Tuesday, May 13, 2014

Keunikan Kawan Sekelas Yang Tiada Tandingannya



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.





Hai semua. Baca tak tajuk kat atas tu? Tajuk je dah buat rasa 'ek eleh dia ni, perangai kawan pun kecoh nak cerita'. Eh suka hati la kan. Aku klasifikasikan perangai atau sifat mereka sebagai keunikan. Kang tulis 'Perangai Ntah Apa-apa Kawan Sekelas Yang Tiada Tandingannya' nanti orang fikir aku memburukkan kawan tu kan. Tapi sifat manusia ni memang unik kan. Masing-masing ada sifat tersendiri. 

Kalau tengok gambar kat bawah ni mesti korang rasa nak match dengan kawan-kawan korang. Lihat gambar 1 dibawah. (eceh macam tulis journal Dr.Amir pula >.<)









The singer - NANA 
Nana memang hobi dia karaoke. Fanatic dengan Hyorin. Bukan setakat lagu, step dancing pun dia boleh buat. Kat tengah tasik pun sempat buat tarian hyorin. 


The-eat-a-lot - AYIE & GEE
Budak berdua ni kaki makan. Bag gee memang sentiasa ada makanan. Kalau makan tak habis Ayie & gee boleh tolong habiskan.


Exercise freak - PIJA
Hahaha maaf mak jah. Aku bagi dia exercise freak sebab lompat bintang dia hermm hermm. Tak nak bagi tahu kahkah.


The workaholic - PATMA & LALA
Patma memang orang yang sangat sibuk. Walaupun sibuk dengan PALAPES tapi dia tak kisah untuk join event lain. Masuk bilik dia tak pernah tengok ada atas katil. Lala ni pula kalau bab kerja ajak makan pun tak nak. 


Stressed one - GEE
Semalam gee stressed sebab member group dia biarkan dia terkontang kanting buat kerja seminar. Haha kesian. Kalau aku pun stressed wei. 


Miss-I-Can-Do-It - SHALIL
Nyonya ni apa benda dia tak boleh buat. Volunteer event semua dia pergi. Berbasikal ke tanam pokok ke, lari sedunia pun she's willing to do.


Must get A's - SHI HUI
Kalau tadi nyonya yang ni aku penggil amoi. Amoi ni kerja mesti cepat siap. Tak boleh tangguh-tangguh. Siap kerja cepat boleh cepat dating dengan Kep leung. 


The innocent one - LINA
Lina ni jenis orang buat apa kat dia pun dia diam je. Tapi kadang-kadang berani juga kacau pija. Lina jarang marah tapi kalau dia marah pun dia akan membebel tanpa henti. 


The slowpoke - GAB
Gab ni macam tak ada perasaan. Orang buat lawak pun dia buat muka selamber. Kalau betul-betul lawak pun dia akan senyum je. Aku pun tak faham dia ni kenapa.


The so-in-love - PIQAH
Piqah crush dia bukan calang-calang orangnya tau. Tak dapat orang, dapat tunggu depan kereta pun jadi. Peminat nombor satu Dean fakulti kami.


Masked superman - TAJUL
Tajul ni sebenarnya lawak tapi sebab dia tak banyak cakap dalam kelas so susah la nak dengar dia lawak. Tapi kalau present memang terserlah kelawakan. Paling kelakar masa cerita 'when i was childhood i watching ultraman'.


The productive one - MIRA
Dia ni memang queen of sleep. Makan pun sempat tidur. Tidur bukan cover lagi dah. depan lecture pun sempat tidur. Memang tak ada siapa dapat challenge dia ni.




Devil child - AKU
Aku memang devil. Mulut pun devil. Nak mengharam jadahkan orang lagilah aku devil. Tapi ada had juga. Siapa baik aku baiklah dengan dia. 


Chipsmore - IKI, DILA
Dia ni kejap ada kejap tak ada. Macam chipsmore. Dalam kelas dia memang tak aktif tapi kat luar kemain pergi IM4U. Dila pun chipsmore juga. Tapi dia chipsmore time ada aktiviti 
kesenian je. 


Sweet child - IZAH J
Izah ni memang mulut manis, suka puji orang. Dia puji bukan nak membodek ke apa tapi memang dia jenis fikir positif. Dia puji En.Jo comel sampai tersipu-sipu orang tu. hahaha

  


Cukuplah sampai sini je. Nak cerita semua panjang berjela pula entri ni nanti. 
Okay babai.





2 comments:

Anonymous said...

nisha ? haha

Ana Faryana said...

Not rated yet. hahaa