Thursday, February 10, 2011

TIDUR SIANG ITU SUNAT






Ahaaa siapa yang suka tidur mesti rasa bahagia kalau dengar TIDUR SIANG ITU SUNAT. Padahal sunat kalau tidur 10 ke 20 minit je. Kalau dah sampai 4 5 jam bukan sunat namanya. Dulu kecik-kecik mak dodoi dalam buai sampai mak yang tertidur. Kau mata tetap tegar celik. Dah besar panjang tak payah disuruh memang memanjang tidur. Tak dinafikan saya sendiri pun kuat tidur. Sampai ayah yang tak biasa berkata jelek sudah mula mengutarakan ketidakpuas hatinya akan perangai buruk ini. 
Ohoo saya akan cuba berubah ni~~~


Biasanya balik je dari kelas mesti nak terus tidur. Paling syok sekali makan dulu baru tidur. Memang rasa nikmat sangat. Lepas tu susah dah nak bangun untuk pergi kelas sebelah petang.  Sebelum ni tak tahu pula tidur tengah hari ni bagus. Nak dijadikan cerita, semalam saya secara tak sengaja pergi ke library. Sementara tunggu si kawan, tangan ni belek-belek la surat khabar. Terbaca pula artikal tentang kebaikan tidur tengah hari. Jadi saya cuba cari di beberapa laman sesawang nak tahu lebih lanjut tentang hal ni.


Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."


Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Tengah hari atau Qailulah adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai mid-afternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.  Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.


Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.


Hal ini digalakkan oleh pak cik saudara saya yang langsung tiada kena mengena langsung dengan saya, Dr. William A. Anthony, (PhD) dan Camilie W. Anthony, pengarang bukuThe Art of Napping At Work. Dan juga manusia bijak pandai seperti David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka  'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'. Bukan The Chronicles of Narnia yang kau tengok filemnya kat Teluk Intan tu ya.


Kesimpulannya, (cewah macam karangan yang Cikgu Bos suruh la pulak..Ang Ang)
Jadi dah baca  kan, lepas ni nak tidur tengah hari sampai 
2 - 3 jam atau 10 – 20 minit yang sunat tu??
Kalau saya pilih yang sunat sebab memang tak sempat pun nak tidur 1 – 2 jam kalau tengah hari ni +__+ 


 Masalah kedua: baru muka surat ke-2 dah terlelap. Tapi kalau muka buku segar bugar la pula mata ni. eheee salahkan matakah??





2 comments:

nur syafiqah said...

huhuhuhu...bru aku tahu..nie yg nk tdo..

Ana Faryana said...

sokong..
tapi jangan terlebih sudahlah ^_^