Gambar untuk hias - hias
Berita gembira buat semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
Buat julung-julung kalinya, PSIS akan ada sebuah bas khas untuk pergi balik ke kelas dan paling bagusnya boleh pergi ke Sungai Besar sekali!
Wahhhh seronok tak? Seronok tak? Mesti la seronok kan.
Ain awal - awal lagi dah cakap "boleh la aku balik tiap minggu macam ni".
Walaupun akan ada segelintir akan kata
"eleh Sungai Besar je kot" atau tak kurang juga "apa ada Sungai Besar".
Tapi bagi kami ni dah kira up gila la ni dari Pekan Parit Baru yang cuma menarik adalah
Cowboy Station yang menjual nasi lemak, keropok lekor dan lain-lain.
Paling saya suka bila naik bas tu tak perlu bayar.
Eh? Percumakah? Mesti la tidak kan.
Diesel mahal sekarang ni, minyak kereta mahal minyak masak pun mahal,
jadi rajin - rajin la tanam pokok sawit sebelah rumah ye.
Setiap pelajar WAJIB membayar RM10 setiap bulan.
Tak mahal kan. Berbanding kau naik prebet sapu a.k.a kereta sewa tu. Sangat berpatutan.
Lepas ni nak naik bas hari - hari pun orang tak halang sebab kau dah bayar.
Yang penting kena tayang KAD PELAJAR kau tu setinggi yang boleh masa nak tahan bas.
MEMPERSEMBAHKAN
PETA PERJALANAN BAS
|
-klik gamba untuk saiz besar- |
Hal ni sudah diperjuangkan selama 7 TAHUN.
Tujuh tahun okay! bukan tujuh hari ke tujuh jam. Dari PSIS mula - mula lagi di buka.
Ingat lagi, masa tu saya baru sekolah menengah.
Selalu terserempak dengan pelajar PSIS tiap kali nak balik kampung.
Ahh kenangan dah mula dah nak mengganggu konsentrasi geng bas sekolah ni.
Ramai yang membangkitkan isu ni.
Lebih - lebih lagi dengan kondisi lokasi PSIS yang jauh pedalaman ni,
memang sangat susah nak cari pengangkutan awam.
Sesekali nak juga berhibur kan, nak juga pergi karaoke yang 1 lagu RM1 tu.
Beli baju di Pasaraya Yang Yang yang ada kain cotton murah.
Makan KFC sambil melawat kawan saya yang bekerja di sana *_* ohoo.
Sekarang ni dah tak payah la buat muka kasihan lagi tiap kali nak
ajak Syiha pergi Sungai Besar. Bila - bila boleh, ikut jadual yang diberi la.
Puan tu kata, "kami tak nak bagi setiap hari pergi ke Sungai Besar
sebab tak nak galakkan pelajar ponteng kelas".
Perkhidmatan ni akan bermula 14 Februari 2011 mengikut taklimat yang diberi.
Ini pula JADUAL PERJALAN BAS
-Klik gamba untuk saiz besar-
Eh kejap. Asal tajuk ni geng bus sekolah? Bukan geng bas poli ke?
Sebab pihak pengurusan kata bas rasmi belum dapat lagi.
Jadi buat sementara ni guna bas sekolah dulu.
Att: Lupa nak cakap yang bas tu tak lalu pun jalan depan rumah saya.
Terpaksalah saya dan rakan naik motosikal yang adik saya bagi pinjam tu untuk ke kelas.
(ok nak cakap juga terima kasih kat adik. Adik jasa kau dikenang.)