Tuesday, January 19, 2016

Melaka: Klebang & Masbro Village


Assalamualaikum dan hai!


Alkisahnya tak plan nak singgah Melaka. Tapi disebabkan ada banyak masa dan semua tak puas lagi bergambar so kitorang pon singgah ler ke Masbro dan Klebang. Untung badan dapat group yang gila gambar. Kalau tak harapan la nak singgah sini. 



1. Masbro Village

Dari Johor terus ke Masbro Village. Tak susah pun nak cari sebab tempatnya tepi jalan. Waze je terus jumpa tempat ni. Masa kitorang pergi dia tutup, macam tengah buat renovation. Rate harga korang cari la sendiri..hehee. 









2. Klebang

Padang pasir kononnya. Padahal orang nak tambak laut >.<. Tengok kat insta ramai yang bergambor kat sini so weols pun teringin la jugak. Padahal tak tahu betapa mencabarnya nak sampai ke padang pasir ni. Bergambar punya pasal semua jadi boleh.  Pakailah sunblock awal-awal kalau tak nak kulit burn. Panas terik oii. Nak selamat datang sini naik four wheel kalau tak terbenam la kereta kau. Muatan berat sila turun kereta ye. Kalau taknak bawa kereta masuk kenalah redha menapak T_T Penat jugaklah berjalan nak ke bukit pasir ni.

















Time nak balik memasing gelabah kereta lepas ke tak nak keluar. Nasib baik ada Ayie lelaki sejati yang hebat membawa kereta meredah pasir halus jerlus ni. 


Ok babai. 








Tuesday, June 2, 2015

Sopooong Korean Restaurant, IOI City Mall





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




Ahn nyeong! Entri ni dah berkurun tapi tak apalah nak share jugak dengan korang restaurant korea yang best, yang murah, yang sedap dan yang paling penting HALAL! Sebelum ni jenuhlah pergi Ampang nak cari restaurant korea tapi sekarang tak payah pergi jauh. Sebab SOPOOONG dah buka cawangan restaurant dekat IOI City Mall. Kpopers tu apa lagi…takkan nak layan lagu dengan drama je. Perut tu pon teringin nak makan kimchi, jjajamyeon, teobeokki, ramyeon, naengmyeon. Kalau pakwe korang tanak teman tak apa. Kita bagi asam pedas untuk dia, kita pergi makan dekat Sopoong.


 
Masuk kedai pekerja dia sambut dengan mesra. Ahnyeonghaseyo. Mesra la kan nak orang masuk kedai dia. Kang kasar aku pon tanak masuk. Pekerja semua korea tulen. Bukan Bangla, Nepal, Indon atau melayu kekonon kpop. 




Ambient dekat Sopoong ni sangatlah seronok. Konsep pokok-pokok macam berkelah kat taman. Nice. Sebelah kaunter ada mini mart jual jajan korea. Ais krim pon ada ni!



  
 

Disebabkan haritu cuma aku, Gee and Piqah, kitorang order sikit jelah. Gee and Piqah pon dah makan kat ofis. Cuma aku je kebulur. Tapi sebab diorang teringin makan makanan korea aku pon ajar la mana yang patut di order. Makanan korea ni tak ada pelik sangat rasa dia. Boleh diterimalah tekak melayu aku ni. 


Set: Kimbap, Teokbokki dan 2 milkis (drink can)


Bulgogi: Beef, vegetable, rice RM19.90. Seriously sedap! 맛있어요!


Kebetulan masa time kitorang pergi tengah opening promotion 15%. Jimat duit weyh. Tapi jangan risauuuuu. Student UPM, kalau datang sini jangan lupa bawa matrix kad kalau nak discaount 10%. Kalau tanak tak payah bawak, simpan kat galeri serdang. Untung jugak jadi student UPM ni ye. Pergi Starbuck’s Solaris dapat 15% discount. Pergi Sopoong pon dapat discount 10%. 


 Ramai jugak ahjumma makan kat sini. Bolehlah korang nak fefeeling kat Korea.


Sorang agashi muka excited nak makan. 
Yang sorang lagi muka nak kena lempang.



Sopoong ni ada 3 cawangan dah.
1. Berjaya Times Square (LG-71, depan Cold Storage)
2. Quill City Mall (LG-13A, sebelah Classic Gold)
3. IOI City Mall (L2-D21-R1, naik escalator dekat pintu masuk Theme Park. Naik je korang dah boleh nampak Sopoong belah kanan)


Facebook: Sopooong 서풍



Ajaklah kawan, pakwe, makwe, lecturer. Siapa-siapa je yang boleh layan korang dan yang paling penting havoc. Kalau tak korang jadi cengkerik. Dahlah dalam tu banyak batang pokok. Memang sesuai sangatlah jadi cengkerik kat situ.
Jangan lupa kad matrix!





p/s: Aku plan next semester nak makan besar dengan Jay’s kat sini.