAS 6 sem ni) datang jauh-jauh dari Sabak Bernam tengok saya. Dah la diorang sesat-sesat, terharu sangat-sangat. Kawan-kawan lain pon datang juga, KKA bagi sumbangan terima kasih sangat.
Minggu kedua kat wad saya dipebenarkan pulang tapi malangnya, ada efeksi pada luka pembedahan, kena bedah lagi. Doktor cuci tempat bedah tu sampai saya sudah betul-betul baik barulah doktor bagi pulang kerumah dengan senang hati. Doktor Chong macam nak tak nak je bagi saya balik. Sebulan duduk hospital siapa tak bosan kan. Mama je kawan saya masa tu. Tapi sebab saya merengek setiap hari nak balik, dia pon bagi je saya balik pada 24 April 2009.
Sepanjang saya duduk hospital, keluarga saya banyak sangat berkorban. Mama jaga saya siang dan malam. Ayah datang setiap hari tengok saya kat hospital, kalau sabtu ahad ayah tidur ka bilik rehat. Balik dari sekolah adik saya ambil adik sepupu yang mama saya jaga dari tadika, beli makanan sendiri. Semua berkorban untuk saya. Part akhir ni memang nak nangis kalau ingat balik.
Sepanjang saya duduk hospital, keluarga saya banyak sangat berkorban. Mama jaga saya siang dan malam. Ayah datang setiap hari tengok saya kat hospital, kalau sabtu ahad ayah tidur ka bilik rehat. Balik dari sekolah adik saya ambil adik sepupu yang mama saya jaga dari tadika, beli makanan sendiri. Semua berkorban untuk saya. Part akhir ni memang nak nangis kalau ingat balik.
Sekarang saya sudah sihat sepenuhnya. Boleh lari-lari, lompat-lompat, berenang, semua boleh dah cuma angkat berat je tak boleh. Rasa kejang kat kaki sampai sekarang rasa lagi, lebih-lebih lagi masa peperiksaan. Kalau masa hujan, rasa nyilu ada, sejuk pun ade. Mana taknya, besi titanium dalam badan, rod panjang 2 batang dengan 14 biji skru. Haha bionik tak?
18 comments:
ko saje an.
wat semua sedih.
haha.
sadis..huhuhu
kebaya: bulan2 april ni selalu terkenang memori indah kat hospital..heee
lili la: sadis kan..huuu minum susu banyak2 ok
awareness kempen ke?????
kau lupe nak link aq kat c2...
fahmy: tiap kali post aku link blog kau..
tapi kau kena bagi aku pinjam DSLR kau seminggu tok 1 entri..amacam deal huh??
ptutlaa ko kcik je...ksian ko
haha..sebab scoliosis la aku pendek je..tak boleh nak tinggi sangat..
hi sy pun scoliosis jg..sama mcm awk jom jdi followers sy kay blog.. cerita tentang scoli sy hehe http://afida91.blogspot.com/
Im currently having mild scoliosis. Last check msa nak masuk dgree & everything was fine sbb mild kn. But then bila last week sy nk dihantr ke hosp teluk intan due to dengue. Kena xray. And its getting serious. Im thinking about the operation but im too afraid. But bila baca blog awak ni, kurang sikit rasa tkut. Thanks fr sharing. You inspired me a lot. Alhamdulillah.
hai intan..harap awak tabah menghadapi ujian ni.. tak perlu takut.. malaysia banyak pakar.. smua penyakit ada ubat dan semua masalah ada penyelesaiannya.. redha dengan ujian Allah..insyaAllah awak akan berjaya melaluinya :)
In shaa Allah. Terima kasih ana :)
Haii..saya pun ade skoliosis tp doc kate xperlu operate lg..tp saya rase mcm da senget sgt je bdn ni..bleh request nk operate ke eh?
Haii..saya pun ade skoliosis tp doc kate xperlu operate lg..tp saya rase mcm da senget sgt je bdn ni..bleh request nk operate ke eh?
Haii. biasa doktor akan suggest rawatan apa yang terbaik. ikut keadaan patient juga.
hmm . hye . haritu masa saya checkup for diploma , doktor ckp sy ade mild scoliosis . so , if sy tak buad checkup , adakah ianya boleh jadi makin serius ? then , boleh ke masuk taekwondo ? hmm . hope you can answer me :)
Hai anonymous..saya suggest awak buat check up. 6 bulan sekali ke. dari situ baru tahu sama ada keadaan awak serius atau tak. Boleh sangat kalau nak join taekwondo. Berenang lagi bagus untuk scoliosis.
I feel you :')
Salam... Saya pun ada skoliosis.. dan sudah menjalani pembedahan pada tahun 2010. Saya nk Tanya..selepas pembedahan ..awk pernah tak jatuh dan sakit di bahagian belakang... Rasa mcm kejang mcm tuh... Bila bersin lagi sakit...
Post a Comment